Google+ Followers

Tuesday, October 6, 2009

Site Visit @ Sungai Tebrau ( Pandan City)

Ari ni visit site melihat domenstration Rivo Wall installation... Rivo wall ni digunakan utk protect slope tebing sungai... Rivo wall ni mengandungi series of precast concrete sections dimana ianya di jointkan menggunakan T&G joints iaitu secara ringkasnya panel akan di slotkan ke dalam celah post... Ianya dapat menahan lateral earth pressure dan kestabilan sheetpile ni disokong oleh passive earth pressure dihadapan panel. Rivo wall ni pun boleh menggunakan sistem anchor, ties, struts yang dipasang di belakang panel pada higher level. Kena consider loading n condition tanah kat site... Kalu takat sungai yg arus biasa, install wall without anchor pun boleh tahan about 50yrs design period... Cara permasangan, mengunakan drop hammer pada post yang pertama, dan seterusnya slot panel wall menggunakan vibro... installment panel niii cepat jugalaa... sy tgk dalam 5 min boleh pasang 3 panel itupun kalu xda masalah dgn mesin... 


Installation menggunakan Drop hammer

Installation menggunakan Vibro

Demostration panel installation

Pekerja memastikan panel dicengkam dgn betul


Maklumat lanjut boleh baca kat http://www.rivo.com.my/

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri....

DEAR ALL,


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
mohon maaf seandainya ada salah dan silap dari segi perbuatan, lisan dan hati...

minal`aidin wal faizin wal maqbulin,
kullu`am wa antum bikhair...




Monday, September 14, 2009

Pengorbanan Penguin...



Mungkin ada diantara kalangan kengkawan, dah pernah menonton kisah pengorbanan penguin... Sedikit ringkasan mengenai video tersebut yang sy tonton sebagai tauladan dan pengajaran bersama...

Di antartica, semasa musim bertelur, penguin betina akan ke suatu tempat yang sama untuk menyerahkan telur kepada penguin jantan. Kemudian, penguin betina akan berenang semula ke laut utk mencari makanan... Tinggallah sekelompok penguin jantan menjaga telur sehingga menetas... Penguin jantan meletakkan telur di atas kaki dan bawah perut mereka agar telur tidak jatuh. Sekiranya telur jatuh, telur akan membeku kerana suhu di sana boleh mencecah sehingga -15oC. Namun, penguin jantan menjaga sebaik mungkin amanah yang diberikan... Selama 4 bulan tersebut, telur berada dalam posisi yang baik bersama penguin jantan... dalam tempoh tersebut itu juga lah, mereka tidak makan... hanya bergantung dengan makanan yang disimpan dalam tenggolok (kalu x silap)... Bayangkan suhu yg sejuk, tidak makan, hanya berdiri menjaga telur selama 4 bulan sehinggalah telur menetas, Penguin2 betina akan pulang ke pangkuan family masing2 dan membawa makanan yang secukupnya utk penguin jantan... Sanggupkah kita manusia berbuat demikian demi untuk anak? Maha Besar Allah mencipta mahluk yang kecil tetapi sanggup melakukan pengorbanan yang besar untuk anak... Tetapi segelintir manusia yang diberikan akal oleh Allah S.W.T sanggup membuang keturunan mereka hingga x bernyawa hanya semata2 untuk menutup aib mereka...

Renung2kan dan selamat beramal... hehe... amek tagline ustaz izi di Hot.FM

Monday, September 7, 2009

Dilahirkan sempurna, ditakdirkan cacat penghujung hayat.... Bantulah adik ini...

Pagi ini... bila terbaca entry dari blog : http://kassim8888.blogspot.com/ hati rasa sayu sangat melihat penderitaan seorang insan bernama Che Nat... Berikut adalah entry yang saya copy dari blog tersebut:

Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.


Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.

Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.

Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.

Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.

Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.

Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!

Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.

Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.

Yang pasti, suasana pilu pasti menyelubungi keluarga Che Nat pada pagi Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba.

Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.

Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan dapat menceriakan pagi Syawal keluarga Che Nat.Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.


(Akaun Baru)

Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus


Atau

Bank : EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus


Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.

Go to this link:  http://kassim8888.blogspot.com/2008/10/bantulah-che-nat-2.html

Tuesday, August 25, 2009

SITI yang patut dicontohi teladannya


Artikel ni diemailkan oleh kwn sy, Nurhafizah. Mulianya 9 orang Siti niii... Agungnya kebesaran Allah S.W.T...

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebatoleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketikaBaginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setiakpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidurberkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullahpernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Alimaafkan kamu.

3) Siti Aisyah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekasmakanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situbeliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggupditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibumithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyaimaruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utkmengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian ygdihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik bagindamenjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknyakerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkatutk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaanorg ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmuddlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah

"Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang benar dan tetapkanlah iman kami... agar kami tidak tergolong dalam golongan yang rugi. Amin"

Sunday, July 12, 2009

Amazing Mathematics

Absolutely amazing!
Beauty of Mathematics !!!!!!!
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn't it?And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Now, take a look at this...101%From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been in situations where someone wants you toGIVE OVER 100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?Here's a little mathematical formula that might helpanswer these questions:If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If: H-A-R-D-W-O- R- K8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%
And: K-N-O-W-L-E- D-G-E11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%
But: A-T-T-I-T-U- D-E1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude willget you there, It's the Love of God that will put you over the top!
It's up to you if you share this with your friends & loved ones justthe way I did

Friday, March 13, 2009

Rinduuu....

rindu sgt kat nenek aku, dah hampir 8 bulan arwah tok mak mah pergi... rasa rindu yang amat sangat... dia lah pemberi semangat... pemergiannya mmg aku rasai... dulu dia laa tempat aku mengadu... bermanja.... aku sayaaaaang sgt kat arwah....

31 July 2008 tarikh pemergian arwah setelah setahun menanggung cancer usus... arwah ni kalu diikutkan seorang yg cukup mengamalkan kehidupan yang sihat, makan makanan berkhasiat x suka makanan berminyak+masin+manis+semua benda yg memudaratkan penyakit n rajin gak laa wat senaman ringan pagi2 n rajin n suka minum air masak... tp dah takdir, kena gak penyakit... kami sekeluarga dapat kesan penyakit arwah pun dah lewat, time tu nak operate buang tumor yg ada kat usus x jadi sebab arwah ada kompilasi jantung, doctor kata risiko tinggi dan akhirnya doctor membuat saluran luar untuk buang air besar, so sejak operation yg pertama arwah terpaksa membuang hadas besar melalui saluran ke bag khas najis (disposal bag). Masa first operation tu lama gak arwah koma about 1 month, time tu aku risau sangat kehilangan arwah... hari2 pg ICU even x leh jaga, asal dapat tgk arwah pun dah cukup... dgn izin Allah, arwah pun sedar dari koma, arwah x pnah pun merungut sakit yg ditanggung, mmg cukup sabar... aku sempat jaga arwah, aku rasa arwah mmg tahu dia x hidup lama, byk juga laa perubahan arwah, x byk cakap mcm dulu tu ada je gurau2 manja, slalu teringat zaman kanak2 dia... jaga arwah xdalaa susah sangat, aku seronok jaga arwah even penat... tp biasalaa aku ni manusia biasa, sometime ada gak merungut penat.... time aku merungut mesti arwah akan pegang tangan aku n ckap pg laa berehat dulu, kesian penat..... n tima kasih jaga atok... sedih gak bila dia cakap cam tu, terus aku senyap.....

yg aku paling sesalkan laa.... aku x dapat balas budi arwah yg terlalu byk, pngorbanan arwah yg besar dalam kejayaan aku skang... sedih sangat sbb arwah x sempat rasa kebahagian n kejayaan aku skang... semuanya mmg dah tertulis dlm takdir.... kt merancang, Allah menentukan... aku sbenarnya teringin sgt nak bawa arwah pg convocation aku.... sbb dgn berkat doa arwah aku berjaya mdapat ijazah kelas pertama... pernah tu 20 rakaat dia buat sembahyang hajat dgn atok sof aku untuk kejayaan final exam....


hanya aku mampu selalu berdoa untuk roh arwah agar ditempatkan bersama org2 yg beriman...