Google+ Followers

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri....

DEAR ALL,


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
mohon maaf seandainya ada salah dan silap dari segi perbuatan, lisan dan hati...

minal`aidin wal faizin wal maqbulin,
kullu`am wa antum bikhair...




Monday, September 14, 2009

Pengorbanan Penguin...



Mungkin ada diantara kalangan kengkawan, dah pernah menonton kisah pengorbanan penguin... Sedikit ringkasan mengenai video tersebut yang sy tonton sebagai tauladan dan pengajaran bersama...

Di antartica, semasa musim bertelur, penguin betina akan ke suatu tempat yang sama untuk menyerahkan telur kepada penguin jantan. Kemudian, penguin betina akan berenang semula ke laut utk mencari makanan... Tinggallah sekelompok penguin jantan menjaga telur sehingga menetas... Penguin jantan meletakkan telur di atas kaki dan bawah perut mereka agar telur tidak jatuh. Sekiranya telur jatuh, telur akan membeku kerana suhu di sana boleh mencecah sehingga -15oC. Namun, penguin jantan menjaga sebaik mungkin amanah yang diberikan... Selama 4 bulan tersebut, telur berada dalam posisi yang baik bersama penguin jantan... dalam tempoh tersebut itu juga lah, mereka tidak makan... hanya bergantung dengan makanan yang disimpan dalam tenggolok (kalu x silap)... Bayangkan suhu yg sejuk, tidak makan, hanya berdiri menjaga telur selama 4 bulan sehinggalah telur menetas, Penguin2 betina akan pulang ke pangkuan family masing2 dan membawa makanan yang secukupnya utk penguin jantan... Sanggupkah kita manusia berbuat demikian demi untuk anak? Maha Besar Allah mencipta mahluk yang kecil tetapi sanggup melakukan pengorbanan yang besar untuk anak... Tetapi segelintir manusia yang diberikan akal oleh Allah S.W.T sanggup membuang keturunan mereka hingga x bernyawa hanya semata2 untuk menutup aib mereka...

Renung2kan dan selamat beramal... hehe... amek tagline ustaz izi di Hot.FM

Monday, September 7, 2009

Dilahirkan sempurna, ditakdirkan cacat penghujung hayat.... Bantulah adik ini...

Pagi ini... bila terbaca entry dari blog : http://kassim8888.blogspot.com/ hati rasa sayu sangat melihat penderitaan seorang insan bernama Che Nat... Berikut adalah entry yang saya copy dari blog tersebut:

Azrul atau Che Nat nama panggilan di kalangan rakan²nya kini terlantar lesu di katil. Che Nat pemuda berusia 19 tahun, anak sulung dan bekas pelajar kolej di Port Dickson kini terpaksa melupakan terus pengajiannya. Bapanya seorang pengawal keselamatan manakala ibunya mengambil upah menjaga anak² jiranya. Sebagai anak sulung Che Nat menjadi harapan kepada keluarganya. Kini harapan keluarganya punah angkara perbuatan manusia yang bersikap kebinatangan.


Semuanya bermula Februari lalu. Che Nat dan anakku Amir semasa cuti semesternya lalu telah keluar bersiar-siar dengan motorsikal di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan kedua-dua mereka baru saja membeli motorsikal baru. Seronok dan teruja dengan motorsikal baru.

Mereka memberhentikan motorsikal dan duduk berbual-bual di tepi jalan. Sedang mereka duduk berbual, datang seorang lelaki melayu menghampiri mereka dan menghulurkan tangan bersalaman. Lelaki ini kelihatan mabuk, menunjukkan sejumlah wang Dollar kepada Amir dan rakan-rakannya. Tidak tahu apa motifnya, kemudian berlalu pergi.

Sebentar kemudian, lelaki tadi datang bersama dua orang lagi rakannya. Mereka mengarahkan Amir dan rakannya mengeluar dompet dan handset sambil mengacukan pisau rambo. Dua rakan Amir sempat melarikan diri dengan sebuah motorsikal.

Ketiga-tiga penyamun ini berkeras menuduh Amir dan rakan-rakan mengambil duit rakannya berjumlah RM10 ribu. Mereka cuba membawa Amir dan Che Nat untuk di jadikan tebusan. Amir menolak untuk di jadikan tebusan dengan menyerahkan motorsikal yang baru di belinya. Mungkin kerana sayangkan motorsikalnya, Che Nat mengikut penyamun tadi dengan harapan motorsikalnya akan dapat kembali dan tidak menyangka perkara buruk akan berlaku pada dirinya.

Semasa membuat laporan polis, panggilan di terima dari handset Che Nat. Kedengaran suara Che Nat mengerang merayu minta tolong kerana kesakitan dibelasah oleh penyamun tersebut.

Di ringkaskan cerita, keesokan harinya tubuh Che Nat di jumpai terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan yang parah. Doktor terpaksa membuang sebahagian tempurung kepalanya. Di kedua-dua tapak kaki Che Nat telah dikelar dengan pisau rambo. Kejamnya manusia!

Setelah enam bulan dirawat di hospital, Che Nat dibawa pulang ke rumah. Keaadaannya amat menyedihkan. Terlantar di atas katil dan hilang ingatan akibat kecederaan parah di bahagian otaknya. Segala²nya perlu dibantu.

Menurut nasihat doktor, Che Nat perlu minum susu khas untuk memulihkan kesihatannya. Dengan pendapatan sebagai pengawal keselamatan agak sukar bagi ayah Che Nat untuk membeli susu tersebut yang harganya agak mahal di samping ubat²an lain serta lampin pakai buang.

Yang pasti, suasana pilu pasti menyelubungi keluarga Che Nat pada pagi Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba.

Mari bersama, kita ringgankan beban keluarga Che Nat dengan menghulur sedikit bantuan di bulan yang mulia ini. Anda boleh menghubungi En. Zulkifli, ayah Che Nat di talian 03-8724 3629 atau menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching, YM Raja Zazman di talian 012-269 4967 untuk menyalurkan bantuan.

Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan dapat menceriakan pagi Syawal keluarga Che Nat.Segala sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank seperti tertera di bawah ini.


(Akaun Baru)

Bank : CIMB Bank Berhad
No. Akaun : 1237-0063702-52-1
Pemegang Akaun : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus


Atau

Bank : EONCAP Islamic Bank Berhad
Akaun No: 0665-21-003271-9
Nama : Mohd Zulkifli B. Tajul Arus


Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah melipat gandakan rezeki anda.

Go to this link:  http://kassim8888.blogspot.com/2008/10/bantulah-che-nat-2.html