Google+ Followers

Tuesday, December 21, 2010

kesianlaaa~

Oh feel so sad! Sorryla saya seorang perempuan yang beremosi tinggi. Actually sedih dan geram sangat dengan kejadian semalam. Jom masuk dalam situasi semalam. Di satu kawasan yang sibuk dengan manusia bermacam-macam fesyen. Ada yang berlari kerja bas, ada yang mengheret bag dan ada yang beiringan berpimpinan tangan. Di suatu sudut, saya terlihat dua kelibat, seorang warga emas mungkin seusia dengan datuk saya dan seorang lagi wanita mungkin seusia dengan ibu saya. Keadaan warga emas tu memang menyedihkan, phatetic sangat! Jalan lambat2, mungkin dia ada sakit, tapi sapalah saya nak cakap sakit dia, bukan doktor pun, tahap jalan pak cik tu kalau boleh digambarkan nak angkat kaki pun tak berdaya, dia cuma boleh mengheret kaki sahaja. So leh imaginekan? betapa seksanya pak cik tu nak melangkah untuk berjalan. Ya Allah, insaf saya! Takut kalau keistimewaan berjalan di tarikNYa. Janji pada diri, nak gunakan kaki untuk pergi tempat yang baik2 ja, insyaAllah. Erm... tu yang sedih, kesian semua ada bila tengok keadaan pak cik tu. Rasa nak ja pimpin dia semalam. Tapi, sayangnya wanita yang sebelah dia tu, mungkin anak dia kot, boleh pula marah2 pak cik tu suruh jalan cepat di khalayak ramai. Mungkin mak cik tu panic atau segan sampai dia berkelakuan macam tu, siap tengking2 dia kat pak cik tu. Astaga. Bukan nak memburukkan dia, tapi ni lah sebagai pengajaran untuk saya sendiri. X patut dia marah pak cik tu. Mudah2 an dia sedarlah apa dia dah buat. Kesian pak cik tu. 

Monday, November 29, 2010

perginya seorang sahabat

Assalammualaikum

Memang sudah lumrah, setiap pertemuan mesti terjadi perpisahan walau ianya bersifat sementara. Adakalanya memang sukar nak hadapi perpisahan apa tah lagi bila kita dah rapat dengan seseorang. Minggu ni tibalah masanya kawan kami yang bernama Zam akan ke Pulau Pinang untuk further study. Even kenal Zam, tak sampai pun setahun, tapi kami semua boleh dikatakan rapat lagi-lagi bila mesyuarat meja bulat. Sesungguhnya kami akan merinduimu, ZAM!!!!!! Lepas ni saya akan kehilangan kawan baik dan sifu photography saya! sad! but i have to accept the faith. Promise to keep remain our friendship forever. Nanti kita gegar Penang ramai2. Hu3

As our appreciation to him, kami buatkan satu frame gambar kenang2an. Tidaklah kreatif mana, tapi it is something sentimental value, memang rare! Idea ni dapat bila saya dengan Ayu jalan-jalan di Sutera Mall, ada sebuah kedai ni dia menjual barang-barang D-I-Y untuk scrapt book/ anything. Nama kedai tu Scarpt Box. Barang2 sangat mahal. All items are Imported, hokkay  kata owner kedai tu. No wonder mahal tahap gaban. 

So this is some picca to share. Enjoy It.

so this is the apparatus. It cost RM40

What do u think? Cantek x?

Simple but meaningful~

Muka berminyak2 tau struggle sampai malam buat benda ni after work

Ayu berpuashati dengan hasil kerja kami. He He He

To Zam,
All da Best. Make ur parents and us proud. Friendship forever. Please put us da best place in ur heart. 




Thursday, November 11, 2010

banyak-banyak benda dalam dunia, aku pegang pig skin. adoiiiiiiiiiiiiii~

Assalammualaikum

Last night, hang out dengan adik. Window shopping. Mentang-mentang gaji dapat awal. hu hu hu. Sekarang ni banyak baju panas yang hot-hot untuk di grab. Tapi Malaysia ni bukan negara yang beriklim winter. So forget it! Unless nak pergi oversea, u should buy. Worth it ok, sebab discount boleh tahan. 50%-70%! WOWOWOWOWWW @.@ mata dah berpinar. he he he. oh cut the crap! Actually, for this entry, nak cerita sikit benda yang paling hampeh berlaku dalam hidup saya pada hari ini. Setakat terlupa tutup lampu kereta sehingga bateri flat, saya masih boleh terima. But this is tersangat worsenya! Bodoh tahu tak. Semalam semasa belek-belek kasut dekat Top Shop. Saya terpegang PIG SKIN. adoiii. Dalam punyalah banyak kasut kat situ didisplay. PIG SKIN juga jadi pilihan! memang tak perasan tag "PIG SKIN" kecik sangat! Tolonglah buatkan besar-besar tag tu. Ni setakat 4cmx2cm tag dia, sapa-sapa pun boleh terpegang tanpa perasan tag tersebut dahulu. Rasa nak mencarut jer ni. Sabar-sabar. Lain kali kena hati-hati, ok!

Balik rumah, terus search how to sertu najis mughalazah. So sini saya sharekan sedikit info yang saya dapat.

SERTU


1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
dan satu kali dengan air tanah.
3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah

huh, sekarang ni banyak juga kasut-kasut kulit yang dibuat dari PIG SKIN nii. Saya ada terbaca material dari PIG SKIN ni, biasanya dapat dikenal pasti dengan ada 3 tiitik dalam satu tompok. Some picture dapat dari blog orang lain. Terima kasihlah sharekan kat blog awak ye. So kawan-kawan yang minat material dari kulit, baik kasut and hand bag, please beware! Jangan sampai terbeli PIG SKIN!


Wednesday, November 10, 2010

life is so beautiful

assalammualaikum

pejam.celik.pejam.celik dah sampai bulan November, maksudnya dah nak penghujung tahun 2010. Macam-macam juga dah berlaku dalam hidup saya. Ada suka. Ada duka. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi segala nikmatNya, hidup saya dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik dan saya berjumpa dengan ramai orang yang baik-baik saja. Saya sayang mereka semua. Seriously! kena kutuk teruk macam mana pun, mereka tetap kawan-kawan saya sayangi. Muaahhhh! Sayang korang semua.


F.R.I.E.N.D.S


Love You All!


Tuesday, November 9, 2010

orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Saya bertanya kepada emak, “mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?”


Mak jawab, “dua-dua bukan..”


Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.


“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.


“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”


Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


“Mak dulu masa muda ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


“Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


“ Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “ jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”


“ Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


“ Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


Hasil nukilan:


Mohd Syafiq & Nuraini Juwita,
pasangan suami-isteri yg masih menuntut di Al Azhar, Mesir.



Saturday, November 6, 2010

Let Allah handle it!



Ya Allah,
Jika dia benar milikku,
Dekatkan hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu

Sunday, October 31, 2010

newly wed:::: angah n hafiz ::::


Both of you, 
Congratulation on your wedding! 
Shower of blessings and wishes for you!
May you have a happy+wonderful wedded life.

to hafiz, welcome to our family. please take care of my sister. You better watch out if you hurt her! I will kill you! keh3 ;p


***Bila agaknya turn akak dia ni. Wondering~***

Thursday, October 28, 2010

apa yang lelaki nak?



Recently, i have been extremely busy with my life n carrier, plak tu broadband rosak, x pergi2 MAXIS centre, susah nak berblogging. Kesempatan berblogging ni, saya nak share satu article kat bawah ni mengenai kisah seorang lelaki ego yang saya baca dari Facebook. Terima kasihlah orang tu sebab sudi berkongsi cerita ni. Sila baca dan judge lah sendiri kisah ni.

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.


Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja  

aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
  
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

 Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


* Saya perlukan jawapan dari lelaki, apa sebenarnya seorang lelaki perlukan dari seorang perempuan, hanya nafsu atau benar2 ikhlas untuk dijadikan sebagai seorang isteri yang sah. haa sila jawab! i need ur answer. 

Saturday, September 11, 2010

WTH! idiot Pastor Terry Jones


ada sorang yahudi ni memang cari pasal betul... nama dia ala2 tom and jerry... tapi tom and jerry ni comeiii... suka sangat tengok si tikus jerry... ini manusia bertopengkan satan... nama sebenar PASTOR TERRY JONES... ish bengkerk betul ngan yahudi ni... dah la tuduh orang ISLAM tu terrorist, pas tu create plak satu event "BURN QURAN DAY" kat gereja dia pada sabtu niii.... yahudi niii ialah paderi sebuah gereja... tapi sebelum tu dia pernah dibuang gereja sebab salah laku... memang buruk perangai si yahudi niii... actually saya dengar berita TV3 malam raya hari tu.... tapi kalu nak mengetahui dengan sedeep2nya cerita ni...plz google search "BURN QURAN DAY" penganut dia nak bakar al-Quran beramai2 di gereja tersebut utk menunjukkan protest, katanya orang ISLAM ni jahat tahap terrorist... tapi rakyat seluruh dunia pelbagai agama pun protest against them... Angelina Jolie pun sama... saya saksinya, seriously! gilosss betul nak bakar kitab agama lain... mereka lagi terrorist n kolot! 


i really hope al-Quran remain safe till akhirat! plz do not burn Quran, our kitab suci!!! Ya Allah, please help us!!!!

Wednesday, September 8, 2010

esok hari raya




saya orang johor, so esok baru raya... ada orang perlis dah raya semalam, mana mazhab la dia ikut tu... mungkin drang dah teropong anak bulan dulu kot... kita-kita niii ikut jer la pengumuman pemegang mohor raja2 sudeh... depa kata esok raya, kita raya la esok ya... yeay raya dah kita esok... ada rasa x best juga sbb tahun ni byk skip terawih,  cepat2 la datang Ramadhan lagi...  kehadiranmu ku nanti...

Sunday, September 5, 2010

syawal hampir menjelma

saya memohon maaf sekiranya pernah menyakiti hati kawan-kawan dengan tutur kata, tulisan, tingkahlaku dan kekhilafan saya sendiri... Salam aidilfitri... Berhati-hati di jalan raya dan Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju... 

Saturday, July 31, 2010

nenek ku pergi....

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. 
"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
dan Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.
PENGALAMAN MELIHAT AMBANG KEMATIAN
  • 2 tahun lepas pada tanggal 31 Julai 2008, tepat jam 3.20 petang, saya kehilangan nenek saya kerana beliau menghadapi sakit cancer usus tahap kritikal...
  • Pagi itu, selepas menderima panggilan telefon dari emak... saya terus rushing balik dari Shah Alam. Arwah nenek segala2nya dan dia adalah sebahagian hidup saya kerana beliaulah membesar dan membimbimg saya dari kecil... 
  • saya memecut laju 140-160km/hr... sudah tidak fikirkan keselamatan diri, yang penting sempat jumpa arwah nenek... sepanjang jalan dari Shah Alam ke Johor Bahru, air mata mengalir tidak berhenti-henti... saya rindu akan nenek... saya perlu menatap wajahnya kali terakhir... :'(
  • Alhamdulillah, saya sampai dengan selamatnya... Saya dapat berada disisi arwah nenek semasa beliau nazak... masa tu arwah nenek dah nampak tenat sangat... dan saya tahu saya akan kehilangannya hari itu... saya nampak tapak kakinya sudah terkulai... tangan dan kakinya juga sejuk... ahli keluarga yang lain terus-menerus membaca surah Yassin di sekeliling arwah nenek... datuk saya pula membisik kalimah لا إله إلا الله ke telinga arwah nenek... Saya nampak nenek tercunga-cungap... dadanya berombak kencang.... bibirnya kering... saya membasahi mulutnya dengan air zamzam... terketar satu badannyaa... Ya Allah, sungguh saya takut...  kemudian saya melihat arwah nenek memandang tepat ke atas tanpa berkedip... dan akhirnya arwah nenek pun pergi... air matanya sedikit mengalir di alis matanya... Doktor juga mengesahkan beliau telah meninggal dunia... Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya... Tanpa tertahan... saya menangis akan pemergiannya.... syukuran ya Allah, kerana memberikan peluang kepada diri ini menyempurnakan jenazah arwah... Saya menatap wajah arwah nenek pucat... dan puas saya kucupnya... saya tidak pernah rasa sesedih seperti ini... sehingga kini saya masih merinduinya... 
 Ya Allah, ku bermohon kepadaMu... cucuri rahmat Mu ke atas roh nenek ku... Naemah Abdullah... dan tempatkannya di kalangan orang-orang beriman... Ya Allah, Ringankanlah seksaan terhadap beliau... al-Fatihah... 

p.s. sesungguhnya melihat saat kematian itu sangatlah menginsafkan... kerana terasa kerdil dengan kuasa Allah... dan diri ini masih diselubungi dosa-dosa terhapaMu Allah... INSAF...

    Monday, July 26, 2010

    spain stuff~~~

    dear my friend, 

    thanks for SPAIN sticker.... i really appreciate it...
    again i've got another SPAIN thingy for free... yeay!!!

    p.s. bila abang Torres nak ajak ngedate kat SPAIN? (daydreaming) ^^V

    at first, rasa sayang nak tampal... but at last tampal juga sbb nak menunjuk... eh bukan laa... this the way i show my appreciation laa... thanks agai my friend... really appreciate it... ada lagi x nak bagi SPAIN thingy... hik9 
    lots of love
    me

    Friday, July 23, 2010

    puisi buat kekasih...

    Saya suka tengok jari awek saya..
    Cantik betul... Sungguh!
    Sampai takut nak pegang...

    Bukan takut patah...
    Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
    Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

    Saya suka tengok rambut awek saya...
    Cantik betol... Sungguh!
    Sebab tu saya belikan tudung...
    Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
    Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
    Di suatu hari yang giler forever

    Saya suka tengok body awek saya....
    Cantik betol... Sungguh!
    Sebab tu saya belikan dia telekong
    Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
    Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
    Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

    Saya sedih tengok awek saya
    Tak tido, tak makan rindu kat saya...
    Saya pun macam tu jugak,
    Ada problem yang sama..
    Die tanya apa ubatnya?
    Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
    Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

    Saya sedih tengok awek saya
    Selalu pesan macam-macam kat saya...
    "Makan, minum, drive elok-elok tau..
    Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
    Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
    Die tak kata satu aper pun...
    Berdosanye saya....

    Kesimpulannya saya memang sayang dia....
    Nak jumper die giler forever...
    Yang forever punye forever...
    Di dunia dan akhirat terutamanya,
    Janji nak share heaven sama-sama...
    Bahagia selamanya...

    Semoga kami saling mengingati,
    Dosa sendiri pun infiniti...
    Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
    Semoga kami menginsafi diri...
    Ya Allah ampunkanlah kami.....
    Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


    pak we sapa la tulis puisi ni... 
    comel+sweet+... n meaningful... 
    bahagianya ada pak we sepertinya... 
    memang calon suami la... hahaha... :)

    Wednesday, June 16, 2010

    kawan yang baik untuk kawan yang terbaik


    khas untuk AISHA : 
    saja2 try edit guna lightroom... belum pro lagiii... sila jangan cakap banyak... saya berbesar hati devoted picca ini untuk awak.... ;) 

    Monday, June 14, 2010

    yang terindah ...



    this song verry meaningful. i hope i will meet my ^^MR RIGHT^^

    Sunday, June 13, 2010

    my best friend wedding...

    event : sheereen's wed
    date  : 12 june 2010
    time  : 2.30 pm

    • well, another one of my school best friend get married today...
    • i'm happy for you babe, really i do...
    • kami berjumpa di atas pelamin setelah sekian lama x berjumpa...
    • last berjumpa pada tahun 2005, if i'm not mistaken... 
    • but nasib baik, mak dia still can recognize me... rasa bangga sekejap... mesti SAYA BEST sbb tu mak dia ingat muka n nama saya... hohohoo... sila menyampah dengan statement niii... 
    • erm... mana x nya... masa kami sekolah menengah... kalau kena stay back jaa... kami makan-makan dan lepak-lepak di rumah shereen...
    • saya suka ikan goreng taucho emak sheereen masak, fuh, THE BEST in JB!!!
    • saya kenal shereen dah lama since we're in form 1... dia adalah jiran meja sebelah saya....
    • kami ada sejarah sendiri... kami bergaduh hampir setahun masa form 1... tapi saya dah lupa punca kami bergaduh sampai x bertegur sapa.... alahaaii budak2 betul... hohoho...
    • siap wat boundary lagi... kalu pemadam ke pensil tercampak kat meja masing2... abis benda2 tu jadi mangsa kami... hehe... 
    • tapi alhamdulillah kami berbaik semula.... sehinggalah sekarang kami masih berkawan.... even kami sudah jarang contact each other....
    • dah dewasa ini, masing2 sibuk dengan commitment masing2...
    • oh ada lagi sejarah kami, agaknya terlampau nakal dan banyak bercakap dalam kelas... sampaikan our english teacher memang cukup anti kami niii, siap bagi gelaran "THREE STOOGES" ooo lagi sorang ialah DIDIE... yang ni lagi laa terejal.... hehehe...
    • ok2... back to sheereen's wed...
    • segalanya cantik dari pakaian pengatin hinggalah pelamin pengantin... 
    • berangan plak nak wat perkahwinan ala garden... dewan yang dibanjiri dengan real ros putih sepanjang menuju pelamin... would be great!!! hohoho... 
    • majlis sungguh meriah.... mungkin family pengantin yang sporting2 belaka... siap ada cheers utk pengantin semasa bergamba... (photographer yang swuh buat,,, drang layankan je... hik3)
    • makanan yang dihidangkan pun sedap meiii.... saya suka ayam masak merah n daging kurma... terangkat babe... rasa nak tambah lagi... tapi malu laah... 
    • lagi pun kenalaa sopan-santun (ehem2... ada org ingatkan, mestilah patuh) sbb mana tau ada lagi lense yang tersesat amek gamba gelojoh ketika sedang santap dengan rakus... hahahaa... ada ke????
    • over all, saya rasa seronok datang majlis shereen... tapi sayangnya saya x dapat bercakap lama2 dengan shereen, maklum laa dia sedang bersanding dan ramai ahli keluarga, saudara-mara dan rakan2 yang nak bergambar... 
    • mungkin ada masa nanti, kita berjumpa ya dr shereen... really miss you!!!
    • KHAS UNTUK SHEREEN: tahniah! saya doakan kebahagian kalian berdua hingga hujung hayat... dan semoga perkahwinan kalian di rahmati Allah... Amin


    mak andam yang queen control... siap cakap next lagii... hihiihii.... comeyy~~~ ;p
    soalan mencabar minda: mana satukah mak andam???

    Thursday, June 10, 2010

    epi birthday

    adik alin...
    may ur life will fulfill with happineSs...
    love yOu adiK 
     along

    special THANKS to miss CHICA vida de mia

    tima kasih kerana membuatkan saya semakin semangat berblogging dengan template baru...