Google+ Followers

Tuesday, December 21, 2010

kesianlaaa~

Oh feel so sad! Sorryla saya seorang perempuan yang beremosi tinggi. Actually sedih dan geram sangat dengan kejadian semalam. Jom masuk dalam situasi semalam. Di satu kawasan yang sibuk dengan manusia bermacam-macam fesyen. Ada yang berlari kerja bas, ada yang mengheret bag dan ada yang beiringan berpimpinan tangan. Di suatu sudut, saya terlihat dua kelibat, seorang warga emas mungkin seusia dengan datuk saya dan seorang lagi wanita mungkin seusia dengan ibu saya. Keadaan warga emas tu memang menyedihkan, phatetic sangat! Jalan lambat2, mungkin dia ada sakit, tapi sapalah saya nak cakap sakit dia, bukan doktor pun, tahap jalan pak cik tu kalau boleh digambarkan nak angkat kaki pun tak berdaya, dia cuma boleh mengheret kaki sahaja. So leh imaginekan? betapa seksanya pak cik tu nak melangkah untuk berjalan. Ya Allah, insaf saya! Takut kalau keistimewaan berjalan di tarikNYa. Janji pada diri, nak gunakan kaki untuk pergi tempat yang baik2 ja, insyaAllah. Erm... tu yang sedih, kesian semua ada bila tengok keadaan pak cik tu. Rasa nak ja pimpin dia semalam. Tapi, sayangnya wanita yang sebelah dia tu, mungkin anak dia kot, boleh pula marah2 pak cik tu suruh jalan cepat di khalayak ramai. Mungkin mak cik tu panic atau segan sampai dia berkelakuan macam tu, siap tengking2 dia kat pak cik tu. Astaga. Bukan nak memburukkan dia, tapi ni lah sebagai pengajaran untuk saya sendiri. X patut dia marah pak cik tu. Mudah2 an dia sedarlah apa dia dah buat. Kesian pak cik tu.