Google+ Followers

Saturday, January 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal : Mango Sticky Rice

Assalammualaikum dan Selamat Hujung Minggu
'
Baru ja lepas menonton cerita Khurafat. Bagi saya yang penakut ni, saya rasa hantu dalam cerita ini memang agak menyeramkan, x senang duduk dalam cinema sampai penghujung cerita. Credit to Shamsul for his great job. Bagi 3 stars out of 5. Oklaa tukan! Untuk entry ni, bukan nak bagi review cerita Khurafat, better pergilah tengok sendiri ya kawan-kawan. After layan movie, saya dan cik juliana abdullah pergi Jalan Dhoby kat tengah bandar JB, aisha supardi dan mizarina bakrim split dgn kami, utk teruskan hal mereka berdua.

Kenapa pergi Jalan Dhoby? Sbbnya kat situ terletaknya sebuah stall menjual bermacam-macam desert, antaranya:

1. Ondeh2
2. Mango Sticky Rice <--- Sebab paling utama saya ke sini!!!!
3. Steamed Tapioca
4. Thai Spring Roll
5. Pumpkin Custard
6. Seri Muka

Papan Harga Desert Yg Sedap2 

Yang paling depan tu: Ondeh2 dan Seri Muka
Yang tengah tu : Pumpkin custard
Yang belakang tu : steamed tapioca, x sure rasa dia mcm mana, 
tp dalam dia sayur2an, ada lobak, taugeh, tepung dia x digoreng tp dikukus.
Next time, nak try rasanya. 

Nama stall ini ialah THAI DESSERT yang terletak disebelah boutique Juicy.J yang menjual barang2 dan pakaian wanita. Bagi yang minat dress up vintage, anda digalakkan datang ke boutique ini. :)) Desert paling famous kat stall ni ialah Mango Sticky Rice. Pernah x makan Pulut Mangga ni? May be ramai dah cuba sendiri rasa desert ini. Saya agak ketinggalan, sebab baru ja tahun lepas try this desset, la ni saya craving MSR sangat2. Penangan betul!!!! Disebabkan jakun sangat dengan kesedapan Mango Sticky Rice atau Pulut Mangga ni, sampaikan tak leh lupa kesedapannya, tu yang update blog dengan entry pasal desert ni yang dah masuk dalam top list my favourite food.

Ni jiran stall tu: Butik Juicy J

Pemandangan stall tersebut, sangat comel dan simple. :)

Apa rasa sedap tu? Rasa MSR ini lemak-lemak manis santan berkrim disukai ramai. Actually simple ja nak buat desert ni, masak pulut dengan campurkan garam dan santan, untuk kuah dia plak, santan tu dihangatkan dan dicampur dengan garam secukup rasa, then melengkapkan rasa kopek mangga yang fresh lagi sweet tu dan makan bersama pulut dan kuah santannya. Memang shiok bis! Sedap!Sedap!Sedap! (Nampak x saya lompat2 bintang sebab sedap dia memang terangkat!)* :P

ni lah dia Mango Sticky Rice

Tuangkan santan sebelum makan.

Memang sticky. Yummy!

Friday, January 21, 2011

Destinasi Budget : Langkawi

Assalammualaikum

Lately ni, suka plak nak update blog dengan tempat2 yang pernah saya kunjungi sepanjang sweet 20, wekkk. Untuk entry ni, saya nak lakarkan balik memori saya dengan My Ex Boss dan my officemate, cik Bakiya. Indu plak dengan my ex boss, Pn J.P. she was great boss, honestly. HeLLoOOO ni bukan kipas ya! huhu. Actually, we all pergi Sungai Petani untuk present paper Project Outcome Assessment . Ni kira my first time kena represent JPS Johor untuk bentangkan paper. nervous x usah laa nak cakap, goyang gak. At first memang berdebar, lajunya heart beat dah macam kelajuan bullet train. Pas tu, barulah normal balik heart beat, sib baik tak pengsan ja. Saya present utk projek RTB Sungai Juasseh. Hentam saja labu! Well, 4 days tu di Sungai Petani, Kedah. Dah ada peluang di utara, so menyelam sambil minum air lah. I followwww jaa pergi Pulau Langkawi. Yeaahhh! Memang best. Actually, dah pernah sampai Pulau Langkawi, masa tu sweet 15, orang lain dok struggle study PMR, saya pergi struggle honey moon dengan family. Release tension la kununnya. Hehe... 

My visit at Pulau Langkawi....

Untuk ke Langkawi, ada dua pilihan samada by air or by ferry. Pilihan di tangan anda! Kami memilih untuk pergi ke Langkawi melalui Kuala Perlis menggunakan perkhidmatan air, iaitu Feri. Advise Pn JP, kalau naik dari Kuala Perlis cepat sikit turun Feri compared to kalau melalui Kuala Kedah. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi hanya 45 minit. Nasib baik x da mabuk2 laut, steady la!  Harga tiket feri pula untuk seorang dewasa ialah RM 20 per way. Feri pula beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Kami beli tiket 2 way, pergi n balik. Untuk perjalanan balik kami ambil ferry akhir iaitu pada pukul 7 malam. Kalau kena tinggal ferry, jawabnya sendiri mahu ingatlah.

Sesampai ja di Langkawi, da first thing kami buat ialah cari kereta sewa. Di Kuala Perlis Ferry Terminal, memang berderet counter yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa, jadi bagi yang fussy and choosy tu, anda berpeluang untuk cari kereta da best la. Kami pilih untuk sewa kereta proton Wira AUTO, auto ok! Untuk sewa satu hari, depa bagi RM50 sahaja, murah kan? ini tidak termasuk minyak. Minyak sendiri isi laa der. Tank memang dah menunjukkan sign empty, so next destination without any further, kami cari petro station yang berhampiran semasa on the way ke Langkawi Cable Car. Isi RM20. Xyah isi penuh sebab ini 1 day trip, rugi kalu x habiskan minyak.

Then we are heading to Langkawi cable car, teringin sangat nak naik cable, hati menyanyi girang spanjang perjalanan. Ceh! In 40 minute kami sampai ke Langkawi cable car. Excited and Nervous juga bila terpandang dari jauh ketinggian cable car yang bakal saya naik nanti. Sangat tinggi meh, 652.5 m above sea level. Kalau trekking, kena ada 6 h.p stamina saya rasa. hehe. Harga tiket untuk dewasa untuk naik cable car ialah RM25. Maklumlah 1st time nak naik, agak teruja and ada sikit rasa jakun, cover skit x mo tunjuk excited tu, hehe. Systematics! Tu first word before nak naik cable car, sbb depa dah sediakan kotak2 angka dari 1-4, maksudnya setiap satu cable car, hanya boleh naik 4 orang dewasa. Depa akan que dalam petak2 tersebut, turn by turn akan naik tanpa berebut. Oh ya, yang naik cable car, sy n Bakiya ja, Pn J.P x naik sbb menurut beliau, dia dah pernah naik sebelum ni. Hehe. Ok no problem, kami proceed ja! Nak tahu mcm mana naik cable car, rasa lah sendiri. Challenge urself! Kat puncak tu,clearly leh nampak laut, air terjun 7 Telaga, flora fauna, burung2. Memang tenang sangat n udara kat atas tu rasa segar sangat. Yang paling best masa lalu kat bridge tu, lagi2 bila awan melintas. Terangkat shiok dia! Better pergi sendiri lah.

After that, pergi pekan Kuah, ni special request Pn J.P. dia dtg Langkawi ni pasai nak shopping, haruslah dia yang bawak byk bag plastic shopping paling banyak antara kami bertiga. Saya cuma beli ole-ole ja untuk family dan rakan2 terdekat. Yup, seronok sangat di Langkawi even x dapat round semua tempat. Hopefully  satu hari nanti, saya akan sampai lagi ke Langkawi ni.

Ok, ni dia gambar2 yang sempat dirakamkan kat sana.

 Cable car
 Pemandangan dari cable car yg saya naik, woww gayat!!!
 I was here!
 Best sangat~
 Indanya ciptaan Allah
 Peaceful~
 Kalau rockclimbing kat sini baik juga ni! ;p

Bye2 Langkawi. We'll meet again! InsyaAllah


Monday, January 17, 2011

Demo la ni...

Assalamualaikum...

Lama dah teringin nak pergi Kelantan. Last visit saya di Kelantan masa saya di Form 5, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Almost 10 years baru berpeluang datang Kelantan. O.M.G! maksudnya dah 10 tahun juga saya tinggal zaman menengah atas saya. Rasa macam baru semalam tinggalkan zaman gila-gila remaja. Sekarang dah waras, maklumlah dah dewasa. :))))) Sepanjang trip saya di Kelantan saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada my BFF tuan sapik dan keluarga di atas layanan yang tip top. Thank you very much! Terima kasih juga pada Awin dan Fit. Enjoy sangat di Kelantan. <3

Hari pertama kat Kelantan, kitaorang pergi Rantau Panjang. Rantau Panjang ni  kat ngn Malaysia-Thailand border yang dipisahkan antara Sungai Golok. Masa ni bawa passport, tapi x berkesempatan pergi Thailand. Next time visit kot, insyaAllah. Kat Rantau Panjang, kami singgah Pasar Besar Rantau Panjang. Sini memang heaven untuk bershopping. Barang-barang seperti aksesori wanita, handbag, tudung, pakaian (kain batik, blouse), makanan (kacang,asam,jeruk), comforter@narita, dan pelbagai ada dijual kat sini. Murah-murah pula tu. Memang shiok!!! Yang x bestnya, x dapat nak shopping banyak, sebabnya balik Johor naik bus, payah nak mengangkut nanti. Masa datang sini, cuaca agak jahatlah, maklumlah musim tengkujuh bulan Disember. Berlarian2 lah kitaorang bila hujan turun pagi tu. Ni la shopping paling adventure sepanjang 20 pluss pluss saya hidup. Tehee...

Permandangan luar Pasar Besar Rantau Panjang

Next station, after having lunch, lunch yang memang sedap dan murah. Jatuh hati dengan masak gulai orang Kelantan. memang superb. Sedap hingga licin pinggan saya makan. Ok2... next station, ktarang pergi Kota Bahru. Kat Kota Bahru ni, kitaorang sempat melawat dan bergambar kat depan Istana Jahar, Istana Balai Besar dan Sultan Ismail Petra Arch.  Saya tertarik dengan senireka architecture istana lama kat situ. Memang cantik dan byk berciri Islamic. Ketulenan seni ukirnya memang terpelihara. Kagum melihatnya. 

Berposing depan gerbang Istana Balai Besar. 

Bergambar depan Istana Jahar @ Muzium Istiadat Diraja Kelantan. 
Excited ambil gambar sampai terpejam mata. Feeling mesti lebih. :)))

Tu yang posing ala flying Flamingo tu nama dia Awien. Hehe Comelkan? 
Comel meriam tu. Keh3

Ni dia Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra.

Sempat tu bergossip kat depan pintu gerbang. hehehe :)

Cuba baca tulisan jawi ni. Sy merangkak2 juga membacanya. 

Lawatan hari pertama, x tamat kat sini sahaja. Kalau dah sampai Kelantan, memang harus pergi Pantai Cahaya Bulan, antara pantai yang terkenal di Kelantan terletak 10km dari Kota Bahru. Pantai ni juga dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi, nama pantai ni dulu diberi oleh pegawai tentera British yang angau dengan cintanya tak berbalas maka terilhamlah nama pantai ni sebagai Pantai Cinta Berahi auwwww. Kat sini juga ada sejarah penting bagi Tanah Melayu kerana PCB merupakan tempat pendaratan Jepun semasa nak menyerang British pada perang dunia ke-II. Selain dapat menikmati ciptaan Maha Esa dan menghirup bau pantai dengan angin pantai sepoi2 bahasa, petang-petang ni memang sesuai pekena makanan celup2 tepung ni. Semua ada, ikan, sotong, cendawan celup tepung. Bolehlah tahan. Kami try kat gerai Cinta Selera.

Hehe Apa motif la bergambar cam ni, hehe... Saya cam nak menari Mak Yong pun ada. :)))

Muka ceria dapat sampai PCB. Hehe :))))

Berjalan2 dipersisiran pantai. Sonok! Yeah...Yeahhh.... :))))

Malam tu, kami pergi ronda2 kat Wakaf Che Yeh. Kat sana banyak gerai jual pakaian, aksesori perempuan dan lelaki, buah2an, permainan budak2 dan bermacam2 lagi ada di sini. Alaa... x da gambar nak share, malam tu saya x bawa DSLR saya. 


********************************


Hari Kedua pula, kami pergi Kota Bahru Mall, pergi sana sebab nak baiki jam tangan sapik. Sambil2 tu round2 KB Mall, cuci mata walaupun x beli apa pun kat situ, window shopping ja. Dah boring window shopping, saja2 lawan bowling. Ada orang tu physcho ja lebih, konon sapa kalah kena belanja. Hehe last2 dia yang kalah. hehe... Sib baiklah dia bagi chance saya 2nd last. kalu x comfirm la sy yang kalah. ;p 

the winner of the day: MSZ

dua orang mak cik sedang bergaduh di shopping mall. 

Muka bengang selepas peristiwa ice cream terbang, hehe. 
Bis baju kotor. Sori! :)))

Sempat g posing kat car park. Perempuan... :)))

Tengahari kami makan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru. Saya ambil seekor udang galah. Yummm... Yummm... disebabkan lapar tahap dewa, x ambil pun gambar udang galah yang besar yang menjadi santapan saya tengahari tu. Lepas makan, sempat jalan2 di Pasar Siti Khadijah yang rata2nya penjualnya adalah wanita sesuai dengan nama pasar ni, Kak Katty punya pasar. Shape pasar ni unik sebab berbentuk octagen (segi 8). Tingkat paling bawah meriah dengan pasar basah. Sangat colourful dari pandangan atas. Cantik! Rasanya kat pasar siti khadijah ni banyak menjual makanan traditional Kelantan, antaranya taik itik, jala mas, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih ada kat sini. Awin akhirnya dapat juga dia beli jala mas kat situ. Tahniah awin, dari day one visit dia cari. Hehe. 

Xda mood nak pose sbb tgh lapar.

Colourfulkan?

Hari petangnya, sekali lagi pergi pantai dekat Bachok. Jauh gak perjalanan dari Kota Bahru ke Bachok ni. Sempat jugalah ambil kesempatan tidor. Dah sampai. bukan main excited lagi, hilang rasa penat. Masa on the way ke pantai Bachok, terpandang sekor lembu ni, memang luar biasa besarnya, kalau mengikut pengamatan mata memang lembu tu lembu tertua dalam Malaysia lah. Ish sayangnya tak dapat nak snap gambar, tu la sapa suruh tidor masa dlm perjalanan, rugi2. Tak pa lembu, kalu ada umur yang panjang kita jumpa lagi ya. Tunggu aku ya lembu! :))) 

Pantai yang peaceful... ^^V

Nilah pemandangan Pantai Bachok. Sungguh menenangkan jiwa.

Fit, Penyelamat ikan yang kind-hearted 

Balik dari Pantai Bachok, kami pergi melawat kubur arwah nenek safik. Al-Fatihah untuk nenek beliau. Mari sama2 mendoakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. ameen. Malam tu, mama safik masak. Sedap betul makan nasi panas, lagi2 perut tengah lapar kan. Yummy.Time tu ada yang berpeluh makan sambal belacan. Huhu.

That's all. Ada intention nak datang lagi especially Wakaf Che Yeh, nak repeat sana sbb x dapat shopping. :(

Thursday, January 13, 2011

special for MISS AYU da cutest person i ever met :)

Assalammualaikum

Entry kali ini special sikit dari biasa, saya nak devoted this entry to someone that really special to me, her name is ROHAYU ZULKIFLI or nama manja-manja gedix, Ayu. Hari ni hari last dia bekerja di JKR, Nusajaya. Maknanya after this, no more makan2 or mengular (x selalu buat ok!!!! hee) together, no more. 

Flashback detik pengenalan kita orang, masa tu waktu lunch, Aisha bawa dia sekali pergi lunch, dia first day report duty masa tu, first expression pasal dia ni, haha jangan mara Ayu, dia ni memang seorang yang friendly. Baru first time dah boleh join, memang satu kepala satu akal tapi badan lain2 rupa pun memang la lain. Memang x silap my expression, sbb sampai la ni memang saya tahu, she is very friendly and easy to get along. Bukan jenis sombong la, baik ja. (Promo skit, hehe)  The most thing yang saya tak boleh lupa, gelak dia. hahaha. Ya, gelak Ayu. Lepas ni sunyi lah cafeteria kitaorang. hehe :P and another thing, style minah ni, she is different and fashionable. Dia memang sungguh menggayalah!!! 

Ayu, ko jangan lah sedih sangat ya. Kita still boleh lepak sama2, boleh pergi Singapore sama2 and boleh ja pergi shopping sama2, pergi tgk wayang sama2. Bezanya pas ni ko keja jauh ja dari ktrang. Jauh-jauh pun still kat JB juga kan. Hari Jumaat tu panjangkan lah langkah datang office aku. hehe macam lah tak biasa. ;p Anyway, Ayu even kita x bpisah jauh, but aku nak minta maaf lah sepanjang ko ada kat Nusajaya dengan aku ni, kalau aku banyak menyakitkan hati ko dengan lisan aku, perkataan aku, perbuatan aku dan tingkahlaku aku. Aku harap ko ikhlas maafkan aku, uwwaaa... Aku sayang ko babe. Aku pun nak ucapkan terima kasih banyak2 kat ko, ko byk tolong aku. tempat aku mengadu, tempat aku bermanja ;p hee... hope our friendship keep remain forever. keep in touch. ko jangan sombong2 ngan aku. Nanti mesti dah x da org suka tumbuk n sikung ko kan ayu. hehe amanla hidup ko nanti. hehee. babe, gonna miss you... 

ni hadiah gambar2 kita

Inilah cik ayunya. Cute kan? 

ni waktu rehat Jumaat, ktrang baru cuci mata kat Juicy Boutique 

Yang ni masa tu bulan puasa, kitaorang wat apa ek masa ni? hehe wat2 lupa ja la... ;p


Thursday, January 6, 2011

GPS di Singapore :)

Assalammualaikum

last weekend, kami berseronok-seronok di Kota Singa, Singapore. Even i'm Johorean, baru ja 3 times sampai sini. Dahlah my brother-in-law Singaporean. Tapi susah juga nak jejak Singapore often disebabkan money constraint. Currency Spore tinggi. This time punya trip special sikit sebab drive sendiri dengan bantuan gadget ok, canggih x? Thanks to Ayu for bring her GARMIN. It is verry helpful for da most. Tapi ada certain time tu bengong juga la GARMIN. Satellite x detect kot disebabkan hujan. 

Obviously GARMIN give wrong direction. HAHAHA. Ni kat Bugis Street. :P

Our first destination, mula decide nak pergi USS, but suddenly rainning, tu yang kami pun tukar our 1st destination pergi BUGIS STREET. Yang dah biasa pergi Spore, mesti tahu apa yang ada kat sini kan. Kat sini bagi yang perempuan, kalu nak cari baju, jaket, dress and skirt. Murah juga. Tapi kena pandai pilih kedai. Lenguh gak kaki, almost 2 hours window shopping kat sini. Last-last i just bought one nice kemeja. color grey. okla tu. better than nothing.

posing kat one of shop kat Bugis Street. Not for me. Hahaha (really?)***  

Haa nampak tu, ni kat luar market Bugis Street. 

Tengahari pula, perut memang lapar tahap gastrik laa. So we heading to Arab Street. Sebelum makan, kami singgah solat di Masjid Sultan. Cantik dan unik rekabentuk masjid ni. Tapi sayang x sempat nak posing2 plak dalam masjid. Masjid Sultan ni terletak depan Arab Street. Masjid dia bersih. Toilet dia pun tip top seriously. Walaupun bangunan lama, tapi penyelenggaraan masjid di jaga dengan baik. Memang class la. :) So lepas solat, makan time. Kitarang makan di Zam2 Murtabak. Seems to be nak berjimat cermat, so order 1 plate nasi beriyani daging dan 1 plate small murtabak untuk 3 pax. Pandai kitarang berjimat, bila calculate sorang bayar $4. Not bad la tu! ;p hahaha. Beriyani dia sangat berempah, kalu yang ada darah mamak memang taste u all la. For me, memang x boleh masuk, tapi disebabkan lapar, habis juga ktrang makan. Murtabak dia plak to be compared ngn Murtabak Kampung Melayu, i prefer Kampung Melayu punya. Hee... Sori ya... 

Vespa ni style der. Ni kat depan Masjid Sultan. Dpt tengok pagar ja eh. Okla tu. Heee :)

Ni plak posing2 ala2 kat Paris. Burung Merpati berterbangan. Ehem ingat senang ke nak bagi burung2 ni terbang. Hahaha. 1st trial memang menjadi. After that, burung2 ni dah tau trick ktrang, memang boh layan. Perhhh educated betul burung-burung ni. Hehehe...

After Asar, Ktrang pergi USS. Jalan-jalan untuk berposing hokkay. Got no money. So jangan harap dapat main2 indoor game kat situ. Menurut sumber yang 50-50 boleh percaya, USS akan dibuka sepenuhnya tahun ni, so u guys grab the opportunity. Disebabkan 3 orang yang x biasa dengan Spore ni. Ktrang parking kat dalam USS ni. Mahal tul parking dia, 1 jam ja terpaksa bayar $11, ni lum convert Malaysia Currency. Tapi memang bestla pergi USS ni. May be nak repeat balik datang USS bila dah rasa budget terlebih. ;p Actually ada parking murah, xpa tu next time kita try plak parking sana. :)

depan universal globe. Ramai betul orang nak bergambar kat sini. Kira tempat feveret nak bergambar la ni

See they hold the lion, cool! ^^V hee

 Hee... No comment~


 Rasa nak ja mandi kat air pancut tu... :)))

depan hard rock. Berkenan kat one of t-shirt kat hard rock, reggae concept, yg dye2 tu, memang superb punya berkenan. But not money value, so forget it! Geramnyaa... Grrrr ;(  

Alhamdulillah, our trip memang lancar. Rasa seronok plak drive kat Spore. Hehehe. Mission is accomplished walaupun hampir pening nak cari 7 Eleven utk top up Autopass. Hahaha. Will keep the memory forever in my heart. ;)