Google+ Followers

Monday, January 17, 2011

Demo la ni...

Assalamualaikum...

Lama dah teringin nak pergi Kelantan. Last visit saya di Kelantan masa saya di Form 5, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Almost 10 years baru berpeluang datang Kelantan. O.M.G! maksudnya dah 10 tahun juga saya tinggal zaman menengah atas saya. Rasa macam baru semalam tinggalkan zaman gila-gila remaja. Sekarang dah waras, maklumlah dah dewasa. :))))) Sepanjang trip saya di Kelantan saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada my BFF tuan sapik dan keluarga di atas layanan yang tip top. Thank you very much! Terima kasih juga pada Awin dan Fit. Enjoy sangat di Kelantan. <3

Hari pertama kat Kelantan, kitaorang pergi Rantau Panjang. Rantau Panjang ni  kat ngn Malaysia-Thailand border yang dipisahkan antara Sungai Golok. Masa ni bawa passport, tapi x berkesempatan pergi Thailand. Next time visit kot, insyaAllah. Kat Rantau Panjang, kami singgah Pasar Besar Rantau Panjang. Sini memang heaven untuk bershopping. Barang-barang seperti aksesori wanita, handbag, tudung, pakaian (kain batik, blouse), makanan (kacang,asam,jeruk), comforter@narita, dan pelbagai ada dijual kat sini. Murah-murah pula tu. Memang shiok!!! Yang x bestnya, x dapat nak shopping banyak, sebabnya balik Johor naik bus, payah nak mengangkut nanti. Masa datang sini, cuaca agak jahatlah, maklumlah musim tengkujuh bulan Disember. Berlarian2 lah kitaorang bila hujan turun pagi tu. Ni la shopping paling adventure sepanjang 20 pluss pluss saya hidup. Tehee...

Permandangan luar Pasar Besar Rantau Panjang

Next station, after having lunch, lunch yang memang sedap dan murah. Jatuh hati dengan masak gulai orang Kelantan. memang superb. Sedap hingga licin pinggan saya makan. Ok2... next station, ktarang pergi Kota Bahru. Kat Kota Bahru ni, kitaorang sempat melawat dan bergambar kat depan Istana Jahar, Istana Balai Besar dan Sultan Ismail Petra Arch.  Saya tertarik dengan senireka architecture istana lama kat situ. Memang cantik dan byk berciri Islamic. Ketulenan seni ukirnya memang terpelihara. Kagum melihatnya. 

Berposing depan gerbang Istana Balai Besar. 

Bergambar depan Istana Jahar @ Muzium Istiadat Diraja Kelantan. 
Excited ambil gambar sampai terpejam mata. Feeling mesti lebih. :)))

Tu yang posing ala flying Flamingo tu nama dia Awien. Hehe Comelkan? 
Comel meriam tu. Keh3

Ni dia Pintu Gerbang Sultan Ismail Petra.

Sempat tu bergossip kat depan pintu gerbang. hehehe :)

Cuba baca tulisan jawi ni. Sy merangkak2 juga membacanya. 

Lawatan hari pertama, x tamat kat sini sahaja. Kalau dah sampai Kelantan, memang harus pergi Pantai Cahaya Bulan, antara pantai yang terkenal di Kelantan terletak 10km dari Kota Bahru. Pantai ni juga dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi, nama pantai ni dulu diberi oleh pegawai tentera British yang angau dengan cintanya tak berbalas maka terilhamlah nama pantai ni sebagai Pantai Cinta Berahi auwwww. Kat sini juga ada sejarah penting bagi Tanah Melayu kerana PCB merupakan tempat pendaratan Jepun semasa nak menyerang British pada perang dunia ke-II. Selain dapat menikmati ciptaan Maha Esa dan menghirup bau pantai dengan angin pantai sepoi2 bahasa, petang-petang ni memang sesuai pekena makanan celup2 tepung ni. Semua ada, ikan, sotong, cendawan celup tepung. Bolehlah tahan. Kami try kat gerai Cinta Selera.

Hehe Apa motif la bergambar cam ni, hehe... Saya cam nak menari Mak Yong pun ada. :)))

Muka ceria dapat sampai PCB. Hehe :))))

Berjalan2 dipersisiran pantai. Sonok! Yeah...Yeahhh.... :))))

Malam tu, kami pergi ronda2 kat Wakaf Che Yeh. Kat sana banyak gerai jual pakaian, aksesori perempuan dan lelaki, buah2an, permainan budak2 dan bermacam2 lagi ada di sini. Alaa... x da gambar nak share, malam tu saya x bawa DSLR saya. 


********************************


Hari Kedua pula, kami pergi Kota Bahru Mall, pergi sana sebab nak baiki jam tangan sapik. Sambil2 tu round2 KB Mall, cuci mata walaupun x beli apa pun kat situ, window shopping ja. Dah boring window shopping, saja2 lawan bowling. Ada orang tu physcho ja lebih, konon sapa kalah kena belanja. Hehe last2 dia yang kalah. hehe... Sib baiklah dia bagi chance saya 2nd last. kalu x comfirm la sy yang kalah. ;p 

the winner of the day: MSZ

dua orang mak cik sedang bergaduh di shopping mall. 

Muka bengang selepas peristiwa ice cream terbang, hehe. 
Bis baju kotor. Sori! :)))

Sempat g posing kat car park. Perempuan... :)))

Tengahari kami makan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru. Saya ambil seekor udang galah. Yummm... Yummm... disebabkan lapar tahap dewa, x ambil pun gambar udang galah yang besar yang menjadi santapan saya tengahari tu. Lepas makan, sempat jalan2 di Pasar Siti Khadijah yang rata2nya penjualnya adalah wanita sesuai dengan nama pasar ni, Kak Katty punya pasar. Shape pasar ni unik sebab berbentuk octagen (segi 8). Tingkat paling bawah meriah dengan pasar basah. Sangat colourful dari pandangan atas. Cantik! Rasanya kat pasar siti khadijah ni banyak menjual makanan traditional Kelantan, antaranya taik itik, jala mas, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih ada kat sini. Awin akhirnya dapat juga dia beli jala mas kat situ. Tahniah awin, dari day one visit dia cari. Hehe. 

Xda mood nak pose sbb tgh lapar.

Colourfulkan?

Hari petangnya, sekali lagi pergi pantai dekat Bachok. Jauh gak perjalanan dari Kota Bahru ke Bachok ni. Sempat jugalah ambil kesempatan tidor. Dah sampai. bukan main excited lagi, hilang rasa penat. Masa on the way ke pantai Bachok, terpandang sekor lembu ni, memang luar biasa besarnya, kalau mengikut pengamatan mata memang lembu tu lembu tertua dalam Malaysia lah. Ish sayangnya tak dapat nak snap gambar, tu la sapa suruh tidor masa dlm perjalanan, rugi2. Tak pa lembu, kalu ada umur yang panjang kita jumpa lagi ya. Tunggu aku ya lembu! :))) 

Pantai yang peaceful... ^^V

Nilah pemandangan Pantai Bachok. Sungguh menenangkan jiwa.

Fit, Penyelamat ikan yang kind-hearted 

Balik dari Pantai Bachok, kami pergi melawat kubur arwah nenek safik. Al-Fatihah untuk nenek beliau. Mari sama2 mendoakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah. ameen. Malam tu, mama safik masak. Sedap betul makan nasi panas, lagi2 perut tengah lapar kan. Yummy.Time tu ada yang berpeluh makan sambal belacan. Huhu.

That's all. Ada intention nak datang lagi especially Wakaf Che Yeh, nak repeat sana sbb x dapat shopping. :(

No comments: