Google+ Followers

Friday, January 21, 2011

Destinasi Budget : Langkawi

Assalammualaikum

Lately ni, suka plak nak update blog dengan tempat2 yang pernah saya kunjungi sepanjang sweet 20, wekkk. Untuk entry ni, saya nak lakarkan balik memori saya dengan My Ex Boss dan my officemate, cik Bakiya. Indu plak dengan my ex boss, Pn J.P. she was great boss, honestly. HeLLoOOO ni bukan kipas ya! huhu. Actually, we all pergi Sungai Petani untuk present paper Project Outcome Assessment . Ni kira my first time kena represent JPS Johor untuk bentangkan paper. nervous x usah laa nak cakap, goyang gak. At first memang berdebar, lajunya heart beat dah macam kelajuan bullet train. Pas tu, barulah normal balik heart beat, sib baik tak pengsan ja. Saya present utk projek RTB Sungai Juasseh. Hentam saja labu! Well, 4 days tu di Sungai Petani, Kedah. Dah ada peluang di utara, so menyelam sambil minum air lah. I followwww jaa pergi Pulau Langkawi. Yeaahhh! Memang best. Actually, dah pernah sampai Pulau Langkawi, masa tu sweet 15, orang lain dok struggle study PMR, saya pergi struggle honey moon dengan family. Release tension la kununnya. Hehe... 

My visit at Pulau Langkawi....

Untuk ke Langkawi, ada dua pilihan samada by air or by ferry. Pilihan di tangan anda! Kami memilih untuk pergi ke Langkawi melalui Kuala Perlis menggunakan perkhidmatan air, iaitu Feri. Advise Pn JP, kalau naik dari Kuala Perlis cepat sikit turun Feri compared to kalau melalui Kuala Kedah. Perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi hanya 45 minit. Nasib baik x da mabuk2 laut, steady la!  Harga tiket feri pula untuk seorang dewasa ialah RM 20 per way. Feri pula beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Kami beli tiket 2 way, pergi n balik. Untuk perjalanan balik kami ambil ferry akhir iaitu pada pukul 7 malam. Kalau kena tinggal ferry, jawabnya sendiri mahu ingatlah.

Sesampai ja di Langkawi, da first thing kami buat ialah cari kereta sewa. Di Kuala Perlis Ferry Terminal, memang berderet counter yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa, jadi bagi yang fussy and choosy tu, anda berpeluang untuk cari kereta da best la. Kami pilih untuk sewa kereta proton Wira AUTO, auto ok! Untuk sewa satu hari, depa bagi RM50 sahaja, murah kan? ini tidak termasuk minyak. Minyak sendiri isi laa der. Tank memang dah menunjukkan sign empty, so next destination without any further, kami cari petro station yang berhampiran semasa on the way ke Langkawi Cable Car. Isi RM20. Xyah isi penuh sebab ini 1 day trip, rugi kalu x habiskan minyak.

Then we are heading to Langkawi cable car, teringin sangat nak naik cable, hati menyanyi girang spanjang perjalanan. Ceh! In 40 minute kami sampai ke Langkawi cable car. Excited and Nervous juga bila terpandang dari jauh ketinggian cable car yang bakal saya naik nanti. Sangat tinggi meh, 652.5 m above sea level. Kalau trekking, kena ada 6 h.p stamina saya rasa. hehe. Harga tiket untuk dewasa untuk naik cable car ialah RM25. Maklumlah 1st time nak naik, agak teruja and ada sikit rasa jakun, cover skit x mo tunjuk excited tu, hehe. Systematics! Tu first word before nak naik cable car, sbb depa dah sediakan kotak2 angka dari 1-4, maksudnya setiap satu cable car, hanya boleh naik 4 orang dewasa. Depa akan que dalam petak2 tersebut, turn by turn akan naik tanpa berebut. Oh ya, yang naik cable car, sy n Bakiya ja, Pn J.P x naik sbb menurut beliau, dia dah pernah naik sebelum ni. Hehe. Ok no problem, kami proceed ja! Nak tahu mcm mana naik cable car, rasa lah sendiri. Challenge urself! Kat puncak tu,clearly leh nampak laut, air terjun 7 Telaga, flora fauna, burung2. Memang tenang sangat n udara kat atas tu rasa segar sangat. Yang paling best masa lalu kat bridge tu, lagi2 bila awan melintas. Terangkat shiok dia! Better pergi sendiri lah.

After that, pergi pekan Kuah, ni special request Pn J.P. dia dtg Langkawi ni pasai nak shopping, haruslah dia yang bawak byk bag plastic shopping paling banyak antara kami bertiga. Saya cuma beli ole-ole ja untuk family dan rakan2 terdekat. Yup, seronok sangat di Langkawi even x dapat round semua tempat. Hopefully  satu hari nanti, saya akan sampai lagi ke Langkawi ni.

Ok, ni dia gambar2 yang sempat dirakamkan kat sana.

 Cable car
 Pemandangan dari cable car yg saya naik, woww gayat!!!
 I was here!
 Best sangat~
 Indanya ciptaan Allah
 Peaceful~
 Kalau rockclimbing kat sini baik juga ni! ;p

Bye2 Langkawi. We'll meet again! InsyaAllah


9 comments:

fatt said...

ada shopping cekelat tak? wajib tu :D
sy pun dah lama tak dtg langkawi ni..last pegi masa 2007 rasanya

Miss Pena Unggu said...

hi fatt, yup cokelat tu wajib, bis sy borong segala jenis cokelat masa tu. hehe. camna leh lupa benda wajib ni. haha. so bila nak pergi lagi?

-zuh@ili- said...

woo,traveling journal,best...
jauhnye bentang paper,dr selatan ke utara,haha,anyway congrat for 1st try bentang paper,mesti xtra nervous dr present FYP...

Miss Pena Unggu said...

tqvm lee. bagus gak kena bentang jauh2 ni, dpt juga melawat2 tempat orang. thanks. mmg super duper extra nervous present paper ni. ngeriiii lagi2 boss ada sama sekali kat situ. hahaha

fadhdeela said...

bestnyer!! langkawii..dah lama xg..ada shopping coklat x??

Meh singgah: Perkhawinan Ayu Raudha & Zaquan Adha!

Miss Pena Unggu said...

hi fadheela

best! x puas nak g sana lagi. ada shopping cokelat. satu bag plastic ja. nanti ada rezeki nak repeat balik

Anonymous said...

Baru kita tau dari Sg. Petani dia gi jenjalan ngan boss ekkk...(org Johor nak juga guna "ekk" kat belakang ayat..)....... :-)

Miss Pena Unggu said...

Yup, sempat singgah tu kak wa, JP yg beriya nak ke sana (haha... padahal sama2 naik) kah3 :)

Anonymous said...

assalamualaikum. boleh bagi num or kat mana nak cari kereta sewa smpai rm50 tu? sy baru nak g tp kne smpai rm120.. T_T