Google+ Followers

Sunday, February 6, 2011

Jalan-Jalan Cari Pasal : Tutti Fruitti Yogurt

Assalamualaikum dan Selamat Hari Sabtu.


Baru ja lepas hang out dengan my BFF, miss ayu n her friend fairuz. Ayu la ni, dia mengindam yogurt eskem. Haa cam best ja kan bunyinya. Pernah try yogurt eskem dekat Tutti Fruitti? To those yang belum try, highly recommended to try this yogurt eskem. Orang JB yang rasa nak try, you all boleh pergi kat shop lot yang baru tak baru sangat dekat Kebun Teh bersebelahan dengan JKR Mekanikal. Rugi tak try! Sebab apa tau. Selain mejanjikan kenikmatan yang tak terhingganya, yogurt ini sangat sihat untuk kesihatan para penggemarnya. Free promotion ni, jangan main-main hokkay. hahaha. 

Memanglah yogurt tu rasanya masam-masam kelat, wekkk tak sedap. Tapi kalau dah pekena yogurt kat Tutti Fruitti ni, comfirm you all akan repeat balik. Rasa dia dah modify dah rasa sedap. Alaa better you all pergi rasa sendiri lah. By the way, saya nak share sedikit info pasal kebaikan yogurt ni:
  • Bagus utk prevent colon cancer. Yaa, Better prevent than cure. 
  • Boleh merendahkan blood pressure and cholesterol level. Hrmmm... Sesuai sangat utk diet org2 berpenyakit darah tinggi.
  • Menguatkan daya immusi badan kita. Bila immusi badan kuat jadi penyakit jahat pun takut nak serang badan kita. 
  • Meningkatkan penyerapan mineral dalam badan kita. 
  • Promote good bacteria and enzyme yang boleh membantu membunuh bacteria yang jahat lagi membahayakan macam dalam iklan susu Friso tu.
  • Sesuai bagi yang nak berdiet tapi degil juga nak makan eskem, jangan kempunan, makan ja yogurt eskem ni dah rasa macam eskem juga, eskem masam. So orang yang berdiet, jangan risau sangat sebab yogurt eskem ni lower fat, high calcium and low calorie.
Masa first time masuk Tutti Fruitti, ada sedikitlah perasaan jakun n terpinga-pinga, semuanya self-service.  Aish tak tahu mana nak mula. Confused. Nasib baik ada notice board macam manual procedure, so tak da la sesat sangat.  Da most important, muka kasi confident mei.

Bismillah. Dah nak start buat yogurt sendiri ni. Mula-mula, pergi ambil cup yang dah tersedia. Cup pun pelbagai size, agak-gak kaki pelahap tu boleh pilih extra large cup.  Small cup warna orange, Medium cup warna hijau dan Large cup warna pink. For first timer, tak yah amek cup besar-besar sangat, cup kecil pun dah kenyang n puas. 

Tu dia cup2 untuk yogurt. 
  
After dah pilih cup, proceed next station, dispense yogurt. Yang ni boleh mix semua flavor yang ada mengikut cita rasa masing-masing. Antara flavor yang ada: vanilla, strawberry, chocolate, passion fruit, green apple, etc.  My favorite flavor are vanilla, chocolate n green apple. Sungguh mengujakan! Yummmy!

mak cik baju biru sedang dispense frozen yogurt perisa chocolate. 

Ok next! After dah mix up ur favorite flavor, pergi kat next station. Ini utk topping yogurt dan penambah sedap yogurt anda. Kat station tu nanti, leh laa tambah macam-macam topping, ada bijiran,buah-buahan, chocolate chips, chocolate sauce, whipped cream dan segala macam lah. Yang penting jangan tamak haloba, nanti memakan diri sendiri sebab topping-topping ni mostly manis-manis belaka.So jaga-jaga ya! 

Ni dia topping yang manis-manis.

Setelah siap bubuh topping, nampakkan budak baju putih tu yang dah tunggu kat kaunter kat gambar di atas ni, serahkan yogurt anda untuk ditimbang. Harganya ikut kilo, semakin berat semakin mahal. RM5.30 per 100 gram. First time visit, i kena RM27 ok. So this time, dah pandai budget sikit, kena charge RM17 sahaja.

Sedap sangat yogurt Tutti Frutti ni. Yummy! 

Sori x da plak close up picca utk yogurt, x sabar nak mammmm.... 

Jemput makan!

Picca: Credit to Miss Ayu. Ambil dari FB dia. 

12 comments:

W said...

dah ramaii kwn2 W kata Tutti Fruitti Yogurt ni sedap. tapi W masih tak bkesempatan lagi nak rasa. area2 umah W mana adaa, rumah kampungg la katakan.. ;)

Miss Pena Unggu said...

hi w, memang sedap n berkhasiat. t tutti fruitti bka branch kat tempat awk. :) hee

najihatussolehah said...

wah...sedapnye...

Miss Pena Unggu said...

awk memang sedap! hehe :)

Hayati Hamzah said...

tetiba lapa t.f :((

mizzura said...

aku pun lum try..selalu jeling2 jer..sbb bila lalu tutti fruity mesti time pas makan..so rasa kenyang lagik..mak aii..first time kena 27 hinggit..kalo gitu kena amik yg light2 jer lah..

Miss Pena Unggu said...

Hayati: hehe pg la t.f. bg ilang lapa.

Miss Pena Unggu said...

zura: wat cam desert, muat g perut ko kalu nak makan t.f ni. seriously first time kena rm27, sbb aku tamak, aku dispense smua yogurt flavour, last2 senak perut nak ngabiskan.

Rash said...

Salam~

nmpk menarik~ btul ker yogurt kt c2 dh xrase masam sbb tekak rash xbule terima la yogurt masam.. huhuhu.. kt JB je ke ade?

mykhalis said...

perghh..nampak pun dah tau sedap..

Miss Pena Unggu said...

wslm, hi rash, better rash try sendiri, x da la masam sgt, sdap bila dah campur2 ngn topping. kat KL pun ada.

Miss Pena Unggu said...

tau x pa, mmg sedap!