Google+ Followers

Wednesday, November 6, 2013

Cuti-Cuti Malaysia Day One: Last weekend was a great weekend!

Assalamualaikum

Lama betul x berblogging ni. Rasanya dah bersawang sana-sini. hehe. Hari ni nak blog about our vacation. Setelah sekian lama merancang, barulah dapat pergi even tempat ni tak dalah jauh sangat dari KL. Lebih kurang sejam je perjalanan dari KL. Vacation kali ni pergi Bukit Tinggi. Hmm bolehla kan melarikan diri dari kesibukan kota metropolitan. cehhh :)

Kami stay one night je di Colmar Tropicale. Bertolak dari KL pukul 10 pagi after breakfast. Jalan lengang sangat, padahal dah start cuti sekolah. Alhamdulillah dapat sampai awal dan perjalanan pun dipermudahkanNya. 

Hotel kami dah booked dari Agoda. Senang dan murah. Rate dalam RM300+. Sampai-sampai ja, kami nak check in tapi pihak hotel minta kami check in dalam pukul 3.00m petang sebab bilik tak siap lagi. Then they give us suggestion pergi jalan-jalan dulu ke Japanese Village atau Botanical Park. Ada shutter bus disediakan setiap sejam. Tapi kalau nak pergi sendiri, tempat letak kereta disediakan.

Sementara menunggu shutter bus, kami menikmati keindahan French Village. Di situ terdapat bangunan-bangunan seperti di Colmar, French. Di situ terdapat beberapa cafe, kedai cenderamata dan kedai sayur organik. I really appreciate the architectural of the building. Memang cantik sangat sebijikla macam kat perkampungan perancis, dengan cuaca sejuknya ermmm dah macam bukan di Malaysia. Hehe. 









Sementara nak tunggu pukul 3.00 petang, kami pun pergi ke Japanese Village dengan menaiki shutter bus. Di Japanese Village, kami perlu medaki tangga dan menapak ke bukit yang tinggi. Bersedialah dengan stamina yang baik ye sebelum datang ke sini. Penat memang penat tapi penat ni berbaloi kerana dapat menhirup udara yang segar. Munajat kepada Allah syukur tak terhingga dengan ciptaan Allah, keindahan bukit-bukau dan macam-macam tumbuhan. 

Di Japanese Village, terdapat rumah kecil senireka Jepun. Deruan air terjun dan pokok-pokok tropika mirip seperti perkampungan Jepun (macam dalam cerita Oshin tu). Di situ juga, kita boleh menyewa kimono dengan harga RM20 untuk 10 minit. Sesuai bagi sesiapa yang nak pre/wedding photo-shoot. :) Situ ada restoran makanan Jepun, tapi di sebabkan husband tak makan n tak prefer makan di situ, kenalah tahan perut sikit.








Kemudian kami menikmati kehijauan alam di Botanical Park yang terletak berhampiran Japenese Village. Disebabkan kepenatan, kami tak berjalan sehingga bahagian bawah Botanical Park. Kami melepak di bangku yang disediakan. Tanaman di sini kebanyakan tidak menggunakan bahan kimia, di tanam secara organik/ semulajadi. 












Ok. Sambung lagi nanti ya. My husband dah sampai rumah plak. Till next entry. :)

No comments: