Google+ Followers

Thursday, November 7, 2013

Cuti-Cuti Malaysia Day Two: Last Weekend was a great weekend.

Assalamualaikum

Bersiaran lagi untuk melengkapkan blog sambungan. Semangat pula nak berblogging. Hehe :) Hari kedua pula, kami lebih banyak berehat di hotel. Sebabnya malam tu, saya kena sakit kaki yang amatlah sakitnya. May be saya ni tak biasa jalan jauh2 @stamina kurang ditambah pula cuaca yang sejuk, jadi mudahlah cramp kaki ni. Bersabar dengan dugaan diberikan. Pukul 2 pagi baru boleh tidor. Sakit tau tak! Uwwwaaa..

Pagi tu, husband sambung tidor after breakfast pagi tu. Saya pula pergi ke SPA yang terletak di bawah block hotel kami. Mahallaa juga, tapi layan je laa sebab kaki dah sakit. Melayanglah RM64 untuk 30 min foot massage. After that, survey souveniour so that nanti husband dah bangun, tak susah2 lagi nak survey, terus beli saja tak da lah buang masa kan. :)






Jam hampir pukul 11.30 tengahari, cepat-cepat saya kejutkan husband. Kami perlu berkemas untuk check out pukul 12.00 tengahari. Sebelum balik, kami pergi ke Animal Park dan akhir sekali House Trails yang sepatutnya kami pergi pagi-pagi tadi. Tula, manusia hanya merancang, Allah menentukan. Just go with the flow. 

Di Animal Park, ada arnab, white spotted deer, rusa sumatera. Semua haiwan ni agak jinak belaka. Yang menghiburkan hati saya, bila ada seekor rusa ni mengekori seorang budak cina ni sebab rusa ni tau dalam bag budak cina tu ada makanan/ carrot. Jinak betul, ikut ja budak tu ke mana-mana. Hehe.. Rasanya animal park ni sesuai untuk kanak-kanak, sebabnya riuh kanak-kanak mengejar arnab-arnab. Kita yang dewasa ni pose2 for the photo je la kerjanya. Hehe.. 







Di Animal Park, kami spent sekejap je. Lepas tu kami pergi ke Horse Trails, aktiviti yang dinantikan. Seronok rupanya naik kuda ni, walaupun pada mulanya agak gementar. Di situ menawarkan RM25 untuk lead ride untuk 10 min. Saya naik kuda bernama Bonny yang berumur 26 tahun. Muda beberapa tahun je dar saya. Selain tu juga, kat situ pun boleh trainning. RM70 untuk setengah jam.







Sekian sahaja our short acation. Sebenarnya destinasi yang kita pilih tidakla penting, tetapi masa yang dapat diluangkan bersama itu lebih penting. Bercuti dengan pasangan adalah cara untuk mengeratkan hubungan dan selain kita dapat mengenal rapat pasangan kita. Opps ni tips untuk orang yang dah halal ye!

Assalamualaikum..

No comments: