Google+ Followers

Wednesday, November 13, 2013

Kuala Terengganu

Assalamualaikum

SubhanAllah hampir setahun dah kahwin rupanya. Rasa macam sebulan ja. hehe. Hari ni nak share destinasi honeymoon saya after selesai Majlis Bertandang di Klang, rumah husband. Kami plan nak pergi Pulau Redang, mood honeymoon sememangnya sesuai untuk bercanda di tepian pantai macam lagu Sheila tu. Hehe.. Tapi kita hanya merancang Allah menentukan. Bulan Disember hingga bulan April, semua pulau di Pantai Timur di tutup kerana musim tengkujuh dan faktor keselamatan pelancong. Akhirnya, kami sampai juga ke Terengganu, tapi hanya ke Kuala Terenganu. 

Makanan yang menarik di Kuala Terengganu adalah celup tepung sebab jarang jumpa di tempat lain. Celup tepung ni ialah makanan laut/sayur yang dicelup dengan tepung dan digoreng hingga garing. Nak makan dia, boleh makan dengan sos yang disediakan atau boleh makan macam tu je. Mostly orang cakap celup tepung ni banyak terdapat di Seberang Takir, bersebelahan air port Kuala Terengganu. Situ ramai orang datang untuk makan celup tepung petang-petang hari. 

Tempat yang menarik yang sempat kami jelajah sepanjang di Kuala Terengganu adalah Taman Tamadun Islam terletak berhampiran Masjid Kristal. Di sini terdapat monumen-monumen masjid yang berskala kecil di seluruh dunia termasuk la Mekah, Masjid An-Ansar, Masjid berdarah di Thailand (alamak, tak ingat nama), Masjid Negara dan sebagainya. Melalui monumen-monumen ni kita boleh lihat seni reka tamadun Islam yang sangat cantik di setiap negara, kerana setiap masjid mempunyai seni reka tersendiri mengikut budaya mereka. 





Tempat untuk bershopping pula, mana lagi kalau tak ke pasar payang kita.. Hmmm... sini tempat perniagaan orang melayu. Kebanyakan menjual pakaian, barang kraftangan, makanan dan emas. Rasanya Pasar Payang ni lebih masyur dengan BATIK. Memang sini banyak kedai yang menjual batik, bermacam-macam corak yang menarik dan terkini. Memang menarik dan tertariklah. :)

Tempat bersejarah pula yang saya lawati ialah   Bukit Puteri yang terletak berhadapan Pasar Payang, Dari jauh dah boleh lihat rumah api yang terdapat di atas Bukit Puteri. Di Bukit Puteri ni, boleh melihat panorama Kuala Terengganu dari puncak bukit. Selain itu, beberapa tinggalan sejarah seperti kubu lama, wakaf tempat mesyuarat raja dahulu kala, kubur-kubur lama dan lonceng besar (genta). Oh ya, menariknya genta ni dahulunya dibunyikan untuk mengejutkan orang-orang Kuala Terengganu bersahur.

Setakat ini sahaja. Lain kali saya update lagi. InshaAllah 

No comments: