Google+ Followers

Tuesday, December 24, 2013

Company Trip To Labuan Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur pada Allah telah memberi keizinanNya untuk menjayakan company trip ke Labuan. Pening juga jadi secretriat ni nak uruskan semua orang seramai 29 orang.Trip ke Labuan kali ni, agak istimewa sebabnya siap transit di Kota Kinabalu 6 Jam. Kesempatan digunakan sebaiknya untuk ke Pasar Filipina. 

Pasar Filipina
Pasar Filipina ini terdapat pelbagai barangan tempatan tetapi yang utamanya yang ada di sini ialah mutiara, udang kering, ikan keropok, ikan bilis dan macam-macam lagi. Di sini, jangan terburu-buru untuk membeli-belah sebabnya kebanyakan kedai menawarkan barangan yang hampir sama. Jadi, survey harga dulu sebelum membeli. Seriously, harganya berbeza-beza setiap kedai, kat sini perlu skill negotiation. Hehe.. :) Kat sini saya sempat beli brooch mutiara, udang kering dan t-shirt. Hmm, sayangnya gambar tak banyak, sebabnya bukan bercuti, setakat snap guna handphone camera je. Tapi layan je la ye gambar yang ada ni. 

Oh ye! Kat sini jangan terkejut tau kalu ramai je ibu-ibu dan kanak-kanak kecil meminta duit dari anda. Terpulanglah ye nak beri atau tak beri. Ikut keikhlasan masing-masing.

 Nampak tak, banyak betul kerepek-kerepek kat sini. Harga tak survey sebab tak da 
intention beli kerepek di sini. Tapi kat KK ni yang terkenal Kuih Cincin.

 Ni mutiara air tawar dijadikan butang baju melayu. 

 Antara pilihan T-shirt dan Brooch Mutiara

 Ikan Bilis dan Udang Kering segar2 belaka. Janji pandai nego harga!

 Macam ni la suasana tempat jual barang2 kering. Baunya semerbak.

 Kuda laut pun ada. O_o

 Kami sebenarnya ber"lima"

Walau tak da kaitan, tapi nasi goreng udang ni memang sedap! Hanya di KK. :)

Berangkat ke Labuan tepat pukul 4.15 petang. Semua orang dah keletihan. Kesiannnnnyaaa... Maafkan saya. Apa boleh buat, seat flight penuh. 



That's all about KK for 6 hours lag time. Hehe. Memang tak dapatlah nak cerita panjang. Hajat nak pergi Rumah Terbalik pun tak kesampaian sebabnya time constraint dan juga kos taxi yang terlalu mahal iaitu pergi balik RM160.00, rasanya tak berbaloi untuk pergi dalam keadaan yang terburu. Semoga satu hari nanti dapat bercuti-cuti di KK bersama keluarga. Amin

No comments: