Google+ Followers

Wednesday, December 25, 2013

Company Trip To Labuan Part 2

Assalammualaikum

Ok, kali ni barulah betul-betul cerita Labuan. Labuan ni macam Langkawi tapi keluasannya lebih kecil. Maaflah tak sempat nak study geografi tentang Labuan ni. Hehe. Kami menginap di Hotel Billion Pavillion Waterfront City yang terletak berhampiran Ujana Kewangan. Memandangkan company trip, jadi masa amatlah terhad untuk berjalan-jalan di Labuan. '

Hari Pertama

Hari pertama di Labuan, sebaik checked-in, saya berehat di bilik hingga kan tertidor. Memang dah tak sedar apa sebab kepenatan yang amat. Sampai orang message ajak makan pun tak sedar. Nasiblah duduk sharing dengan my colleague. Ada la kawan nak pergi makan sebab bangun saja dari tidor, perut dah lapar. Kami makan di gerai makan berhampiran hotel. Situ terdapat banyak gerai makanan goreng/makanan panas dan setiap gerai tu mesti ada jual chicken wing ataupun orang situ panggil sayap panggang. :) Kami order nasi goreng pattaya dan nasi goreng kampung. Bila je makanan hidang, rasa terkejut sebab banyaknya nasi tu macam 2 orang makan dan harganya macam makan nasi goreng kat KL. Bezanya kat KL, nasi tak sebanyak kat Labuan. Kira murah lahkannnnnnnn. :)  

Ada gambar panorama hotel tersebut termasuklah kereta perhiasan di depan Lobi Hotel. Hmm.. dengar cerita owner ada 7 ke 11 buah kereta sport kat rumah. Ferrari dan Lamborghini ni parking depan lobi untuk hiasan. Fuhh... bagi saya satu bahh. :)










Hari Kedua

Hari kedua, setelah program company settle, barulah kami boleh pergi ke Pekan Labuan untuk shopping. Dah nama pun perempuan, haruslah kaki shopping masing-masing. Yang lelaki ada gak yang join, tapi mostly memilih untuk balik bilik untuk aktiviti bebas. Bebaslah sangat! Kami sempat cari cokelat, fridge magnet dan kain di sini. Orang kata kat sini harga cokelat dan kain murah-murah. Tapi kedai-kedai yang saya singgah kat sini, tak da lah murah sangat kalau nak dibandingkan dengan Langkawi, Pulau Bebas Cukai ni. Yang murah-murah pun dah nak expired dah pun. Kain kat sini mungkin murah sikit dari JAKEL, tapi tak banyak pilihan. Jangan marah ye orang Labuan, ni my personal review. Mungkin ada kedai-kedai yang menawarkan harga yang murah. Mungkin ada!

Kat sini, ada bad memory sebabnya ada penjual yang menipu jual harga cokelat murah, rupanya cokelat dah expired lama dah. Siap cover dengan tagging price kat expired. Kalau dah membeli banyak-banyak, memang tak perasan. Bila balik bilik baru perasan. Nasib baiklah kan dapat pulangkan balik. Tapi penjual tu berat juga untuk ganti semula cokelat expired tu. Hmmmm... memang tak patutlah kan dan lepas ni kalau pergi Labuan, memang dah serik beli cokelat. Haa... Tulah akibat nila setitik, habis susu sebelanga. 


Sebelah malamnya pula, kami dijamu makan seafood di Anjung Aru. Alhamdulillah dapat merasa makan ketam yang gemuk penuh isi lemak berkrim lagi. Sampaikan sotong sambal dan udang butter jadi pilihan terakhir. Huhu. Harga seafood di sini agak murah berbanding tempat lain. Sini ada jual lobster serendah RM60. Ha tempat lain mana boleh dapat, selalu ratus-ratus punya laa seekor. Restoran berhampiran pantai pohon batu. Tak pasti nama pantai sebenar, sebabnya Pengarah kami yang pergi semasa kami sibuk berehat-rehat di bilik setelah penat bershopping. 


Hari Ketiga

Hari terakhir di Labuan, kami dibawa melawat tempat-tempat menarik di Labuan. Yang sempat kami pergi ialah di Menara Chimney dan Kampung Patau-Patau. Banyak lagi tempat menarik, tetapi kesuntukan masa untuk pergi ke tempat lain.

Menara Chimney.

Menara chimney dari zaman James Brooke lagi dah wujud. Fungsinya tak pasti. Ada yang kata sebagai rumah api. Yang pasti menara chimney ni berhampiran dengan lokasi arang batu suatu masa dahulu. Muzium Labuan telah menaiktaraf kawasan tersebut sebagai tempat perlancongan. Di sini ada satu terowong kecil tempat laluan keretapi untuk pungutan arang batu yang asal, sebahagiannya telah pupus ikut peredaran zaman. Di sini banyak tinggalan artifak-artifak sejarah yang dipulihara.







Seterusnya kami pergi ke Kampung Patau-Patau

Kampung Patau-Patau

Kampung Patau-Patau ni ialah kampung air penempatan orang Brunei yang bekerja sebagai nelayan. Teratur sangat penempatan kampung air ni. Tapi seram tengok asas rumah masing-masing, guna kayu biasa je sebagai tapak asas. Kebiasaannya rumah atas air ni guna kayu bakau. Semoga rumah mereka selamat didiami sampai bila2. Di Kampung Patau-Patau ni sewer system dah upgrade. Tiada lagi direct discharge, jadi tak nampak lagi benda2 terapung bila air penuh. Siap ada tangki yang berfungsi macam septic tank dan ada loji rawatan lagi tau. Kelaasss kau bah. Ok, layan pemandangan di kampung air ni yang sempat saya snap.







Last but not least, nak tangok tak masjid Labuan. Lokasi berhampiran hotel, tapi tak sempat pun pergi. Hanya mampu ambil gambar semasa perjalanan balik. Unik struktur masjid ni. SubhanaAllah semua rekabentuk masjid di muka bumi ni memang semuanya cantik-cantik.


Ok. sekian sahaja entry untuk hari ni. Thanks bagi yang membaca. :)

No comments: