Google+ Followers

Tuesday, December 31, 2013

The Little Big Club Nusajaya

Assalamualaikum

Sekejap je dah nak 2014 kan? Alhamdulillah cuti yang berbaki tu kami suami-isteri gunakan untuk pulang ke kampung halaman saya di Johor Bahru. Lama juga berada di kampung halaman. Seronok sangat-sangat sebab dapat jumpa buah hati kesayangan. Kali ni, saya memang dah plan untuk ke Puteri Harbour Theme Park. Di situ, terdapat 3 tingkat taman tema, di mana Level 1 terletaknya Hello Kitty Town dan Level 2 & 3 pula terletaknya The Little Big Club. Harga untuk masuk salah satu taman tema ini ialah RM55.00 untuk dewasa. Percuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Kalau nak masuk dua-dua taman tema ni, harga tiket untuk warga Malaysia ialah RM85.00.  

Untuk kali ni, cukuplah masuk The Little Big Club, memandangkan anak buah pun jantinanya lelaki. Lebih sesuai masuk The Little Big Club sebabnya terdapat character seperti Barney, Thomas, Pingu dan Bob The Builder. Nama pun taman tema, maka di sini terdapat permainan ringan macam fun fair yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak dan penjaganya/ ibu/bapa. Selain itu, ada play ground untuk kanak-kanak di Barney House dan Bob The Builder. Di Pingu pula permainan digital dihidangkan untuk kanak-kanak. Di Thomas pula, boleh naik train, boleh naik bus dan boleh naik helikopter. Selain itu, di Bob the Builder, anda boleh mebina daya kreativiti anak-anak anda dengan membuat dinding menggunakan tic-tac bricks. Lepas tu crashkan.. Memang seronok! Oh ye! bagi kanak-kanak perempuan boleh mencuba untuk menari balley di rumah Angelina The Rat. Kat sini juga, ada live show dari character tersebut. Anak-anak boleh menyanyi dan menari bersama-sama.

*Maaflah saya rumuskan semua dalam satu perenggan je. 

Bagi saya harga tiket agak mahal tapi demi anak buah kan. Saya layankan je. Nampak mereka seronok dan belajar sesuatu dari Taman Tema tersebut. meh laa layan gambar-gambar untuk feel-feel kan sebelum nak pergi ke sini.


























1 comment:

mizzura said...

oke..semput ahkak baca perenggan tanpa berhenti tuh...nanti dah ada gegirl bole bawak g hello kitty kan..hehehe