Google+ Followers

Friday, January 17, 2014

Cameron Highland Day 1: Al-Mashoor Agro Park

Assalamualaikum..

Cerita pasal Cameron Highland lagi. Tapi kali ni saya kongsikan pula tempat untuk membeli produk-produk dari buah strawberry tanpa was-was iaitu di Al-Mashoor Agro Park yang terletak berhampiran Kampung Taman Sedia. Di sini, mereka mengeluarkan dan menjual strawberry segar dan produk-produk hiliran strawberry seperti jem strawberry, topping strawberry, ice-cream perisa strawberry dan pelbagai lagi, Ladang ini telah mendapat pengiktarafan daripada Sijil Amalan Baik Ladang Malaysia (SALM).

Harga strawberry yang dijual di sini dengan harga RM15.00 - RM35.00 sekilogram mengikut gred. Kat sini ada jual Topping Syrup, yang agak cair sesuai untuk dimakan dengan ice-cream, pan cake dan bakery. Jem strawberry pula ada dibuat secara homemade dan dibuat di kilang. Yang penting kedua-duanya menggunakan 100% buah strawberry yang segar. Emm.. patutlah bila makan boleh rasa isi buah strawberry tu sendiri.Sebotol jam strawberry berharga RM4.50. Murah jugalah kan. 

Di Ladang Al-Mashoor Agro Park ini ada juga cafe yang menjual makanan dari buah strawberry. Antaranya ice-cream, pan cake, ice cream Malaysia, Puding, Wafer dan macam-macam semuanya dari 100% strawberry. Masa datang sini, ramai sangat orang yang datang. Tak dapat nak merasa ice-cream strawberry. Tapi sempat borong jem strawberry. Sedap tau makan dengan roti. 

No. telefon Taman Algro : +605-491 4204

Makan sebulan pun tak habis ni. Yumm.. 
Nampak tak sapa yang pernah datang sini. Ustad Mu tunggu Ku datang. UAI
Ruang produk strawberry hasil tangan AL-Mashoor pengusaha keturunan Arab. Ha.. Arab pun ada kat Cameron

 Ladang strawberry. Aik mana orang pelahap tadi. Huhu
Kanan-kiri jalan ada banyak homestay orang Melayu. Kalau datang bawak family boleh sewa home stay di Kampung Taman Sedia ni. 

Sekian. Terima Kasih. Ada lagi tempat menarik di Cameron. Stay tuned. :) Kali ni buat satu-satu entry sebabnya banyak gambar menarik.

No comments: