Google+ Followers

Thursday, January 16, 2014

Cameron Highland Day 1 : Cameron Tringkap Bee Farm dan Rose Valley

Assalamualaikum

Selepas Lavender Garden,kami teruskan perjalanan ke Tringkap. Di Tringkap ni banyak sangat kebun-kebun sayur dan buah-buahan. Next destination kami nak pergi Rose Valley tapi dah terlajak ke depan sikit. Jadinya kami singgah dulu ke Cameron Tringkap Bee Farm yang terletak sebelah Rose Valley.

Di sini ada mini muzium lebah dan tabuan, Masuk percuma je. Haa elok sangatlah untuk menambah ilmu tentang pelbagai spesis lebah dan tabuan serta bagaimana lebah membuat madu. Terdapat berpuluh-puluh jenis lebah dan tabuan yang dah diawet dipamerkan dalam muzium ni. Jadi anda boleh melihat secara dekat tanpa kena sengat. Hehe. Banyak betul jenis lebah ni, tak mampu den nak explainnya. 

Kat bahagian belakang muzium ni terletak sarang lebah. Masa pergi ni tak da sapa yang jaga. Haishh.. Baru nak tengok sarang dalam rumah lebah tu secara live. Kalau tak dah lama nak ambil hampas sarang lebah buat ubat. Huhu melepas... Jangan risau di luar muzium pula ada terdapat madu asli dijual dengan harga RM30 sebotol (200ml). Murah ke tak ye? Tak sempat nak survey tempat lain. Khasiat madu ni bermacam-macam dan juga antara makanan sunnah.

Actually ada dua-tiga tempat lagi bee farm ni, Satu kat Brinchang dan satu lagi ke arah Tanah Rata. Rasanya yang kat Tanah Rata tu lebih besar dari ni. Tapi tak tersinggah pula. Next time kalau pergi Cameron bolehlah singgah situ pula. 


Ok layan plak gambar-gambar lebah ni...

 Gambar luar Tringkap Bee Farm yang terletak di Jalan Utama Tringkap. 
 Lebah betul ni. Gigit kang...
 Tebuan tanah ni kalu kena sengat memang boleh bawa maut. 
 Tebuan dengan sarangnya. Biasa tengok tak?
 Kumbang pun ado...
 Jauh datang lebah jantan ni,
 Tebuan gergasi hitam...
 Ni pula tebuan kecil bermuka merah. blushing gitu...
 besar kau sarang dia...
 Rumah lebah ada madu tau!


 Sedap tau madu asli ni. Tapi tak beli plak.. :(

Hebak mamat cina ni. 

Ok, lepas tengok lebah, kenalah tengok bunganya kan. Baru lengkap. Hehe. Moh kita singgah plak Rose Valley sebelah je Bee Farm. Nak masuk, bayar RM4.00 untuk dewasa. Kanak-kanak pulak RM2.00. Alooo nak tengok bunga pun kena bayar ke? It's ok. Kena bayar untuk maintainance bunga-bunga kat sini. Mahal juga kos nya untuk pastikan bunga-bunga ni sihat.

Rose Valley ni adalah kebun bunga yang sangatlah luas. Banyak sangat bunga-bunga yang cantik. Bagi peminat bunga pastikan anda singgah di Rose Valley ni sebabnya terlalu banyak jenis bunga yang kita sendiri pun tak familiar. Rasa nak petik je bunga-bunga kat sini nak bawak balik rumah. Geram kot tengok bunga-bunga yang cantik warnanya. Apakata layan gambar bunga-bunga sebab nak ceritakan pun bukannya tahu nama semua bunga, tahu bunga ros dan bunga raya ja yang ada kat situ. Huhu.

Jom tengok bunga...

Yeayyyy... Nak pergi Rose Valley
 Sebelum tu singgah window shopping. Kat sini banyak pilihan yang cantik. Rugi tak beli kat sini lah.. :(
 Ada offer. Fuhh comel-comel betul bantal dia.
 Jalan ke Rose Valley dari Bee Farm
 Selamat datang ke Rose Valley. Cehhh...
 Bunga ros pink. Hanya di Cameron. 
 Wangi tau!
 Ini namanya bunga.
 Ini namanya pun bunga. Tapi yang ni tau lah. bunga mawar kannn..
Ha.. ini namanya pun bunga.
 Ini namanya bunga.
 Ini namanya bunga.
 Ini namanya bunga.
 Rose heart shape.
 Pink rose
 White rose
 Bouquet flower
 Hehe.. Rindu nak main gelongsor
 Gadis dan Bunga
 Taman Bunga
 Amboi.. amboii
 Air terjun buatan
 Wah.. cantiknya
 Menuju ke puncak
 Dua orang dayang yang kena sumpah jadi batu

 Bunga raya.
 DIa tinggalkan kita 100 meter ni.. Adoii.. hehe
 Bunga kangkung. kangkung lagi. huhuu...
 I'm in love... 
 Pinkish.. 
 Burung Merak. Sombong ye tak nak tunjuk ekor dia...
 Bunga cactus pun ada.
 Ok.. perut dah lapar. Jomlaa cari makan...