Google+ Followers

Wednesday, January 15, 2014

Cameron Highland Day 1: Lavender Garden


Assalammualaikum...

Alhamdulillah dengan keizinanNya sampai juga kami ke Tanah Tinggi Cameron Highlands akhirnya. Sebelum sampai ke Tanah Rata untuk check-in hotel. Kami singgah ke Lavender Garden, Cameron Highland yang terletak di Tringkap ke arah Brinchang. Kalau melalui Simpang Pulai, Lavender Garden ini terletak di sebelah kanan anda. Lavender Garden ini merupakan taman bunga,dengan lanskap yang sangat menarik dan kreatif. Antaranya bunga yang ditanam adalah bunga Lavender, Daisy sunflower dan chrysanthemum. Alhamdulillah, masa saya pergi ni kebanyakan bunga sedang tumbuh mekar dan memang sangat memukau.

Harga masuk untuk dewasa RM5 dan RM3 untuk kanak-kanak. Kat sini adalah tempat paling sesuai untuk bergambar sebabnya kebanyakan dekorasi setiap sudut memang cantik selain taman bunga yang terletak di tengah-tengah Lavender Garden ni. Ada kereta volkswagen yang dihiasi corak polka-dot khas untuk ambil gambar. Pekerja taman tu akan amek kan gambar dan anda boleh gambar yang siap frame di pintu keluar taman ini dengan harga serendah RM15.

Selain itu juga, disediakan tempat untuk wishing love lock di mana setelah tulis your wish boleh kuncikan mangga di rantai yang disediakan. Mangga boleh dibeli dengan harga RM9.00 sebuah. Orang Islam tak digalakkan sebabnya bertentangan dengan agama kita. Minta saja pada Allah, tak perlulah buat macam tu, khurafat je rasanya. Wal’allahu’alam.

Bahagian atas taman ini, ada tapak semaian bunga daisy. Boleh beli dengan harga RM2.00 sebatang. Seriously cantik sangat bunga-bunga daisy ni. Ada bermacam-macam warna anataranya warna kuning, putih, pink, merah, orange dan macam-macam lagi. Bunga ni boleh bertahan dalam seminggu ikut penjanggaan kita.

Bahagian paling atas pula terletaknya kebun strawberry. Kat Cameron highland ni memang mana-mana tempat ada je kebun strawberry. Kat sini, kita boleh petik sendiri buah strawberry. Wajib petik sekurang-kurangnya 200 gram. Kalau tak cukup 200 gram kat kaunter nanti cashier tambah sendiri untuk kita. So biarlah lebih petik buah strawberry tu. Harga untuk 200 gram ialah RM10.00. Tapi strawberry sini tak berapa manis lah.

Sebelum nak keluar tu, kat taman ini ada satu gerai tu berkonsepkan Lavender. Comel sangat dekorasi kedai dia yang berwarna unggu lavender. Saya singgah je tapi tak beli apa-apa pun sebab dah plan nak shopping di Pasar Brinchang dan Kea Farm.

Jemput tengok gambar-gambar kat Lavender Garden ni. 

 Yeay, dah sampai sini... Syukur Alhamdulillah. :)
 Alaa ada orang kacau daun laah. Baru nak beromantika de amor. hehe :)
 Rantai wishing lock. Plz don't do this if you are muslim. Lagipun bazir je. 
 Harga sebuah mangga RM9.90. Berbaloi ke? Huhu
 Taman bunga. Sejuk mata memandang. SubhanAllah ciptaan Allah. :)
 Flower blooming. :)
 Kasut Phua Chu Kang kau buat pasu. Terbaiklah... 
 Jom kita petik strawberry. Jom.. Jomm. Jommm
 Pose apakah? huhu
 Aduiii... jatuh cinta terus ngn mamat ni.. huhu :P
 Bunga dasiy sebatang RM2.00 laiii... laiii... laii. 
 Dalam hati ada bunga. hehe
 Masak ranum buah strawberry tunggu kena petik je ni. Siap kau!
 Geram tak tengok... subur betul warna merah.. Yummmm....
 Morning glory as known as bunga kangkung yang trending sekarang. Huhuu...
 Senyum lebar cik kak ni dapat petik strawberry. hehe.. I'm loving it :)
 Ni la dia kedai konsep Lavender. Comel kannnn kak ton... :)
 Alaa... nak patung tuuuu.... :(
 Maskot jagung... Akak plak yang lebih-lebih.. Budak kecik pun tak nak amek gambar kat situ.. huhu
 Yeay... dapat satu bunga Daisy. Jadilah. Tapi ada orang tu dah patahkan masa balik
Uwwaaa,,, kena repeat datang sini balik.. O_0 huhu

Cantik betul.. nak datang lagi boleh tak?

10 comments:

AYuNG said...

mmg cantik..
ari tuh pegi xtau pulak ada kawasan lavender nih...

=)

alif said...

wahh,. nak kena pergi gak skali ni :-)

Miss Pena Unggu said...

kannn... next visit plak singgahla sini. :))

Miss Pena Unggu said...

muuussssssttttttttttttti pergi ok!

Liyliz said...

xsabar nk pergi

am_kirara said...

Yeahhh..awal bln 2 ni nk gi..dh dpt booking umh peranginan persekutuan..rm25 je semalam..x sbr nyer

Miss Pena Unggu said...

Liyliz and am_kirara

Thanks for drop by here
Korang memang kena g sbb malaysia pun still ada tempat menarik

cheng Ginny said...

Nak tanya lavender tu ada jual tak??

cheng Ginny said...

Nak tanya lavender tu ada jual tak??

cheng Ginny said...

Nak tanya lavender tu ada jual tak??