Google+ Followers

Saturday, January 18, 2014

Cameron Highland Day 1: Pasar Malam Brinchang dan Scone Strawberry

Assalamualaikum...

Jangan jemu baca entry Cameron Highland ni. Kot-kot ada info bagi yang nak travel ke sana. Selepas pergi Al-Mashoor Agro Park, apa lagi kami teruskan perjalanan ke hotel untuk merehatkan badan. Sampai hotel dalam pukul 3.00 petang. Kami check in di Smoke House. Old- school hotel ni ala-ala zaman colonel british. SubhanaAllah cantik exterior and interior hotel ini walaupun agak lama. Ooops, nanti saya buat full version punya review. Check it out. Huhu. Ada ke yang baca ye. Huhu.. 

Sampai ja bilik hotel, kami jamak solat zuhur dan asar. Selepas sempurnakan tuntutan agama, apalagi time to take a nap. Take a nap la sangat, dah baring tilam empuk makanya tidorlah kami suami isteri sampailah lewat petang baru bangun. Huhu,, Hampeh betul. Bangun-bangun je dah pukul 6.30 petang. Adoii boleh lagi ke Hi-Tea lagi ni. Harap ada lah lagi scone strawberry yang famous di Ye Olde Smoke House ni. Alhamdulillah rezeki kami, pukul 7.00 malam tu dapatlah Hi-Tea berdua makan scones. Ranggup dan rapuh scones dia, First time makan. Tak tahulah nak kata sedap ke tak. Tapi jam strawberry dia memang tersedap di dunia. Memang betul-betul truely strawberry flavour. Sedap... Yummm. Bila sedap ni harga pun memang sedap jugalah. Satu scone berharga RM15.00 (kalau tak silap). Sila mencuba ye!

Selepas makan scones, kami berdua plan pergi ke pasar Brinchang yang terletak 2 km dari Tanah Rata. Pasar Brinchang ni agak famous kat sini. Pasar malam ini dibuka seawal 4.00 petang. Tapi seronok datang malam-malam, sebab hampir semua gerai dah buka. Masa saya pergi jalan tak berapa jam, may be dah malam kot. Kami park kereta di jalan belakang ke Star Hill Regency Hotel, sebabnya susah nak dapat parking kat jalan utama pasar brinchang. 

Macam-macam ada kat pasar malam ni, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, makan-makana, baju-bajuan, bantal-bantalan dan macam-macaman. huhuu. Anda dinasihatkan bawa siap-siap trolley datang sini ye. Perempuan kalau shopping tak yah nak cakap, memang tak hingat dunia. Habis semua gerai kami berdua round. Nasib husband sanggup layan. hehe. 

Yang menarik kat pasar ni yang jarang ada kat pasar malam biasa antaranya Jambu Jeruk. Jambu ni ada perisa strawberry atau epal. Harga satu packet RM8.00 dan 2 packet RM15. Harga jambu ni kat Kea Farm pun sama je. Rasanya sedap manis-manis tak macam jeruk yang masam pun. 

Selain itu juga, ada jagung mutiara, ada yang kecil dan ada yang besar. Harganya ikut gred, kalau yang kecik selonggok dalam 10 batang tapi yang besar penuh isi tu pula selonggok 4 batang harga RM10. Terpulanglah nak pilih yang mana sebabnya rasa jagung ni sama je, manis-manis buah. Sedap. Warna dia lain sikit dari jagung biasa sebab ada warna-warna putih macam mutiara sebab tu lah kot nama jagung ni jagung mutiara.

Tak pasar brinchang lah kalau tak ada strawberry cokelat. Hmm.. saya beli gak nak rasa, tapi tak berapa sedap pun. Huhu. Harga satu cocok RM2.00. Nasiblah kan. Mesti ada yang sedap tu, cuma tak tau kedai mana. Kalau tak napa strawberry cokelat ni famous kan. Huhu...

Special kat pasar brinchang ni ada jual bunga-bunga segar untuk tanam dan ada juga bunga-bunga kering. Harga murah jugalah nak bandingkan kat KL. Harga 1 jambak ada 4 batang ros RM10.00, Saya beli 2 jambak dengan harga RM15.00. Penjual baik hati bagi discount. Katannya bunga kering ni boleh tahan 2 tahun. Yeke kau ni? Biar betul.

Puas jalan-jalan dan shopping, sebelum hotel singgah makan steamboat di Glory 99. Ramai orang melayu dan risik-risik adik kat Pasar Brinchang, dia kata restoran ni halal, owner dia orang melayu. Kita ni kalau orang melayu je mesti halal la restoran tu kan. Tawakal je pada Allah dan yakin halal. 

Ok nak tengok tak suasana pasar brinchang waktu malam. Scroll bawah ni... Enjoying our picture.

Hi-Tea comes dinner . Huhu
Jangan lupa bawak trolley. Nak shopping sakan ni...
Apa ke benda ni? Tak try. Takut... huhu
Fridge magnet. Wowowowooow nak beli satu, Tapi dah banyak koleksi orang bagi, Terpaksa lupakan hasrat. 
Strawberry...
dan cokelat. Yummms...

Limau manis. 
Ayam madu. Alamak nampak sedap. Napa masa ni tak terasa nak beli pun...
 Bantal semua harga RM10.00. Akak tu sampai ternganga sebab murah sangat. 
Apa ke benda ni? Husband yang snap. I plak pergi borong-borongan.
Baju budak comel-comel secomel harga nya. Harga sini tak murah sangat tapi kualiti boleh tahan. 100% cotton
Sian sejuk. Eh masa ni dah siap shopping. 
Suasana pasar malam brinchang
 I nak pilih baju cokelat tu boleh tak. BTW cactus kat sini cantik-cantik bermacam rupa bentuk. Harga 7 pokok RM10. Mana nak dapat murah cam ni kan...
Cactus.


Sayuran dijual secara borong. RM10 dapat 3 jenis. 
 Saya sedang pilih jagung. Penatlah nak pilih banyak. Haa masuk je la semua.
Kau nampak yang aku nampak. Cantikan bunga-bunga ni. Pandai jaga boleh lah beli. Dulu ada 3 pasu last-last semua layu. Huhu.. 
Sini memang ramai bangsa dia ja. 
Bunga tahan 2 tahun. Kau percaya?
Lavender.
Pasar Brinchang lagi.
LAst but not least. Steamboat 99 kat Tanah Rata. 

Steamboat sedap makan panas-panas dikala cuaca Cameron yang sejuk.

Tamatlah sudah episod satu hari di Cameron. Nanti saya update lagi episod hari kedua pula. Penuh betul aktiviti hari pertama. Tapi memang seronok sangat. :) Alhamdulillah

1 comment:

deeyaa dayah said...
This comment has been removed by the author.