Google+ Followers

Friday, January 24, 2014

Cameron Highland Day 2: Blueberry Earth House

Assalamualaikum

Bagi yang mencari destinasi melancong dalam Malaysia ala-ala cuaca sejuk. saya cadangkan datanglah ke Cameron Highlands. Sekarang banyak tempat yang menarik baru dibuka di Cameron. Antaranya ialah Blueberry Earth House yang terletak di jalan masuk ke Ladang Boh Sungei Palas, Brinchang. Masuk percuma sahaja. Best kan benda-benda percuma ni. Hehe.

Earth house ni betul-betul atas bukit, namun begitu kenderaan awam dibenarkan melalui ramp yang disediakan. Masa pergi ni, kita akan melalui ramp yang sangat curam, rasanya sudut cerun ramp ini lebih kurang 70 darjah. Seriously, memang seram sangatlah masa nak naik ke atas bukit ni. Lagi-lagilah saya ni ada penyakit gayat. Huhu. Suhu masa datang sana, sangatlah sejuk macam 10 degree celcious sebabnya hujan rintik-rintik masa tu.

Earth House merupakan bangunan yang didirikan menggunakan natural terrain. Sememangnya menjimatkan kos pembinaan, lagi-lagi sekarang ni semuanya harga naik. Hmm. tak pernahnya nak turun-turun. Tapi Earth House kat cameron ni menggunakan campuran mud (tanah liat). Seriously! Kalau nak tengok rupa-bentuknya, sama macam rumah Hobbits. Sejibik betul! Di paling bawah Earth House, ada sebuah cafe kecil, tapi sayangnya masa datang, cafe belum pun dibuka. Tak dapatlah nak tengok-tengok exterior Earth House ni. Ada alasan nak pergi melawat Cameron lepas ni.










Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah cerita Cameron. Huhu. Aku melawat dalam negeri pun masih excited lagi, inikan kalau keluar negeri. Huhu. By the way, really hope that my destination is Mekah. May Allah will answer my prayer sooner or later. Amin :)
  

No comments: