Google+ Followers

Monday, January 20, 2014

Cameron Highland Day 2: Ladang Teh Cameron Valley dan Boh Sungei Palas

Assalamualaikum

Tea Plantation is a must visit place at Cameron kot! Haruslah sampai ke sini. Walaupun dah familiar dengan scenery ladang teh yang hijau di kaki bukit tapi memang tak pernah sampai lagi kat real tea plantations. Haiyaa! Di cameron ni terdapat 2 ladang terbesar yang terbesar, satu di Boh Sungei Palas terletak di Brinchang dan Bharat Tea Plantationd di Tanah Ratah ke Ringlet.

Kali ni ke Cameron, sempatlah kami pergi kedua-dua ladang teh pada hari kedua. Ladang teh ni tempat yang saya nanti-nantikan. Sebelum datang dah terbayang-bayang pergi petik daun teh. Huhu... Tapi sayangnya tak dapat nak turun bawah ladang teh. :( Dah hari keduakan, jadi badan pun dah penat dan dah hilang stamina. Huhu. Ok kita pergi satu-satu ladang teh ni, barulah feeling kan...

Bharat Tea Plantation 
Bharat tea plantation ni merupakan ladang teh yang kedua terbesar di Cameron Highland. Asalnya Bharat Tea Plantations ni dari seorang saudagar India yang membeli 50 acres tanah Cameron pada tahun 1933. Kini Bharat Tea Plantation mempunyai 3 ladang di sekitar Tanah Rata dan di Kuala Terla dengan signature Cameron Valley. Nak tahu lebih details lagi, boleh lah tengok website ni Cameron Valley Tea

After check out dalam pukul 11:00 pagi, kami pun terus singgah ke Bharat Tea Plantation yang terletak lebih kurang 3km dari Tanah Rata. Excited gila masa sampai di Cameron Valley Tea House. Ladang teh ni besar dari ladang teh di Kuala Terla. Pemandangan ladang teh di sini lebih cantik. SubhanAllah, agungNya ciptaanMu.

Di sini, visitors dibenarkan menyusuri ladang teh sampai ke dataran bawah ladang teh. Kalau tengok dari House Tea dari atas manusia-manusia kat ladang teh dah macam semut je. Huhu... Tula, rasa nak join ja manusia-manusia semut ni, tapi sayangnya memang tak da mood langsung nak turun walaupun excited. Hanya berkesempatan untuk minum teh dan sandwich je kat sini. Husband yang order. Kalau wife dia yang order confirm penuh meja. Huhu... Actually banyak lagi bakery yang best-best kat sini seperti cake strawbery, strawbery/cream scones dan macam-macamlah. Huhu...

Bersebelahan cafe house ni, kedai juak teh dibuka untuk visitors. Harganya pun boleh tahan murah. Banyak jenis teh dijual, antara teh berperisa mango/strawberry/lemon, green tea pun ada, pure tea pun ada. Harga sekotak dalam RM8- RM12.00 untuk 25 bags. Belilah ikut cita rasa masing-masing ye. :) Kat Pasar Brinchang pun ada jual yang lelong punya. Harga tak ingat plak. Tapi kalau nak fresh beli terus dari ladang. Mesti kualiti lebih baik kannnn.

Signboard dari Tanah Rata.
Kerdilnya kita sebagai manusia kalau nak bandingkan ciptaan Allah. SubhanAllah. 

Jenis teh yang ada dijual.
Confused betul nak beli jenis yang mana. Huhu

Cameron Valley Tea House. Padat betul masa ni,

Masuk percuma ja. Sediakan duit untuk makan dan shopping je. Dibuka dari kulm 9.00 Pagi hingga 
4.00 Petang. Ok, next ladang teh pula BOH Sungei Palas.

BOH Sungei Palas Tea Plantations

BOH Tea yang simbolik dengan Boh ada umpphh ni diasaskan oleh seorang saudagar British yang juga 
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam Arang Batu dan pembinaan KTM Tanah Melayu iaitu 
Mr. Russels. Ladang Teh Boh ini merupakan ladang terbesar di south east asia. Ladang teh boh ini 
bermula dari tahun  1929 lagi. Kini dah ada tiga ladang bawah BOH. Bacalah sejarahnya secara jelas 
lagi di link ini:- Boh Tea Plantation

Sebenarnya, sebelum ke Ladang Teh Boh di Sungei Palas ni, sempat lagi kami ke Pasar Kea Farm dan 
Blueberry Earth House. Jemput baca kat entry lain. Huhu. Ok, kita teruskan dulu dengan cerita Ladang 
Teh Boh ni. Untuk ke Ladang Teh Boh Sungei Palas ni, perlu melalui jalan kecil berhampiran dengan 
Kea Farm, Brinchang. Tengok signboardnya betul-betul sebab ianya terletak di celah-celah jalan je. 
Nak sampai ke sini punyalah adventure dengan jalan yang sempit dan macam ular kena palu disamping 
cerun yang tinggi. Kenalah berhati-hati dan pandulah secara perlahan dan berhemah. Bak kata husband 
jalan ke ladang teh ni mengajar kita untuk tolak-ansur. Betul tu, semua orang boleh pulak tolak ansur 
dengan keadaan jalan macam ni. Huhu. Lebih kurang 15 minit sampailah ke Cafe House Ladang Boh ni. 

Alhamdulillah, SubhanAllah, AllahuAkhbar tak dapat digambarkan punyalah cantik ladang teh ni, Masa 
pergi sini, hujan rintik-rintik dan suhu memang sejuk, rasanya macam 10 degree celcious je.
Swear to Allah, memang sejuk. Sebelum ke cafe, kita kena mendaki bukit-bukit yang dipenuhi 
dengan teh ini about 20 metre kot. Kenderaan tidak dibenarkan masuk melainkan property estate tu saja. 

Punyalah ramai orang kat sini. Nasib baik dapat tempat di beranda luar cafe, dapatlah menikmati 
pemandangan ladang teh yang luas dan tersusun cantik serta hijau yang segarkan mata. Cantik 
yang amat. Kat sini my turn plak beli santapan. Panjang betul nak beratur sebabnya terlalu ramai 
orang. Moist cake yang nampak sedap habis orang depan sapu. Jadinya terpaksalah beli apa yang
tinggal. Beli sandwich telur pulak kali ni, kek banana carrots dan butter cake. Teh plak saya pilih 
pure tea from sungei palas. Pekat gila teh ni. Harga? Tentulah mahalkan. Makan 2 orang dalam RM50. 
Mahal kan. Mahal sebabnya kena bayar juga untuk menikmati scenerity ladang teh. huhu... 

Di sini juga, anda berpeluang untuk pergi ke kilang teh untuk melihat proses buat teh. Masa datang 
sini, teh dah habis proses. menurut pekerja ladang teh yang peramah tu, teh diproses antara 
9:00 pagi hingga 11:00 pagi. Kena datang pagi-pagi ye kawan-kawan, baru berbaloi. Selain itu juga, 
sepanjang jalan nak ke kilang terdapat information board tentang Ladang Boh ini dengan gambar-gambar 
yang menarik. Actually masa awal-awal operasi, ladang teh ni memang memerlukan tenaga buruh 
seramai mungkin sebabnya teh dipetik secara manual. Tapi kini teknologi semakin tinggi, jadi teh 
dipetik menggunakan jentera yang berkali ganda productionnya. 

Macam Bharat Tea juga, ladang teh ni pun ada jual in house product. Packagingnya memang cantik
sangat. Rugi tak beli banyak-banyak. Korang kalau nak beli, beli ja yang tak da di pasaran. Baru berbaloi.
My advise je, ikut suka kau nak beli kan. :)

Ok, jom tengok plak BOH Sungei Palas Tea Plantation yang cantik ni....





























Ok. till then. :) Selamat menjamu teh. :)

3 comments:

I am ZieLA said...

Is it u As?
Tanjat kite buka blog ni tgk gmbr suami isteri both kenal hahaha

miss pena unggu miss purple pen said...

yes i am.. huhu x sangka jumpa blog.. :)

CaHAyaHatI said...

Best sangat cerita niee