Google+ Followers

Sunday, January 19, 2014

Cameron Highland: Smoke House




 Assalamualaikum...

Bertemu lagi dengan entry Cameron Highland lagi, Huhu. Tak habis lagi. Aduii. Ok kali ni saya nak kongsikan review hotel yang kami menginap selama 2 hari dan 1 malam iaitu di Smoke House. Kami tempah hotel melalui agoda seperti biasa. Harga agoda lebih murah. Hotel Smoke House ni rate dia RM400+ per night, tapi dengan agoda dapat harga lebih murah iaitu RM358 per night included breakfast.

Hotel ni dibina pada tahun 1937 berkonsepkan Traditional English. Ada 3 private bungalow dan 16 suites. Kami duduk di Junior suites, cukup besar bagi kami berdua. Juniour suite ni ada bilik tidor, living room yang ada fireplace lagi dan kitchen. Tapi fireplace tu hiasan semata. Selesa jugalah duk bermalam kat hotel ni. First time masuk memang kagum sebab interior dia memang superb betul. Cantik sangat decorations ala-ala contemporary english and traditional english that well blend. Cantik! Just hotel ni dah lama kan, jadi adalah bau kayu lama. Normal lah tu. 

Masa nak check in, ada kelab Lotus pun nak check in sama. Hmm.. patutlah parking Smoke House ni penuh dengan Kereta Lotus. Masa saya ke sini, kebanyakan guest dia mat saleh dan chinnese. Orang melayu rasanya kita berdua je masa tu. Selalu nak check in hotel, bagi IC je kan. Tapi kat sini masih menggunakan cara lama, kena isi form sebelum check in. Husband yang isi, sambil-sambil tu saya bersiar-siar di kawasan lobi. Fuhh memang cantik hiasan dinding dia dan kerusi-kerusi english style ni. Boleh dijadikan inspirasi untuk rumah sendiri kelak, inshaAllah.

Selepas dah check in, door man akan angkat barang-barang kita ke bilik. Siap bukak kan tingkap lagi. Huhu.. Well done for your good service. Suite kami memang selesa sangat dah macam kat rumah. Suite ni tak da air-condition, kipas pun tak da, bergantung dengan suhu semula jadi Cameron. Nasib baiklah memang sejuk Cameron ni, jadi tak rasa pun panas. Malam tu sebelum nak tidor siap pakai baju dua lapis lagi. Huhu...

Cafe hotel ni juga di buka untuk orang awam. Kebanyakan makanan barat ala english macam beef stick dan sebagainya. Tapi bagi pengunjung cafe tidak dibenarkan untuk bersiar-siar di halaman smoke house. Halaman smoke house limited for their patrons only. Memang eklusif lah Smoke House ni. 

Breakfast kat Smoke House ni tak banyak pilihan. Ala-carte je. Kami pilih Old English Style Breakfast yang ada 2 toast, crossaint, cereals dan orange juice. Cukuplah tu kan untuk makan pagi.


Ok... jom layan gambar Smoke House pula.
















TV rack and fireplace
Sampai-sampai terus hempuk sofa my hubby niii... 
Bilik kami. :) Romantiknya...
Bath tub.
Pandangan luar tingkap. 
Deko-deko ala english


No comments: