Google+ Followers

Tuesday, January 14, 2014

Cameron Highlands Pahang: Perjalanan

Assalamualaikum...


Salam Maulidur Rasul. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semalam seluruh umat Islam menyambut hari kelahiran Rasulullah. Semoga di akhirat kelak umat Islam mendapat syafaat dari baginda. Amin Ya Rabbal'alamin Alhamdulillah semalam berkesempatan menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Masjid Wangsa Maju yang dihadiri golongan dewasa dan kanak-kanak. 

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Seterusnya, saya nak berkongsi percutian singkat 2 hari 1 malam di Cameron Highland bersama suami tercintaku sempena our 1st Anniversary. Kami memilih Cameron Highland sebabnya dua-dua pun tak pernah sampai sini dan vacation within the budget. Malaysia pun masih ada banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. InshaAllah kalu ada budget yang lebih dapatlah pula melawat negara luar untuk melihat budaya mereka. InshaAllah dengan izin Allah.

Kami bertolak agak lewat, dalam pukul 7:25pagi. Kami memilih Jalan Simpang Pulai sebabnya ramai yang advise ikut Jalan Simpang Pulai. Ikutkan kalau dari Selatan ni ikut Jalan Tapah lebih dekat berbanding Jalan Simpang Pulai. Tapi saya pilih Jalan Simpang Pulai kerana faktor keselamatan memandangkan cuaca tak menentu, hujan sekejap-kejap dalam bulan Januari ni. Kalu orang pantai timur tu pula biasanya melalui Jalan Gua Musang. Alhamdulillah, kami sampai di simpang pulai around 10:30am selepas 3 Jam perjalanan. Lepas dari tol simpang pulai, kami teruskan perjalanan ke Cameron Highland. Senang je, selepas tol, turn right at traffic light. Then 100 meter ahead, turn right again at traffic light heading to Cameron Highlands. Lepas tu teruskan ikut signboard ke Cameron Highlands. 

Gerun juga bila sesekali lalu cerun dan nampak gaung yg curam. rasa gayat sampai nak muntah. Seriously tinggi betul gaung2 sini. nasib jalan agak lebar. Tapi yg seronoknya dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Sejuk je mata memandang kehijauan bukit bukau. Harap 10 tahun lagi hutan-hutan ni masih dikekalkan dan dipulihara. Sepanjang jalan tu juga kita boleh lihat perkampungan orang asli. Ada juga orang asli yang meniaga hasil hutan seperti madu, petai dan macam-macam di pondok2 kecil sepanjang jalan.

Perjalanan ke Tanah Rata mengambil masa 45 minit. Sebelum sampai ke Tanah Rata, kita akan melalui Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap dan Brinchang. Stesen minyak pula ada di Brinchang. Pastikan isi minyak penuh kat KL sebelum naik ke ke Tanah Rata. Di Brinchang (bersebelahan Brinchang Central Market) juga banyak tempat makan orang Islam, inshaAllah Halal. 


Signboard Cameron Hiighlands. kalau terus pergi Gua Musang 


Boleh nampak tak pondok ni. Ambil gambar dalam kereta bergerak gini lah jadinya.


Air bukit. Siap ada orang ambil berbotol-botol lagi air bukit ni.


Cerun tinggi. Seram....

Boleh try makan di Cameron Corner Tom Yam seafood. Saya order sayur kailan dan ayam goreng kunyit. Perut lapar sangat, semuanya rasa sedap. Hehe.


Bangunan Brinchang Central Market
Pekan Brinchang
Banyak pick up truck kat Cameron.
Kedai-kedai baju di Brinchang market 

Cuaca kat sini  agak sejuk dan hujan rintik-rintik. Kalau nak fefeeling cuaca sejuk macam luar negara, boleh lah datang ke Cameron Highland pada bulan Januari sebabnya adakalanya suhu di beberapa tempat boleh sampai 10 degree celcious. Waktu malam di Cameron Highlands memang sejuk yang amat. Pastikan anda bawa pakaian tebal ataupun pakai berlapis-lapis supaya dapat kurangkan rasa suhu sejuk.Seriously cuaca memang sejuk dan best macam oversea.Bayangkan pukul 12.00 tengahari pun masih sejuk lagi. 

Antara tempat yang menarik untuk dilawati:-

1. Lavender Garden
2. Cameron Tringkap Bee Farm dan Rose Valley
3. Al-Mashoor Agroo Park - Strawbery farm and cafe
4. Pasar Malam Brinchang
5. Smoke House
6. Ladang Teh Boh dan Bharat Tea Plantation
7.  Blueberry Earth House

Budget:
Full Tank : RM50.00 (Tu pun ada setengah lagi Fuel sampai Tanah Rata) 
Tol : RM25.00 (Tol Damansara - Tol Simpang Pulai melalui NKVE)
Jumlah pergi dan balik : RM150.00
Hotel Penginapan : RM 360.00 (husband bayar, hehe)
Shopping dan Makan: RM 300.00 (Total suami isteri)
Total : RM 810.00

2 comments:

Aisyah A. Bakar said...

Hi. Thanks sharing. Kami baru nak pegi this week. 1st time pg. Gerun plak dengar cerun tinggi tu.hihi

asra muslim said...

Mcmana best x cameron?