Google+ Followers

Thursday, July 3, 2014

Pengalaman MGTT dan BSP

Assalammualaikum...

Hari ini nak share pengalaman BSP atau Blood Sugar Profile. Tak semua ibu mengandung akan menjalani pemeriksaan BSP ini. Ujian BSP ini dibuat setelah ibu mengandung kantoi result MGTT. Ujian MGTT ini boleh mengesan paras gula seseorang sama ada normal atau pun GDM selepas minum air gula. Sebelum nak buat MGTT ni, kenalah puasa 8 jam sekurang-kurangnya, biasanya KK akan minta kita mula puasa pukul 10.00 malam. 

Saya jalani MGTT masa kandungan 16 minggu. Memang results kantoi lepas minum air gula. bacaan MGTT semasa puasa: 4.4mmol/L (Normal: kurang 5.4mmo/L) dan bacaan MGTT selepas 2 jam minum air gula: 8.3mmol/L (Normal kurang 7.8mmo/L). KANTOI! Maknanya kenalah 2 minggu sekali buat BSP. Atas nasihat nurse KK, saya pun belilah sendiri alat ujian BSP ini, sebab utamanya saya tak rajin nak ulang-alik ke KK untuk ambil alat. Hehe. Lagipun, kena buat BSP ini dua kali seminggu dan kena datang KK untuk review bacaan BSP oleh doktor pakar. Harga alat BSP jenama One Touch saya beli dengan harga promosi RM110, dapat machine, jarum dan strip. BSP memang kena buat sendiri untuk 4 kali bacaan: i) Puasa, ii) 2 jam lepas sarapan, iii) 2 jam lepas makan tengahari dan iv) 2 jam lepas makan malam. Kena cucuk jari sendiri untuk dapatkan darah, jari ni dah naik kematu sebab selalu cucuk. Tapi demi kesihatan diri dan anak yang tercinta, buat je lah kan.   

Bacaan normal 
Puasa: 3.5-5.3 mmol/L
2 jam selepas makan: 4.0-6.7 mmol/L

So far, ada juga bacaan yang kantoi dari bacaan paras normal BSP. Kalau dah teruk sangat bacaan BSP ini, doktor akan minta kita cucuk insulin kat perut atau peha bagi membantu insulin kita proses kandungan gula dalam darah. Cara terbaik untuk kawal kandungan gula adalah dengan mengawal permakanan dan juga aktiviti senaman.

Sepanjang mengandung dengan adanya GDM ni, kenalah berjaga-jaga dari segi permakanan, tak boleh minum air manis seperti air berkabornat, air jus buah capur gula, air milo segera dan semua minuman yang manis. Makan nasi juga tak boleh berlebihan, kerana karbohidrat dalam nasi tinggi dan akan menyumbangkan bacaan tinggi BSP. Seboleh-bolehnya ambil 2 senduk nasi yang leper sekali makan. Bila makan nasi tu, lauk-pauk pula kena lebih sayuran hijau dan protein. Kalau makan ikan atau pun ayam, kena ambil saiz yang sederhana. Kalau nak makan buah pula, ada juga sukatan tertentu, satu meal, boleh ambil sebiji epal/ 1 potong betik/ 2 biji kurma/ 8 biji anggur. Haa.. memang terseksalah kan nafsu makan. Buah durian sebenarnya tidak digalakkan kerana kandungan gula tinggi, tapi setakat ni dah pernah juga makan maklumlah mengindam ibu mengandung, boleh excuse lah kan? huhu.

Ok ini hasil BSP sampai bulan Jun. Gigihkan saya buat BSP ni atas arahan doktor. Kebanyakan resuts yang kantoi tu, sebab saya minum susu anne mum, may be susu tu tinggi kandungan gula. Biasanya maternity milk memang tinggi gula untuk bekalkan gula kepada ibu mengandung, x salahkan produk tapi kita sebagai pengguna, kena bijak memilih. Sekarang saya bertukar minum susu Hi-Goat. So far alhamdulillah bacaan BSP dapat dikawal dengan baik.


Masa bulan Ramadhan ni, ingatkan bolehlah excuse buat BSP sebab nak puasa, tak makan di siang hari. Huhu harapanlahhh. Still kena buat juga BSP ini, just 3 kali iaitu i) bangun tidur, ii) 2 jam selepas sahur dan 2 jam selepas berbuka puasa. Alamak kantoi satu bacaan, lepas sahur. Bulan puasa ni, time tulah ada macam-macam makanan manis atas meja kan.. mana leh tahan! But i have to control the sugar. Arghhh... i try my best to control my nafsu. Seriously masa puasa ni lah nak minum manis-manis and iced. hehe.


Setakat ini perkongsian saya. Marilah kita bersama-sama mengamalkan permakanan yang sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati. Selamat berpuasa semua! :)

1 comment:

Unknown said...

kena amek insulin tak spjg buat bsp tu?