Google+ Followers

Thursday, July 31, 2014

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Assalammualaikum!

Alhamdulillah hari ini dah pun masuk hari yang ke-12 Ramadhan. Semoga sentiasa sihat dan berkati Allah dalam bulan yang penuh barakah ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Masa bujang dulu, buka puasa dengan makan roti atau biskut cicah air teh pun dah jadi dah. Bila dah kahwin, lagi best masak sendiri boleh pikat perut suami kannn, walaupun bazar yang berhampiran rumah tu ada bermacam-macam jenis juadah, masak sendiri lagi best! Kalau pergi bazar, confirm rambang mata lepas tu mulalah membazir, lagi-lagi kami ni berdua je pun.

Hari ini saya nak share resepi ikan siakap tiga rasa.

Bahan-bahan masak

1) 1 ekor ikan siakap
2) 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3) 10 biji bawang kecil (ditumbuk)
4) 5 biji bawang putih (ditumbuk)
5) 1 inci halia (ditumbuk)
6) 2 biji tomato (11/2 biji dipotong dadu dan 1/2 biji dipotong 4)
7) 1 batang lada merah (dipotong bunga)
8) 2 senduk leper cili boh
9) 5 sudu makan sos cili, tomato dan tiram (ikut citarasa)
10) 11/2 sudu makan gula (ikut citarasa)
11) 1 batang timun (Ambil setengah dipotong dadu)

Cara-cara masak

1) Gorengkan ikan siakap yang diperap bersama kunyit, garam dan tepung jagung dengan api yang perlahan sehingga garing. Ke tepikan ikan yang siap digoreng.

Untuk masak kuahnya:

1) Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau aroma bawang, tak perlu garing sangat.
2) Tumiskan pula cili boh sehingga pecah minyak.
3) Masukkan 5 sudu sos tomato, 5 sudu sos cili dan 5 sos tiram. Terpulang citarasa masing-masing, nak letak lebih pun tak da masalah.
4)Kemudain Masukkan tomato, timun dan bawang yang dipotong dadu. Gaulkan sehingga sebati dan mendidih.
5) Masukkan secubit garam dan gula untuk bahan perasa.
6) Curahkan sos ke atas ikan yang digoreng. Siap untuk dihidang.


No comments: