Google+ Followers

Wednesday, August 27, 2014

36 Minggu: Full Term Sudah! Tanda-Tanda Awal Bersalin

Assalammualaikum Semua :)

Alhamdulillah dah pun masuk 36 minggu, baby pun dah full term pregnancy maknanya baby dah mula bersedia dari segi ukuran dan kematangan untuk menanti saat kelahirannya. Bila-bila masa ja tanda-tanda bersalin tu akan muncul. Nantikanlah... :) Haii! Berdebarlah pulak kita! So far, untuk barang-barang Baby dah 100% siap packing, tinggal lagi sikit je untuk Umminya. 

No worries, everything still under control. Huhu :) Alhamdulillah masih boleh aktif lagi, boleh pulak tu wakil Jabatan untuk Dart Wanita untuk Dwi Sukan Tahunan Jabatan saya minggu lepas. Nak jadikan cerita, dart ni turun-temurun khas untuk ibu-ibu mengandung yang nak bersukan. Huhu. Tapi paling tak sangka dapat juga team kami masuk suku akhir, kalah sengit pula dengan Negeri Kelantan. :) Berkat ibu-ibu mengandung laa ni. huhu
Maaf ye! Nak jugak tu tunjuk gambar main dart. Masa ni tengah practise.
So far check up for 36 weeks done! Lepas ni seminggu sekali dah kena check up! Ayoyo!

26 Ogos 2014
Check up di PPUM. Seperti biasa doktor akan check heart beat baby dan ukur perut untuk perkembangan bayi. Alhamdulillah semuanya normal. Hari ni, buat scan biasa sebab doktor nak tengok kedudukan bayi. Doktor beritahu kepala bayi dah ada di kedudukan bawah cuma belum engaged atau masuk betul. Placenta pula berada di atas belah kanan. Doktor set appointment scan in 2 weeks untuk detailed scan untuk tengok air ketuban, perkembangan bayi, berat bayi dan uterus. Doktor check kaki, confirm dah bengkak sebab dah masuk 36 minggu. Bukan kaki je dah bengkak, hidung pun dah kembang semacam walaupun hidung memanglah tak mamcung mana. HAHA! Petua emak saya pula kata kalau kaki bengkak lepas tu kaki tiba-tiba kecut balik, dah dekatlah tu nak bersalin. Get ready ja lah. 

Di samping tu, doktor ada maklumkan beberapa tanda-tanda awal bersalin Memandangkan ini pertama kalinya pengalaman saya pregnant, kenalah alert tanda-tanda nak bersalin. Tak cukup dengan nasihat doktor, siap research lagi dalam buku and internet. Huhu.. Sapa tak risau kan, almaklumlah anak pertama.

Dengan mengetahui tanda-tanda nak bersalin, mudahlah untuk kita mengetahui waktu yang tepat untuk pergi ke hospital, supaya taklah nanti kena balik rumah balik sebab belum masa. Huhu... Walaupun proses bersalin tu, sakitnya berbeza-beza, tak sama dengan orang lain, TETAPI tanda nak bersalin tu sama sahaja! Jadi sini saya senaraikan tanda-tandanya. 

Berikut adalah TANDA-TANDA AWAL BERSALIN from my finding.
Sumber: Diari Hamil by Kamaruddim Mamat

LENDIR CAMPUR DARAH
Pengeluaran lendir bercampur darah yang terjadi disebabkan sumbatan tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir berwarna kemerah-merahan kerana bercampur dengan darah.

Pengeluaran darah dan lendir akan terjadi beberapa hari sebelum bersalin, jadi tunggulah sehingga anda mendapat kontraksi yang teratur atau air ketuban pecah, sebelum pergi ke hospital. Sekira darah terlampau banyak, segera pergi ke hospital!

AIR KETUBAN PECAH
Kantung ketuban yang mengelilingi bayi pecah sehingga menyebabkan air ketuban terkeluar (air ketuban ialah cecair yang bersih, jernih dan tidak berbau. Sometimes boleh ter"confused" dengan urine.

Kalau air ketuban pecah tapi belum lagi rasa kontraksi, disarankan untuk segera ke Hospital kerana dikhuatiri berlaku jangkitan. Dalam perjalanan ke hospital, dinasihatkan untuk menggunakan tuala wanita bagi menyerap air ketuban.

KONTRAKSI TERATUR
Kontraksi yang dirasai yang datang secara tidak teratur dan hanya tegang di perut  iaitu 2-3 kali sejam merupakan braxton hicks/ false contraction. Belum lagi kontraksi betul. Kontraksi nak bersalin, akan datang secara teratur. Pada mulanya, kontraksi rasa kejap, lama kelamaan menjadi bertambah lama dan bertambah kuat. Rasa sakit tidak hilang.

Ketika ini, segeralah ke hospital dan mulalah untuk menghitung kontraksi. Catatlah selang waktu antara satu kontraksi dengan kontraksi seterusnya dan tempoh masa kontraksi berlaku. Kelahiran akan berlaku jika kontraksi semakin dekat (cth: 40 saat antara satu sama lain).

Bersalin untuk pertama kali, biasanya kontraksi akan terjadi 12 hingga 14 jam dan disarankan untuk menunggu di rumah sambil beristirehat serta mengumpulkan tenaga dan bertenang untuk menghadapi waktu bersalin. Tetapi jika kontraksi berlaku setiap 5 minit sekali atau anda berasa sakit, barulah ke hospital.

Setakat ni ja tanda-tanda yang biasa berlaku nak bersalin. Takutnya saya. Macam manalah rasa kontraksi tu kan? Yang penting yakin dengan kemampuan diri dan sentiasa tawakal pada Allah. Doakan saya dipermudahkanNya semasa kelahiran bayi saya nanti. Ummi dah tak sabar jumpa kesayangan Ummi after 9 months.

Nanti, jangan lupa pula bawak barang-barang yang dah disiapkan. Klik sini kalau nak tahu apa senarai perlu di bawa: Senarai Kelengkapan Hospital Untuk Bayi dan Anda



5 comments:

Rai Ourkizuna said...

semoga dipermudahkan.. insya allah ok.. banyakkan selawat dan istighfar..

Miss Pena Unggu said...

Amin Ya Rabbal'alamin.. Terima kasih awak atas doa. Ada rasa takut juga sebab first time...

elton long said...

Ya Allah semoga di permudahkan dlm bersalin nnt kalo dah Tiba masa ...

elton long said...

Ya Allah semoga di permudahkan dlm bersalin nnt kalo dah Tiba masa ...

Anonymous said...

Sy smalam..sakit mcm dah ade kontraksi..perut mengeras..baby baru nak masuk 36wks..pergi Private,mereka tak ambik baby belom betol2 ckup 36wks ke atas..dr PPUM check,ade mild contraction,tp jalan belum buka..mmg kelam kabutlaa..dahla ank pertama..pg ni alhamdulillah..i feel better now..