Google+ Followers

Monday, August 11, 2014

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur : B. Bap Korean Nu Sentral @ KL Central

Assalammualaikum semua ;)


Pernahkan tengok cerita Full House? Kalau peminat Korean drama, confirm pernah tengok cerita Full House tu Kan? Ok, bukan nak cerita pasal Full house tu, tapi nak kongsikan sikit pasal Korean food. seriously tak pernah terfikir pun nak makan sebabnya tak berani nak mencuba. Hehe :) kalau tengok heroin dalam cerita full house ni makan, amboi bukan main sedap lagi korean food ni sampai terliur dibuatnya. Huhu ;)

Ok last Friday, my colleague bawa makan Kat B. Bap Korean yang terletak di shopping mall baru NU KL Central. My friend ni menang jenis Food lover sebab kalau tengok IG dia, macam-macam makanan dia dah pernah try except non-halal laa. Hehe tu lain cerita!  


B.Bap Korean ni merupakan restoran Korean food yang baru ja buka April lepas. Restoran ni dua tingkat. Interior Restoran ni sangat simple dan tema warnanya pula Putih dan Merah macam logo B.Bap. Masa datang waktu lunch, agak padat juga restoran ni. Meja dia pula kecik je, muat-muat 4 orang, sesuailah kot dengan hidangan korea yang tak perlu meja besar sebab set dia satu mangkuk makanan dan segelas air. Hehe agaknya lah.. :)



Orang Korea ni patut la kulit dia orang mulus je sebab pemakanan dia orang pun healty and balance! Dia orang ni pemakan sayur yang tegar. Tengok je la menu semuanya mesti ada Sayur. Tapi tetap sedap! Meh review sikit pasal makanan yang kami-kami order hari tu..

Saya makan Fried Rice with kimchi atau dalam bahasa koreanya Bokem Bap, rasanya tak sama macam Nasi Goreng Kampung, nasi ni digoreng bersama seafood dan kimchi. Ada rasa minyak bijan juga. Tak pedas. Nasi goreng ini juga dihidang dengan telur goreng. Rasa boleh tahan kalau nak rasa kelainan. Just rasa pelik kat tang beras dia macam melekit macam beras pulut, tak pastilah beras jenis apa yang digunakan. Harga RM17.00 sepinggan. Air pula saya order air Aloe Vera, sedap terasa gel aloe vera bila setiap kali sedut minuman. Bagus tau minum Aloe Vera ni


Seperti biasa, bila makan tempat macam ni, tukar-tukar rasa makanan yang diorder. Dua orang kawan saya ni order Bi Bim Bap macam nasi berlauk kat Malaysia ni, sebabnya ada sayur, daging atau seafood dan sos cili (homemade kot bukan sos cili biasa ye!) atau soy sauce. Sorang pilih bulgogi chicken dan sorang lagi pilih octopus si sotong kurita. Makanan ni dicampurkan sayur-sayur dan daging/sotong dengan cilinya sekali, lepas tu makan. Rasa sedap dari fried rice. Hehe. Highly recommended! Harga pun worthy. Set octopus harga RM18 dan bulbogi harga RM16. Amacam? Sila try kalau rasa terliur. 


Ok mai mai layan gambar-gambar 


tingkat atas dan tingkat bawah
B.bap tulang belakang
Interior design yang simple but nice :)
Menu set 1

Menu set 2
Appetizer. Kimchi hujung kanan, Ikan bilis goreng
dengan gula, dan potato :)

Bim bip bap Ayam
Nasi goreng Korea. Penuh dengan bijan kan..
Ni lauk-pauk yang dicampurkan bim bip bap.
The price. 



13 comments:

Najihah Hassan said...

is it halal?

Miss Pena Unggu said...
This comment has been removed by the author.
Miss Pena Unggu said...

Tak pasti tapi no pork

Angelina Gan said...

Do they sell topokki there ?

Shara said...

i dah call b.bap.. dia cakap pork-free, alcohol-free... meat and chicken are sourced from halal-certified supplier...

asra muslim said...

Thanks shara

Halal la kan macam tu. InshaAllah
Pekerja yg kat NU sentral most malay n muslim
Btw thanks sgt sbb u siap check kam lagi kan

Bestkan makan situ

asra muslim said...

Thanks shara

Halal la kan macam tu. InshaAllah
Pekerja yg kat NU sentral most malay n muslim
Btw thanks sgt sbb u siap check kam lagi kan

Bestkan makan situ

asra muslim said...

Thanks shara

Halal la kan macam tu. InshaAllah
Pekerja yg kat NU sentral most malay n muslim
Btw thanks sgt sbb u siap check kam lagi kan

Bestkan makan situ

asra muslim said...

Thanks shara

Halal la kan macam tu. InshaAllah
Pekerja yg kat NU sentral most malay n muslim
Btw thanks sgt sbb u siap check kam lagi kan

Bestkan makan situ

asra muslim said...

I m not sure. Try check menu dia. Sorry ye angeline

Nur Zayyani Liman said...

Mcm best je nasi goreng kimchi tu..mcm nk try..hihi

asra muslim said...

kannn tu baru tgk gambar je... huhu

nnt try la kalu g nu central

asra muslim said...

kannn tu baru tgk gambar je... huhu

nnt try la kalu g nu central