Google+ Followers

Saturday, August 30, 2014

Tempat Menarik (Cafe Melayu) di Kuala Lumpur: Chaiwalla & Co. Container Cafe at The Curve

Assalammualaikum Semua :)

Lama dah nak try minum kat Chaiwalla & Co. sebab cafe dalam container. Nampak keunikannya dan sememangnya COOL!. Before nak review this cafe, tercari-cari juga sapalah founder dia yang kreatif ni. Paling tak sangka mereka ni masih muda dan mereka juga usahawan melayu. Proud of them. Salah-seorang mereka ni rupanya seorang nakhoda @ captain offshore. No wonderlah dia buat cafe dalam container sebab dah biasa duduk dalam kapal yang terhad tu kan. Tak sangka container pun boleh jadi cafe. Good try! Kalau nak kenal the owner, jump to this link

Another good idea of concept, cafe ini boleh customized minuman yang kita nak order, dari base to flavour to toppings and even sweetnes of sugar So bolehlah ikut citarasa masing-masing. But their signature drinks are original thai milk tea, Vietnamese coffee and chai latte, yang ni tak perlu nak customized, kena rasa originality nya.

Untuk base lebih kepada tea and fresh milk, ada juga smoothies (ice blended). Kalau flavour pula, macam-macam ada, sampai saya tak tau nak pilih. Last-last saya pilih double chocholate. Toppings pun sama, banyak pilihan. Terpulang citarasa masing-masing.  

Selain itu juga, cafe ni ada jual desert and pastry. Tapi tak try pun sebabnya beli HOT&ROLL jiran cafe ni. May be next time boleh cuba menu desert or pastry. Brownies dia nampak macam sedap. Next time kena cuba.

Alamak, napalah tak capture full container kan. Bila nak upload baru perasan, capture signboard kedai je. Huhu Maaf tak dak full view cafe ni. 
Ni bahagian bawah container tempat order. Atas plak storage dia.
Yang ni boleh bancuh kat rumah kalau dah addicted sangat.
Ni menu card. Boleh customized 
Jom kita minum dulu!

 For those yang nak try minum kat sini, senang ja, untuk warga KL boleh pergi ke The Curve, ikut jalan The Walk, kedai ni terletak di luar in between the curve and Tesco Damansara. kalau warga JB pula, kedai ni terletak berhampiran Jalan Dobi, jalan nak ke Bazar Karat.

Cubalah try! :) 

No comments: