Google+ Followers

Wednesday, August 6, 2014

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur : Marche The Curve

Assalammualaikum :)

Selamat hari raya semua :) Setelah puas menjamu ketupat, rendang, lodeh, kuah kacang dan kuih-muih raya. Jom kita perkena makanan western pula. Amacam? Kali ni, saya nak review restoran Marche yang terletak di The Curve. Saya pergi dengan my colleagues masa lunch hour, sebab masing-masing mood raya lagi katakan, panjang langkah makan sampai ke The Curve, Hehe. 

Kebetulan masa datang ni, Marche ada buat promosi Lunch Set dengan harga RM14.90 dapat main course, drink and free ice cream lagi. Harga tak termasuk tax ye! Promosi bermula dari 4 Ogos hingga 15 Ogos 2014. Lai...lai...laii.. rugi tak cuba sebabnya harga memang kaw-kaw murah ni! 

Promosi Lunch Set yang disediakan sangatlah berbaloi :)

Marche ni maksudnya market/pasar, sebab tulah bila ja masuk restoran ni korang akan kagum bila tengok interior restoran ni memang macam pasar betul, dengan susunan bahan mentah dan kering kat setiap section, semuanya nampak fresh-fresh belaka. Ada beberapa section seperti Grilled, pizza, rosti, juices, seafood, salad, deseert, drinks and beverage. Confirm rambang mata korang!

Cara nak order makan kat sini agak berlainan dari restoran lain, visitor akan diberikan sekeping passport kat entrance. Untuk order makan, pergi saja mana-mana section yang kita nak order, order makan dan staff Marche akan cop passport kita. Ada yang boleh ambil terus dan ada yang perlu tunggu dalam 10 minit untuk dapatkan makanan yang siap dimasak.Passport yang dah cop tu kena simpan untuk pembayaran bila keluar nanti. Passport tu kalau hilang kena denda bayar RM200 dan duit itu akan didermakan ke Pusat Kebajikan. Bagus betul! 


Disebabkan nak budget, ambil je set promosi yang disediakan Marche. Set promosi ni pun boleh tahan sedap juga. Saya pilih BBQ Chicken Pizza untuk main course, watermelon juice dan ice cream chocholate. Tambahan desert, caramel pudding berharga RM5.50. BBQ Pizza dia tak muak sangat macam Pizza Hut sebab sos BBQ memang sedap dan crust pizza pula ranggup. Sedap weh! :) Watermelon juice dia pure and fresh from oven, maknanya tak da campuran gula pun, memang pati buah original tembikai sendiri. Puding caramel pulak memang padat dan caramel pula tak manis tak tawar, sedap sangat.

Sempat juga rasa menu kawan-kawan, yang sorang tu ambil Grilled honey mustard chicken with sweet corn dan sorang lagi tu ambil sweet and spicy chicken with rice as their main course. Seriously, dua-dua menu pun sedap! Yang pastinya grilled chicke tu dapat 2 slices breast chicken yang padat dan well marinate, kaya dengan protein. Sesuai untuk mommy-mommy yang breastfeeding. Grilled chicken tu makan dengan Marche homemade sos, memang superb! Sweet and spicy chicken pulak ada ciri-ciri Asian Food, memang recommended dan menepati citarasa orang Asia, makan pula dengan nasi panas-panas. Fuhhh memang selera! For drinks, my friends ambil jus kedondong asam boi, dia orang cakap jus ni pekat sangat. Nak cuba sila rasa sendiri. Hehe. :)

Puas hatilah juga sebab makan macam-macam dengan harga serendah under RM20 termasuk tax dan tambahan desert. Mana nak dapat harga western food siap full package lagi dengan harga bawah RM20 tu kan. Kira murahla, siap main course, drinks and desert lagi. Berbaloi-baloi kannnn. :) Kalau ikutkan harga makan tanpa promosi kat Marche ni boleh tahan juga meletopnya, jadi apa tunggu lagi kalau nak rasa makanan Fresh-Health-Fast ni datangla sebelum tamat promosi pada 15 Ogos ni. :)   


Pemandangan luar restoran Marche
Nampak lembu tu, tu dia maskot Marche 
Lebih kurang pasar grocerry kan? Ni kat bahagian Grilled.
Bermacam jenis menu kat grilled ni, pilih je lah.
Rosti dan Pizza sebelah-belah je. Bolehlah pilih ikut citarasa.
Bahagian Juice, amatlah fresh! Minuman buah-buahan tropika
sememangnya pilihan utama :)

My lunch set :)
Yang ni my friends' lunch set. Sedap juga Grilled Honey Chicken with Mustard Sauce dan
Sweet and Spicy Chicken with Rice. Sangar recommended

Highly recommended! Sapa nak cuba tu boleh datang masa harga promosi ni! Saya bagi 4 out of 5 star, sebab makanan sedap dan air-condition yang memang santai dan selesa. :)

Address:
Marché® The Curve
G87, Ground Floor, The Curve,
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810, Petaling Jaya, Selangor
Tel No: 03-7728-9200
Official Website: www.marche-malaysia.com/