Google+ Followers

Wednesday, August 20, 2014

My Maternity photo shoot | White studio at The Faces Photography

Assalammualaikum semua :) 

Alhamdulillah, apa yang diangan-angankan dah pun mejadi realiti. Huhu. Apa ke bendalah tu kan? Tengok sikit tajuk kat atas tu. :) Yup maternity photo shoot done at last! Actually banyak je photographer yang berkaliber untuk maternity shoot ni sama ada outdoors mahupun studio. Tapi saya memilih pakej studio dengan harga promosi melalui Group On. Memang kebetulan sangat, The Faces Photography menawarkan pakej including 25 shoot and 4 edited-printed 4R photo dengan harga RM58 and additional RM82 kalau nak softcopy 25 photoshoots  + 4 edited photo. Jumlah RM 140.00. Murah tak murah sangatlah yang penting puas hati. Lagipun harga asal dalam RM600+ pakej tadi tu termasuk 22 pages photobook dan 8R frame. (Kalau tak silap saya). Kat bawah entry ni, saya ada attach their contact no. and address if interested.

Masa photoshoot tu, dapat free make-up, jadi tak perlu nak menata-rias wajah sendiri kannnn sebab dah ada professional make-up artist yang akan touch up muka kita before photo shoot. Seperti biasa, saya request neutral look, tak payah sarat sangat make-up, bukan nak buat show pun kan. Hehe :) Lepas siap make-up, terus photo-shoot, sekejap je dalam 30 minit. Photographer tu banyak idea for maternity shoot, ikut je lah arahan dia kalau rasa-rasa tak tau nak pose macam mana. Tapi if korang nak pose sendiri pun boleh, ada 2-3 shoot tu saya request nak pose sendiri, siap bawak props sendiri lagi. Hihihi. Beria mak aii!


Bagi yang memang nak sangat buat maternity shoot ni atau apa-apa photo shoot sekali pun tapi budget terhad, saya sarankan untuk dapatkan service yang dipromosikan dalam Group on ye, sebabnya jimat dan harga berbaloi juga! Next entry saya akan share satu lagi promosi Group on yang menarik dan berkaitan dengan photography ni.

Belanja gambar-gambar hasil kejadian sikit..








The Faces Photography
No. 18-2,
Jalan PJU 5/21,
The Strand Kota Damansara
h/p: 012-712 7672
FB: Faces Photography

No comments: