Google+ Followers

Monday, August 18, 2014

Persediaan Bersalin: Checklist Baby and Mummy

Assalammualaikum semua.. :)

Alhamdulillah minggu ni dah pun masuk 34 weeks, another 42 days to go, more or less. Dup dap dup nak tunggu hari ni. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Nya. Rasa tak sabar nak jumpa my baby boo. :)

Saya start beli barang baby seawal kandungan usia 6 bulan, sebab masa tu dah dapat scan gender baby. Tapi semua dengan izin Allah, sebab ada ja scan tak tepat. Apa pun, baby boy ke girl, tetap rasa syukur atas nikmat dan hadiah yang Allah kurniakan. 

By the way, kalau nak jimat beli barang baby atau ibu sendiri, beli masa Baby Expo. Seriously memang puas hati. Sebab harga double murah! Tapi kenalah berkorban sikit untuk mencelah di ribuan manusia. Yang bagus bawa suami sekali, bolehlah dia tolong angkut barang-barang shopping kita. Hehe. :) Suamikan gagah perkasa.  

Bila dah sampai akhir-akhir minggu pregnancy ni, dah kena sediakan bag untuk ke hospital. Atleast dah turun tanda tu, bag dah sedia lengkap dengan barang ibu dan bayi.

Di sini nak share checklist keperluan yang perlu dibawa ke hospital, mungkin dapat membantu ibu-ibu yang baru pertama kali nak bersalin macam saya. Apa yang saya senaraikan ni pun dapat melalui sumber bacaan dari a few blog dan artikel.


Hopefully it would be helpful to us. :)

Sebelum tu, barang yang paling penting sekali!
  1. IC/ Kad pengenalan
  2. Buku Merah @ Buku Rekod Check Up di Klinik Kesihatan
  3. Guarantee Letter (GL) bagi penjawat awam
  4. Handphone - memudahkan communication semasa di wad/labor
Kebiasaannya, kalau ibu bersalin secara normal, akan ditahan selama 2 hari di wad dan kalau ibu bersalin secara cesarean pula, ibu akan ditahan di wad selama 3 ke 4 hari. Kalau baby kena jaundice/ kuning pula kemungkinan akan lebih lama. Untuk checklist di bawah ini untuk ibu-ibu lahir secara normal.

SENARAI UNTUK IBU 
  1. Pakaian untuk keluar hospital (2 Pasang dah cukup. Hospital akan sediakan uniform khas pesakit sepanjang berada di hospital.)
  2. Sweater and socks (Setelah bersalin, suhu kita akan berubah kerana pemulihan kepada badan asal, jadi sediakan socks yang sewajanya.)   
  3. Kain batik 
  4. Selipar yang sesuai untuk digunakan di tandas semasa mandi
  5. Tudung (2 helai dah cukup, prefer tudung sarung/ awning sebab mudah)
  6. Towel 
  7. Nursing bra (4 helai)
  8. Seluar dalam ( terpulang, lebih lagi baik untuk hygiene)
  9. Minyak panas 
  10. Maternity pad (1 bungkus)
  11. Toiletries 
Untuk bayi pula saya asingkan kepada 2, satu untuk digunakan semasa dalam Labor Room dan satu lagi untuk sepanjang dalam wad. Asingkan siap-siap untuk memudahkan suami kita nak cari dalam bag pakaian nanti semasa kita di Labor Room.. 

SENARAI UNTUK BAYI (LABOR ROOM)
  1. Baju baby (Prefer side snap shirts - cam kimono tu sebab tali pusat baby belum tanggal)
  2. Mittens and socks
  3. Receiving blanket / bedung
  4. Diapers
  5. Barut
  6. Tuala mandi baby (Hooded) (if needed)
  7. Toiletries baby (if needed)
SENARAI UNTUK BAYI (DALAM WAD)
  1. Baju baby ( 4 helai untuk siang dan 4 helai untuk malam)
  2. Barut (5 helai)
  3. Bedung/ Receiving blanket/ Napkin (3 helai)- Untuk wraps baby
  4. Selimut baby (1 helai - kalau perlu)
  5. Topi (2 helai - penting untuk lindung kepala bayi sehingga telinga bagi bayi baru lahir)
  6. Mittens and socks/booties (5 pasang)
  7. Diapers (Bawa lebih, atleast 20 pcs. )
  8. Baby wipers and cot sheet (untuk alas baby semasa pakaikan diapers)
  9. Tuala hooded (1 helai)
  10. Tuala kecil (3 helai) - Untuk lap air susu/ air liur baby/ muntah
  11. Toiletries included minyak telon/ nappy cream/ baby oil/ etc.
  12. Bantal baby
BARANG-BARANG LAIN
  1. Air zam-zam / air selusuh
  2. Air masak
  3. Buah kurma
  4. Biskut kering/ roti
  5. Minuman segera - Milo/vico/nestum
  6. Cawan dan sudu
  7. Tisu
  8. Termos (Hospital ada sediakan juga)
  9. Plastik baju kotor
So far, hampir 90% dah pack. Lagi 10% sedang diusahakan. Ya Allah semoga dipermudahkan urusankudan lindungilah diriku dan bayiku semasa melahirkannya. 

Laillahaillah anta subhannaka inni kuntum minal zolimin

Bahawasanya, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk  orang-orang yang zalim ~ Surah Al-Anbiya': 87.)