Google+ Followers

Friday, August 29, 2014

Persediaan Bersalin: Pencuci Baju Bayi; Pureen A-B-D Liquid Detergent

Assalammualaikum semua :)

Makin nak dekat bersalin, makin rajin pula nak update blog. Macam kerja lain dah settle jee ni. Huhu. Ala kerja memang tak pernah habisnya kan. Semalam baru ja settle mendobi semua baju-baju my kesayangan. Hari tu, yang first batch dah basuh masa kandungan 32 minggu. 

Dari forum-forum ibu mengandung yang saya baca, mostly cuci tangan untuk penjagaan baju bayi yang bersaiz comel ni. Ada yang bilas menggunakan air suam lagi bagi menjamin cucian bersih dan sesucinya. Selain itu, ada juga yang rajin untuk iron baju bayi yang siap dijemur supaya baju tersebut dijamin kering-sekeringnya. Terpulanglah cara masing-masing yang penting pencuci baju bayi yang digunakan hendaklah pencuci khas untuk bayi, sebab kulit bayi yang baru lahir sangat sensitive bak kata kawan saya. Nasiblah ada yang sudi kongsi pengalaman, taklah saya guna pencuci Tops. Haha.

Awal-awal dulu, sebelum nak basuh baju kesayangan saya yang dalam perut dari tadi duk menendang ja ni. (Dah tak sabarlah nak keluarlah tu), memang plan nak cuci tangan lepas tu rendam dengan air panas. Tapi sebab kepenatan ibu yang berkarier ni, sudahnya baju-baju kesayangan dibasuh dengan washing machine. Yang penting baju-baju ni, jangan campur dengan baju kita bagi mengelak bakteria. InshaAllah cucian bersih dan harapnya tak dalah effect my baby. From forum, mostly kata ABD ni mudah hilangkan sustain dan tak menyebabkan kulit bayi itchy. Try je lah dulu kan. Kalau tak sesuai, baru tukar

Untuk pencuci ni, saya guna Pureen ABD (Anti Bacterial Detergent) jenis liquid, mudah tak perlu bancuh-bancuh dah. ABD ni pun ada jenis serbuk, yang ni kena bancuh, nanti ada plak serbuk yang berketul-ketul melekat kat baju baby. Beli ABD sebab terpengaruh dengan forum yang saya baca, mostly guna Pureen ABD. My friend pun ada yang suggest guna ABD ni. Harga sebotol RM24.00, saya beli kat Jusco. Kalau kat tempat lain tak sure harganya berapa. Selain pencuci baju, penting juga ada hanger yang small size, tapi kalau nak mudah lagi, beli ja ampai cabang-cabang macam payung tu. Dari turun temurun family, pakai payung tu. Mudah kot!

Lega sangat dah basuh baju baby. Rasa tak sabar nak peluk anakanda. Rinduuuu :)

Ada lagi satu warna hijau, yang tu Pureen HAD
Benda paling kecik antara yang paling kecil. Booties
Siap gantung semua, 2nd batch. Ni la yang saya panggil payung tu, 

Sekian, perkongsian kali ini. Mohon share pendapat kalau ada pencuci bayi yang lebih baik. Mohon doa yang baik-baik untuk baby dan umminya sekali ya. :) 

Terima kasih :)

No comments: