Google+ Followers

Tuesday, September 23, 2014

40 weeks update: Induction Part 1

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, hari ni dah hampir 40 minggu, ikut EDD, due on 25 September ni. So far, masih belum lagi ada tanda-tanda selain braxton hicks.

Semalam pergi check up di PPUM, as usual, doctor check heart beat baby, Alhamdulillah normal. Berat saya pula bertambah 2.2kg dalam seminggu. Memang hujung-hujung pregnancy, berat akan cepat naik. Berat baby pula 3.1kg plus.

Doctor dah bagi tarikh dah! 24 September esok masuk wad  for induction of labour. Ye, kena paksa bersalin disebabkan saya ada GDM. Ya Allah, takutnya saya!


Induction ni maknanya bersalin secara paksaan, doctor akan masukkan ubat bagi membantu pembukaan untuk bersalin. Tak berpeluanglah saya nak rasa contraction secara natural. Tapi saya berharap, saya dapat melahirkan secara normal dengan izin Allah, inshaAllah. Semoga dipermudahkanNya. Based on penerangan doktor dia akan bagi peluang 3 induction untuk salin normal, if pembukaan stop, maknanya kenalah caesarean. Minta dijauhkan. :( Ubat induction tu pula bertindak-balas dalam 6 jam, kalau belum ada contraction/bukaan, doctor akan tambah lagi dose induction for second time. If let say, bukaan dah ada dalam 6 cm, doctor akan pecahkan air ketuban terus (ni pun kira one of induction procedure), kalau air ketuban pecah memang cepat contraction. Masa dengar penerangan doctor tu, tak dapat nak bayangkan macam manalah sakitnya. 

So far, segala persiapan baby dan ummi untuk ke hospital dah sedia. Barang-barang pantang seminggu-dua ke rumah mertua pula akan saya usahakan untuk packing malam ni, nanti taklah susahkan my husband nak mencari barang-barang saya. Rumah pun dah kemas, tinggal husband mantain bersihkan habuk-habuk sampai saya balik berpantang nanti. Abang, rajin-rajin ya kemas rumah tu nanti, Hehe... 

Saya mohon maaf pada semua setiap salah silap saya dari segala perbuatan saya, lisan saya mahupun kata-kata yang terlintas dalam hati saya. Mohon maaf sangat-sangat. Halalkan semua buat saya. Doakan saya dipermudahkan bersalin dan segalanya berjalan dengan lancar. Semoga saya dan baby sihat dan selamat. :)

Terima kasih yang tak terhingga untuk emak, MIL and husband kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat sepanjang saya mengandung. :)

Sambungan Part 2

Sunday, September 21, 2014

The Precious Moment - Pregnancy

Assalammualaikum :)

Syukur pada Allah yang telah memberi nikmat kehidupan selama ni dengan detik-detik gembira walau ada sukar dan duka tetapku bersyukur. Alhamdulillah selama ini dapat merasa detik-detik bahagia bersama keluarga terutama semasa sambutan hari raya, mendapat tawaran universiti, menerima pingat Anugerah Naib Canselor semasa konvokesyen 2008, dapat kerja pertama sebagai Pensyarah Muda di UiTM, dapat beli kereta pertama, jatuh cinta dan berkahwin, diraikan keluarga, saudara mara, rakan taulan semasa hari perkahwinan, honeymoon bersama suami tercinta dan bulan Januari tahun ini dapat berita gembira positif hamil setelah dua kali gugur. Banyak sangat perkara yang gembira dalam hidup ini yang Allah kurniakan dan tak mampu saya nak tulis di sini. SubhannAllah Alhamdulillah.  

Perkara gembira yang masih saya jalani sekarang ialah pengalaman mengandung anak pertama setelah 2 kandungan sebelum ini gugur (at early stage). Teringat masa nak check UPT (urine pregnancy test), rasa takut-takut nak check UPT bila period tak datang about 1 week plus. Akhirnya after 2 weeks miss period, baru check UPT. Itu pun macam tak percaya but still rasa happy bila tengok result UPT double line meaning adanya hormon pregnat hCG, jadi confirmlah POSITIVE mengandung. Kemudian setelah yakin UPT Positive, saya dan husband pergi ke PPUM untuk verified my pregnancy, dah ada kantung tapi tak nampak baby lagi. Doctor ask me to come again in 2 weeks. Dalam masa yang sama ada sikit gusar bila teringat pengalaman 2 kali gugur sebelum ni pun sama tak nampak baby dalam kantung. Then after 2 weeks, datang untuk scan that time kandungan dah pun 7 weeks, dengan kuasa Allah, masa scan tu saya dah boleh nampak baby saya, comel macam kacang bentuknya dan ada kerdipan jantung kecil sangat-sangat, so amazing! SubhannAllah. Saya hanya mampu berdoa dan tawakal pada Allah, kalau inilah rezekinya, saya percaya tetap rezeki saya. Bermulalah pengalaman sebagai ibu mengandung dan Alhamdulillah minggu ni dah pun masuk 39 minggu. :) 

Terus-terang saya cakap, pengalaman mengandung ni adalah perkara yang paling menyeronokkan walaupun berbagai dugaan perlu ditempuhi; nak kena control diet makan sebab saya ada GDM, kena buat BSP berulang-kali, dan membawa perut yang besar ke mana saja serta 2 kali sebulan kena datang check up di KK dan hospital untuk review kesihatan saya dan baby. Selain itu, melihat sendiri perkembangan bayi dalam perut saya setiap kali scan, dari sekecil-kecil zarah yang akhirnya membentuk seorang bayi yang comel. Ya Allah, inilah pengalaman paling berharga buat saya dan saya akan merindui setiap saat itu. Terima kasih ya Allah atas pengalaman ini. :)

Sekarang, saya sedang menghitung hari untuk melihat bayi saya lahir ke dunia. Saya yakin sangat saya akan merindui saat-saat mengandung ini especially my baby kicking and moving walaupun adakalanya saya rasa tak selesa lagi-lagi bila dia mengeras dalam perut saya. Rindu melihat pembesaran perut saya dari bulan ke bulan, tak sangka berat badan boleh sampai mencapai 68 kg. Rindu saat-saat bila mengindam, husband berusaha dapatkan juga untuk saya, haha bukan mengindam apa pun cuma nak teringin makan durian ja pun sekali tu.

Ya Allah, syukur padaMu. Rasa beruntungnya saya diberi kesempatan merasai pengalaman ini, yang mana sedikit sebanyak memberi kesedaran pada saya betapa kita perlu menghargai pengorbanan ibu kita yang telah banyak berkorban demi kita sejak dari perut lagi. Sayangilah ibu dan bahagiakanlah mereka kerana pengorbanan mereka tidak dapat di balas walau dengan wang ringgit.

Ya Allah, kau limpahkan kasih-sayangMu kepada ibu-bapaku sebagaimana mereka mengasihiku sejak dari kecil lagi.    

Sekian, coretanku. 

Friday, September 19, 2014

Kaki Bengkak Semasa Hamil

Assalammualaikum semua :)

Gambar ehsan dari utusan, cari kat Google.Segan nak tayang kaki sendiri.

Eh apahal letak  gambar kaki ni? Sebenarnya gambar ni ada kaitan dengan perkembangan saya sekarang. Hari ni, baru perasan kaki semakin bengkak dah sama kaki gajah macam gambar di atas ni. Seriously, besar gila kaki saya sekarang ni, Macam emak cakap hari tu lah, makin dekat nak bersalin, makin bengkaklah kaki dan tangan, silap-silap muka pun naik sembap juga, Memang pun dah nak dekat bersalin ni, jalan pun dah lambat-lambat sebab kaki bengkak.

Jangan risau, perkara normal sangat ni semasa hamil. May be tak semua bakal ibu akan bengkak kaki. Based on my findings through website and books, punca kaki bengkak ni semasa hamil adalah kerana semasa hamil badan akan menghasil lebih 50% darah dan cecair bagi membantu perkembangan bayi sepanjang kehamilan. Cairan tambahan ini akan banyak terkumpul di bahagian kaki menyebabkan kaki bengkak. Kaki bengkak semasa hamil akan hilang selepas bersalin. 

Pada fasa penghujung hamil, kaki semakin bengkak (macam yang saya alami sekarang) adalah disebabkan perkembangan bayi yang semakin besar, uterus/rahim ibu akan memberi tekanan pada salur darah di pelvis yang mengakibatkan salur darah besar yang menerima darah dari anggota bahagian bawah terjejas. Tekanan yang diterima mengakibatkan peredaran darah anggota bahagian bawah menjadi perlahan dan darah pun terkumpul. Tekanan darah yang terkumpul ini pula mengakibatkan air turun dan keluar dari salur darah kecil (kapilari) dan masuk ke tisu-tisu tapak kaki dna buku lali. Biasanya air ini dapat diserap ke dalam badan tapi tambahan air semasa hamil menyebabkan kaki menjadi bengkak.

Di sini saya kongsikan cara mengurangkan berlakunya kaki bengkak (Baby Centre). Semoga bermanfaat untuk semua.

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki. - nak recommend Massage oil ni. 
Selain itu, ada rawatan semulajadi yang boleh dicuba. Antaranya:-
  • Makan makanan yang seimbang, iaitu makan sedikit protein tanpa lemak seperti ayam, daging, telur, kekacang setiap hidangan. Selain itu, makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah atau sayur setiap hari bertujuan mengurangkan garam, gula dan lemak.
  • Minum air yang banyak setiap hari bagi membantu fungsi buah pinggang dengan baik. 
  • Elakkan makanan segera atau makanan yang diproses. Makanan ini tinggi dengan bahan tambahan dan sodium/garam.
  • Banyakkan makan dari makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin E seperti: buah-buahan citrus, limau, tomato. kubis, strawberi, gandum, jagung manis, gajus dan badam.
  • Anda boleh cuba meletakkan daun kubis hijau atau putih pada kawasan bengkak untuk menarik keluar cecair berlebihan dan melegakan ketidakselesaan anda. Lap daun kubis bersih tanpa basuh dan simpan dalam tempat sejuk. Kemudian, balut daun di sekitar bahagian yang bengkak dan biarkan sehingga daun menjadi basah, ulangi dengan daun segar sehingga kesakitan berkurangan.
  • Akupunktur juga boleh membantu untuk melancarkan peredaran anda dan fungsi buah pinggang.
  • Urut kaki dan refleksologi boleh membantu untuk melegakan bengkak pergelangan kaki dan mengurangkan bengkak serta ketidakselesaan. Pilih reflexologist berdaftar yang layak untuk merawat wanita hamil
Sumber: Baby centre

Thursday, September 18, 2014

3D 4D Scan Malaysia dan Pakej Bersalin Hospital Umra Shah Alam: Tak Sangka Boleh Scan Masa 38-39 Weeks Pregnancy

Assalammualaikum Semua

Alhamdulillah, Ahad lepas dah pun selamat buat 3D/4D scan dengan Ms Jezzlyn dari Bayi-Ibu.Com. Untuk scan 3D/4D scan ni seeloknya dibuat semasa usia 6 bulan untuk melihat gender bayi dengan lebih jelas dan struktur muka dan anggota bayi. Tapi saya main redah ja buat masa kandungan berusia 38 minggu nak ke 39 minggu. HAHA! Dah hujung-hujung baru sibuk nak buat scan ni. Nasib baik rezeki tu ada, dapatlah tengok rupa baby dan gender baby dengan jelas masa scan sebab air ketuban masih cukup lagi. Sonographer tu nama dia Ms Jezzlyn. Dia beritahu kalau tak nampak, dia akan charge 2D scan sahaja di mana still dapat CD dan Gambar Scan. Oklah kan... atleast ada juga kenangan untuk anak ummi ni nanti.

Untuk buat 3D/4D scan ni, kena set appointment through website: bayi-ibu.com Dari website tu, boleh pilih lokasi klinik/hospital berhampiran dengan rumah dan tarikh dan juga masa pun flexible untuk kita pilih ikut kelapangan kita. Simple ja untuk register, nanti confirmation akan dihantar melalui email kita. Kami set appointment pada hari Ahad pukul 9:30 pagi. Lokasi pula kami pilih Hospital Umra, Seksyen 13. 

Pada hari appointment, sampai lewat 10 minit. Nasib baik, sampai-sampai boleh terus masuk untuk scan. Sonographer ni friendly ja. Pandai pulak tu kejutkan baby kita. HUHU! Seronok sangat tengok gelagat anak ummi. Lagi-lagi bila Jezzlyn kejutkan suruh bangun. Ada tu siap menangis lagi. Manja betul anak ummi ni. Jezzlyn cakap baby ni kuat merajuk sebab suka muncungkan bibir. HUHU! Gelihati tengok macam-macam aksi dia buat. Untuk scan ni bergantung kepada baby kita, if dia tutup-tutup muka tak nak tunjuk, makin lamalah masa scan. Macam my baby, sikit-sikit tutup mulut dia, puas Jezzlyn pujuk baby tunjuk muka. :) Adalah 30 minit buat scan ni. Tapi memang puas hati sebab dapat tengok muka baby dan gender baby dengan lebih jelas berbanding 2D scan. :) Tak sabar nak menunggu hari jumpa anak ummi sayang ni. 

Selepas scan, baru dipanggil untuk check urine dan blood pressure. Kemudian jumpa doctor for review scan tadi tu dan seterusnya buat CTG pula. Buat CTG dalam 20 minit untuk tengok contraction dan heart beat baby. Alhamdulillah kesihatan saya dan anak normal dan baik. Masa jumpa doctor, sempat juga tanya pasal pakej bersalin di Hospital Umra, quite cheap kalau nak banding dengan hospital lain. Tapi untuk anak pertama ni dah decide nak bersalin hospital kerajaan. Kalau ada rezeki, anak kedua bersalin kat private pula ye. Boleh ke encik suami?

Alang-alang saya kongsikan juga pakej Bersalin Hospital Umra di sini. Harap dapat bantu sesiapa yang nak buat persediaan bersalin nanti. Pakej ni untuk 2 hari 1 malam termasuk:-
  • Normal delivery procedures (Bersalin secara normal) atau Elective LSCS Procedures (Pembedahan efektif)
  • Ward rounds (Pemeriksaan doktor dalam wad)
  • Pakar kanak-kanak termasuk pemeriksaan darah bayi
  • Suntikan BCG, Vit K, Hepatitis B - Dos pertama sahaja
  • Nursery charges
  • Routine discharge medication (ubat selepas bersalin)
Pembayaran bagi pakej bersalin ini berbeza mengikut kategori bilik wad yang dipilih. 

Untuk normal delivery
  • 3-4 bedded room - RM 1,399.00
  • 2 bedded room (sharing) - RM 1,439.00
  • 2 bedded room (non-sharing) - RM 1,599.00
  • Executive single room - RM 1,699.00
Untuk LSCS delivery
  • 3-4 bedded room - RM3,699.00
  • 2 bedded room (sharing) - RM 3,799.00
  • 2 bedded room (non-sharing) - RM 3,899.00
  • Executive single room - RM 3,999.00
Harga pakej ini tidak termasuk optional procedure:
  • Epidural - RM 750.00
  • Antenatal detailed anomaly scan & 3D/4D scan - RM 180.00
  • Antenatal detailed anomaly scan - RM 150.00
  • Circumcision (Baby boy) - RM 600.00
  • Circumcision (Baby girl) - RM 50.00 
  • Forceps delivery - RM 220.00
  •  Vacuum delivery - RM 280.00
Ermm kenapa sunat baby boy lebih mahal dari girl? Sebabnya yang sunat baby boy tu dikendalikan pakar bedah, haruslah mahal lagi kan...

Untuk mendapatkan harga pakej ni, kenalah berdaftar dan buat check up at least 2 kali before bersalin, barulah dapat harga di atas. If not, datang walk in ja harga tak sama macam pakej ni.

Harga untuk pakej 3D/4D scan, consultancy and CTG yang saya buat di Hospital Umra pula ialah RM135, di mana pakej ni saya dapat satu keping gambar scan full baby face dan 1 CD yang dimuatkan dengan gambar dan video scan. Kalau nak tahu lebih detail, boleh contact beliau sendiri atau boleh survey kat website di atas:

Ms Jezzlyn
Bayi Ibu Dot Com Marketing
Tel: 017-6202933
Email: bayi.ibu.com@gmail.com

So ini sekeping-dua gambar 3D scan untuk tatapan :)

Kecik-kecik dah pandai buat duck face, Huhu..
Alhamdulillah semua normal especially air ketuban
ukuran kaki baby
ukuran kepala baby
Sama tak muncung kami. hehe :) 

Tuesday, September 16, 2014

Tempat Makan Menarik : Teh Tarik Place The Curve

Assalammualaikum semua :)

Baru ja balik dari minum kedai mamak yang versatile. Amboii! Saja cakap versatile sebab kedai mamak ni dalam shopping mall, dah tu di The Curve pula. HAHA! Maksudnya sambil lepak boleh pergi shopping lagi, class kan? Kedai mamak yang dimaksudkan ialah Teh Tarik Place (TTP), pernah tak lepak sini? TTP ni dah banyak branch, cuma saya baru nak masuk ja, pernah ja lalu-lalang kat TTP. Kalau pergi branch The Curve, TTP ni terletak kat Ground Floor, ikut The Street dan masuk kat MBG Fruits Shop sebelah Sakae Sushi tu, dari MBG tu dah boleh nampak TTP ni. 

Dari segi menu sama ja macam mamak stall yang lain. Ada roti canai, mi goreng mamak, tosei dan macam-macam lagi. Yang membezakan kedai mamak ni ialah interior cafe ni sendiri ala-ala kopitiam yang santai dan sesuai untuk lepak bersama keluarga dan kawan-kawan.

Masa datang sini, terserempak dengan Johan Raja Lawak and wife, lepas tu boleh terserempak pula Usof wheel chair, yang kelakar bila husband tanya saya nama pelakon tu sambil gerak-gerakkan tangan macam usof wheel chair dalam cerita Hantu Kak Limah tu. Kelakar habis, HAHA! BTW Johan ni nampak low profile and dia senyum ja masa kami lalu sebelah dia. Baguslah kan macam tu, senyum kan sedekah!

Kami ambil meja yang pandang dinding, dah terbiasa dengan meja pandang dinding kat rumah. hehe :) Kerusi dia unik. Suka kerusi Teh Tarik Place ni. Walaupun ramai orang dan open air, but still saya rasa angin kipas sepoi-sepoi bahasa. Puji sangat tempat ni sebab selesa dan ada Free WiFi. Password Wifi: tehtariktc. Ha amek! siap share password lagi kat sini.

Untuk menu pula, saya makan telur tampal dan air teh tarik. Husband pula makan nasi goreng ayam TTP dan air nescafe susu. Menu tambahan pula, kami order murtabak daging. Overall makanan yang disajikan memang tak menduka-citakan citarasa. Kuah kari roti tampal memang terbaik dan kaw-kaw sedap. Pekat betul kari mamak dia. Roti tampal pula adunan tepung rangup dan lembut. Bila makan dengan kari tu, fuhh.. sedap kot! Berbaloilah dengan harganya. Sempat jamah 2 sudu nasi goreng ayam husband, rasa boleh tahan juga, teringat makan nasi goreng ayam yang famous di Gelang Patah suatu masa dulu. Cukup rasa! Air pula agak manislah, lain kali order minta kurang manis. Seriously manis macam tertumpah gula. Wekk.

Total makan tadi : RM30.10 (Resit husband dah buang lah pula)

Ok, tak best kan kalau cerita ja tapi tak da gambar ibarat lagu tanpa irama :)

Menu makanan TTP The Curve

Menu air TTP The Curve

Hiasan dinding yang kita orang hadap masa makan
Suasana malam di TTP The Curve, Full house sampai kul 10 lebih masih ada orang datang. Tak sure tutup pukul bapa
Cun tak kerusi dia?
Air gula. Huhu
Nasi Goreng Ayam 
Murtabak daging.
Roti tampal

Monday, September 15, 2014

Persediaan Berpantang: Tanamera: Brown Formulation Body Soap | Virgin Coconut Oil (VCO) | Herbal Bath | Binder | Herbal Compress

Assalammualaikum semua :)

Alhamdulillah, minggu ni dah pun 38 weeks pregnancy, 2 minggu ja lagi nak due. By hook or by crook, tak boleh deliver over due sebab saya ada GDM, kena serahkan diri kalau tak bersalin lagi sehari sebelum due date. Ya Allah, minta-mintalah tak kena induce nanti. Risaunyaaa bila orang kata induce lagi sakit dari normal contraction. :(

Lupakan kejap kerisauan tu, yang penting persediaan lepas bersalin ni. Jadi, hari ni saya nak cerita sikit pasal set berpantang. Ni kira pengalaman pertama nak cari set berpantang, jadi saya sendiri tak pasti produk mana yang sesuai dengan saya. Lagipun dah banyak set berpantang ada dijual pasaran macam cendawan tumbuh selepas hujan. Aihh! Sampaikan tak tahu nak pilih yang mana. Ada pro dan con setiap produk yang ditawarkan. Terpulang pada citarasa masing-masing dan kemampuan masing-masing. Yang penting bila dah beli tu, mesti guna sebaiknya supaya berbaloi dengan wang yang dah kita keluarkan. Baru worth it kannn.

For the first time experience, saya nak cuba produk Tanamera sebab produk ni lebih pratikal dan senang untuk digunakan semasa pantang dan most of the item ni hanya untuk external use. Walaubagaimanapun, saya tak beli satu set pantang Tanamera yang berharga RM360 ni, saya beli certain item saja memandangkan ada item yang saya rasa saya tak guna masa berpantang. Tapi sayangnya, tapel dan pilis tidak dijual secara loose pack/ berasingan. Saya beli produk ni kat branch happikiddo at CittaMall. Kalau nak survey lebih details dan branch lain Tanamera boleh click link ni:- Website Tanamera

Berikut item-item yang saya beli:-
  1. Brown formulation body soap
  2. Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO)
  3. Herbal Bath
  4. Binder/ Bengkung
  5. Microwaveable Herbal Compress/ Tungku herba 
Ada item yang saya dah guna sebelum pantang lagi. So mana yang dah saya gunakan bolehlah saya bagi review sikit, tapi seems baru ja gunakan tak tahulah keberkesanannya lagi. 

Brown formulation body soap
Sabun yang dirumus dari campuran herba dan bijirin untuk membuang sel-sel kulit mati dan merangsan kulit mati.

Saya dah guna about 3 weeks setiap kali mandi without failed. Dari baunya memang dah boleh bau kesegaran herba yang digunakan. Sabun ni pun boleh jadi scrub badan sebab berbiji-biji kasar. Bila pakai memang rasa lembut ja kulit.

Yang paling obvious, in 3 weeks saya perasan warna kulit gelap bawah lengan especially nya dah mula pudar sedikit. Warna gelap kat keti (bawah lengan) dan celah-celah peha dan juga kat leher tu sebab hormon semasa mengandung.

Alhamdulillah, nasib ada juga perubahannya. Mudah-mudahan guna sabun lebih consistent boleh pudarkan lagi warna gelap tu. Sepatutnya boleh mula guna semasa 24 minggu hamil. Harga sebiji RM15.00



Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO)
Cold Press Virgin Coconut Oil dari tanamera ini diambil dari extract minyak kelapa muda secara tradisional dan banyak faedahnya untuk kesihatan dan kecantikan wanita. From my findings, minyak ni dapat membantu untuk mengurangkan koyak semasa bersalin dan memudahkan bersalin. Wallahualam, kita berusaha ja.

Minyak ni boleh digunakan secara internal and external. Untuk minum, akak promoter tu advise minum satu sudu teh VCO setiap pagi dan sebelum tidor. Untuk penggunaan luaran iaitu sapuan pada perineum pula boleh dibuat sekerap yang mungkin ataupun setiap selepas beristinjak untuk melembutkan bahagian tersebut semasa bersalin. Dicadangkan menggunakan semasa kandungan 30 minggu. Harga : RM34 sebotol

So far, saya dah pun cuba minum, rasanya macam kuih bangkit kelapa ja. Tapi lepas minum saya kerap cirit-birit. May be perut saya agak sensitif. Sekarang saya teruskan sapuan kat perineum.

Untuk cara sapuan perineum dan nak tahu apa ke benda perineum tu boleh refer kat blog ni, so far blog ni yang agak details pasal VCO ni: link

Herbal Bath
Herbal bath ni digunakan semasa pantang nanti. Herbal bath ni diperbuat daripada ramuan daun, akar kayu dan herba yang terpilih. Ia dapat membantu melegakan urat-urat yang tegang selepas bersalin dan menyegarkan badan.

Cara penggunaannya amatlah mudah, didihkan 2 liter air bersama 1 sachet herbal bath dalam 20 minit dan tuang dalam air suam, lepas tu boleh digunakan semasa mandian. 1 sachet ni boleh digunakan 2 kali mandian.

Dalam satu packet ni ada 6 sachet. Harganya pula RM26.50. Nanti ada kesempatan saya review herbal bath ni. Mesti best mandi daun herba ni kan.  

Take notes my friend, air rebusan herba ni dijiruskan dari leher hingga ke bahagian bawah badan. Elakkan kena kepala sebabnya air panas atau rebusan herba ini boleh menyebabkan sakit kepala atau rambut gugur.



Binder/Bengkung
source : website tanamera
Amalan berbengkung ni memang turun temurun dan adat tradisi orang melayu. Teringat masa mak berpantang selepas bersalin adik bongsu, bukan main panjang bengkung tu diikat dekat grill tingkap lepas tu dililit dari atas sampai bawah badan. Memang taklah saya nak buat nanti masa berpantang. Tula kan beza orang dulu dan sekarang. Untuk bengkung ni saya beli keluaran Tanamera, nampak lebih mudah untuk dipakai. Tapi tak tahulah nanti masa pantang. Tu nanti saya akan review juga dengan produk lain.

Bengkung ni sangat penting dalam penjagaan kesihatan semasa berpantang kerana dapat mengelakkan masuk angin/kembung dan pengeluaran kotoran dalam rahim sekiranya dipakai dengan barut dan ubat yang betul. Selain itu juga, ianya dapat membantu pengecutan rahim, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Harga bengkung: RM70.00 sehelai. Cara pemakaian bengkung ini boleh click: Cara pakai

Microwaveable Herbal Compress/ Tungku herba 
Herbal compress ataupun tungku dari keluaran Tanamera ni agak special sebab boleh dipanaskan melalui microwave sebab bahan-bahan herba tungku ini dibalut dengan kain kalis api. Produk ini diperbuat dari garam laut, beras organik (brown rice) dan herba segar. Keberkesanan herba ini boleh digunakan sehingga 6 bulan.

Bertungku ni biasanya dibuat selepas 2 minggu sehingga 44 hari berpantang. Tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku pada tubuh. Mulakan dari bahagian ulu hati hingga ke sekeliling pinggang. Kemudian ke pangkal peha, lutut, kaki dan berakhir di tapak kaki. Buat berulang kali atleast setengah jam.

Harga: RM49.00







Selain itu, saya ada juga membeli set pantang Afiat untuk kombinasi yang lagi mantap. Ceh! Tapi nanti saya akan sambung dalam entry berikutnya atau pun semasa pantang nanti. Afiat yang saya beli ni berharga RM105, dah naik harga, Dulu RM85. Untuk produk Afiat ni, rata-rata saya cari tak da yang menjual secara loose pack. Terpaksalah beli satu set. Sehingga berjumpa next entry. :)

Sunday, September 14, 2014

MIL Birthday Celebration: Helium balloon Wonderland Publica

Assalammualaikum semua :)

Baru ja lepas celebrate my MIL's birthday di teratak Nina. Teratak Nina tu kat mana? Actually celebrate di rumah MIL kat Klang, Nina tu nick name my MIL, nama sebenar Jalila. Tak tau napa boleh jadi Nina, tak pernah pula tanya. Huhu. :) Ni idea adik-beradik my husband. If nak tahu, adik beradik husband semua lelaki, tu yang manja dengan mak diorang. Bukan main nak buat surprise lagi. HAHA! Saya tolong ja apa yang patut. My husband part just belikan kek. Yang lain abang dan adik dia settle kan. 

Before balik ke Teratak Nina, kami suami-isteri pergi beli kek kat wondermilk. For this time, beli homemade cake plak. Dulu masa my hub's birthday beli cup cake, kali ni try pula kek Wonder Milk. Masa datang dah tinggal perisa cokelat ja. Kalau untuk perisa ready made cake ni ada perisa Cokelat, Red Valvet and Rainbow Cake, tapi boleh ja custom made kena book before 3 days. Masa datang tinggal perisa cokelat dan design pun tinggal apa yang ada. Maklumlah datang pun dah dekat senja, mana taknya kannn. Asalkan ada kek sudah yang penting majlis berjalan lancar! :)

Dalam fikiran saya, kalau event birthday ja mesti ada belon dan lilin. Ni memang sinonim dengan birthday celebration. Saya memang beriya and over sikit. Tapi tak salah kot kalau niat nak menggembirakan hati orang especially your parents. Jangan nak berkira sangat. Mereka dah susah payah membesarkan kita dari kita bayi lagi. 

Yeke? Belon pun boleh bagi bahagiakan hati parents. Haha.. Contoh je la. Sebenarnya, memang saya suka belon helium ni. :) Kat Publica ni, ada satu kedai yang menjual peralatan/props dan hiasan/decoration for party. Seronok betul masuk kedai ni. The promoter dah la cute dan sangat friendly sesuai dengan kedai dia. Hehe... :) BTW helium balloon ni boleh refill, so pastikan simpan cermat-cermat belon tu. Next celebration boleh guna pakai lagi. Refill dengan harga RM9.00 bagi ballon yang jenis mahal sikit. 

Ni la kedai Ballon tu. Alamak gegar la plak.

Task membeli balloon pulak

Macam-macam bentuk dan warna. Ballon ni tak leh refill gas.
Niat dihati nak yang deco macam ni. Huhu :) 
Amoi comel kedai.

Dah settle our part, terus heading to teratak Nina for celebration. Let's party started! Walaupun celebration ni dibuat dengan simple, yang penting rasa seronok bersama keluarga. Tiba-tiba terasa rindu dekat my family yang jauh. Sob. Sob. Sob. Tak pe.. tak pe nanti kan berpantang kat Johor, dapatlah spend masa lama sikit dengan family. Yeayyy :)


Malu-malu pulak mak ni. Huhu
Tiup lilin pun malu lagi, Hehe
MIL and Dhia si comel
Kek birthday dari wonder milk. Sedap tau :)



Selamat hari lahir emak! Semoga dipanjangkan umur dan dilapangkan rezeki serta sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah. Amin Ya Rabbal'alamin.

Saturday, September 13, 2014

Lemon Grass Massage Oil: Sabai Arom

Assalammualaikum semua :)

Masa mengandung fasa akhir ni, kaki dah mula bengkak disebabkan perut yang semakin membesar. Biasalah bila perut dah besar, tekanan pengaliran darah terjadi dari bahagian bawah ke atas yang akhirnya menyebabkan cecair tambahan berkumpul di bahagian kaki.(Source: Baby Center) Memang pun! bukan main bengkak lagi kaki ni, dah macam belon. Hehe redha ja la kan :)

Risau juga lah kan, kalau bengkak tak hilang. So one day tu, saya pun carilah alternative to reduce the water retention ni. Then, i came to one shop at the curve yang jual macam-macam jenis oil massage, body cream, eye cream dan cosmetics lain yang berasaskan organics atau tanaman yang mudah dapat di rumah macam serai, halia, bunga melur dan pelbagai lagi. Harga pun berpatutan.

I just bought Lemon Grass massage oil and body moisturiser. Terpikat dengan aroma Lemon Grass terus jatuh cinta, tu yang beli ja walhal tak pernah pun tau kewujudan Sabai Arom ni. Rupanya produk ini dihasilkan di negara jiran kita, Thailand. Oklah kan :) Orang-orang Thailand pun memang terkenal dengan keaslian kecantikan kulitnya. Kot-kot pakai produk ni terus cantik kulit kan, lagi-lagi masa mengandung ni kulit pun berubah jadi kasar/stretch mark dan gelap di bahagian tertentu. Haruslah berusaha pasang badan lagi kan untuk suami. HAHA!  

Saya pilih Lemon Grass atau bau Serai ni sebab baunya yang fresh and energetic dan tersangatlah exotic. Tak dalah sampai pakai tu bau macam serai asli sangat tu. Bau dia macam minyak spa yang aroma therapy ja pun. Bau jasmine oil massage pun sedap juga, harum sangat tapi saya tak berapa nak gemar bau yang wangi-wangi ni. Pembawakan masa mengandung kot. Huhu :) 

Saya dah start pakai right after beli. Semangat kau! Massage oil Sabai Arom ni memang sangat best! Tak sia-sia main beli ja hari tu. Apply kat the whole body, memang tak rasa melekit dan senang absorb kat kulit tak macam massage oil yang saya beli kat Body Shop sebelum ni. Then, rasa lega sangat urat-urat especially kat bahagian kaki. Aroma dia bila sapu kat badan memang sangat menenangkan dan tidor pun lena.

Selain sapu kat badan, massage oil ni pun leh guna untuk madian. Titik kan beberapa drop dalam air panas atau bath tub untuk rasa kelegaan yang maksimun. Yang ni tak try plak. May be nak try nanti masa dah dekat-dekat nak bersalin. Dengar orang kata, untuk kurangkan sakit contraction masa nak bersalin, berendam dalam air panas sebelum pergi menyerahkan diri ke hospital. Aih, tak tahulah sempat ke nak berendam nanti. Huhu.. Kalau sempat memang akan try nak tengok keberkesanannya. :)

Body moisturiser ni pula sesuai untuk melembap dan mencantikkan kulit secara semula jadi. Dah try juga lepas mandi terus sapu tempat-tempat yang kering especially kat perut, lengan dan kaki. Sama juga macam massage oil, senang absorb dan tak melekit. Paling penting masa berpeluh, kulit tak rasa gatal atau melekit disebabkan krim dia. So far dah pakai ni, rasa puas hati. Plan nak try produk happy Rice pula nanti untuk scrub leher.

Ok! ni harganya.:
1) Oil Massage : RM46
2) Body Moisturiser : RM34

Boleh click link ni untuk maklumat produk yang ditawarkan dan benefits setiap produk.


Selamat mencuba :)

Tuesday, September 9, 2014

Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur: Dip n Dip at e@Curve

Assalammualaikum semua :)

Ada tak penggemar cokelat kat sini? Lambai-lambai tangan sikit. Hehe :) Saya juga penggemar tegar cokelat selain ais-krim. Chocolate is my remedy! Cokelat dan ais-krim boleh meningkatkan rasa gembira selain menghilangkan stress. Yup, it's a fact! Tak percaya? Cubalah makan cokelat masa stress, apa kau rasa? Hilangkan rasa stress tu. Jadi hari ini saya nak kongsikan sebuah cafe yang berkonsepkan desert dimana semuanya berasakan 100% BELGIAN CHOCHOLATE :) di mana lebih 30 jenis desert dan 55 minuman yang base nya perisa cokelat. Bagi penggemar cokelat, mesti dah pernah sampai ke Dip n Dip Sweet and Coffee House.

Semalam ajak my husband pergi Dip n Dip di e@curve. Akhirnya dapat juga pergi, sebabkan mengindam makan cokelat. ALASAN! hehe. Lokasi dip n dip ni terletak di Link 2 antara The curve dan e@curve, jangan confused ye. Kalau datang dari The Curve, naik level 2 ambil wing Cosry dan jalan terus sampai ke e@curve, sampai jumpa Restoran Leko, sebelah tu dipndip. Kalau parking di e@curve pula, naik level 2, lalu jambatan dari Elianto, dah nampak dipndip. Senang je, dip n dip ni atas kiosk Mc'D e@curve. Selain e@curve, first branch dipndip ni terletak di Jalan Telawi, Bangsar.

Memandangkan pertama kali makan di sini, kami pilih menu yang simple dulu iaitu Triple Crepe dan Waffle Stick. Air pula sekadar mineral water dan strawberry shake. Sebenar banyak ja menu yang menarik antaranya chocolate fondant, chocolate brownies, Chocholate waffle, dip stick platter dan bermacam-macam lagi berasaskan pencicah cokelat ni.

Triple crepe ni sebenarnya macam lempeng yang dicurah dengan asas utamanya cokelat belgium, white chocolate dan dark chocolate. Manis cokelat boleh diterima lagi. Lagi sedap crepe ni dimakan bersama strawberry atau kiwi, untuk hilangkan muak. Waffle stick pula, saya suka sangat sebab tepungnya agak garing sikit dari waffle biasa dan dicelup dengan belgium cokelat dan dark cokelat. Highly recommended! Sedap dan tak muak. Next visit nak try lagi. Hehe!

Harga
1. Mineral Water RM2.50
2. Strawberry Milk Shake RM14.00
3. Triple Crepe RM17.00
4. Waffle Stick RM10.00

More info:
dipndip official website

strawberry milk shake

waffle stick. Yummmy :)
The crepe @ lempeng
Triple crepe

dipndip dari luar

Friday, September 5, 2014

Pengalaman Pertama Rasa Pergerakan baby - Fetal Movement

Assalammualaikum semua :)

Bagi ibu-ibu yang mengandung pasti tertunggu-tunggu first kick/ tendangan pertama dari si kecil. Me too. Siap minta baby tendanglah perut Ummi. Tendanglah! Ummi redha. Ada my friend, 4 months pregnancy dia dah boleh rasa tendangan si kecil tapi saya belum dapat rasa lagi masa 4 bulan tu. Tak rasa ataupun tak perasan pun baby dah gerak. HUHU! 

From the source, bayi/janin dah mula bergerak masa 7-8 weeks (4 months +) lagi. Yup, memang betul sebab i do scan masa 4 months, boleh nampak my little one bukan main melompat-lompat lagi dalam my womb, tapi tak rasa pun. Huhu. Really funny but yet so comel si kecik tu! EEE GERAM!

Masa 5 months pregnancy barulah dapat merasa the first kick, rasa sangat gembira dan bersyukur sangat dengan nikmat Allah berikan walaupun bukan mudah untuk saya mengandung pada awalnya. Alhamdulillah, rezeki Allah :) Izinkan saya share the moment di sini, satu malam tu saya rehat-rehat baru nak lelapkan mata, suddenly rasa kesayangan saya ni geletek dalam perut, geli sangat! Rasa macam ada benda terbang dalam perut, geli sangat-sangat tapi bessst. Huuhu... Seriously best sangat sampai mengalir air mata sebab terlalu seronok dapat rasa gerakan bayi yang saya nantikan. Finally! Gerak pun anak ummi. tapi dia geletek dalam few seconds ja pun, sekejap sangat dapat rasa. (Alaaa...Rasa nak lagi, lagi dan lagi even rasa geli) Huhu. 

Lama-kelamaan dalam 24 minggu hamil, saya dah boleh rasa baby mula gerak aktif seperti menendang, menumbuk dan macam-macam skill pun ada especially di bahagian bawah rusuk kanan-kiri dan bahagian bawah perut kanan. Adakala tu, rasa macam dia swimming ja dalam perut. Berputar-putar pun ada. Huhu :) Kebiasaannya baby saya gerak waktu pagi, lepas makan dan masa saya rehat-rehat waktu malam, bayi memang aktif bergerak tapi sekejap-kejap gerakannya. Saya notice my baby pantang terkejut bila dengar bunyi kuat, lagi keras dia bergerak! Contoh, masa tengok wayang, start ja speaker wayang bunyi, baby bukan main gelisah sampai sakit perut saya dibuatnya. Sian anak ummi, terkejut ye! Bila usap-usap perut, lama-kelamaan dia pun duk diam dalam perut. :) 

Masa kandungan 7 ke 8 bulan pula, bayi mula gerak aktif. sangat-sangat aktif! sampaikan boleh nampak gerakan tu kat permukaan luar perut kita lagi. Ada sekali tu saya perasan. ada setompok bulat timbul kat perut belah kiri rusuk sampaikan nampak besar sebelah dah perut. Kalau tengok memang pelik, dah kenapa perut kau? Nasib baik berlaku kat rumah. Hehe.

Bila kandungan masuk ja 32 minggu, kena buat catatan gerakan bayi setiap hari sampailah selamat melahirkan. Pengiraannya bermula dari pukul 9.00 pagi  sampai 9.00 malam, kiraan gerakan bayi sampai 10 sahaja dalam masa 12 jam. Kalau kurang 10 dalam masa 12 jam, kena segera ke hospital untuk buat CTG dan sebagainya untuk check heart beat baby dan condition baby.
  
Refer this link for more details. 

My tummy at 24 weeks

Tuesday, September 2, 2014

Perubahan Third Trimester (29-37 Weeks Pregnancy) - Braxton Hicks

Assalammualaikum semua :)

Alhamdulillah, minggu ni rupanya dah 37 weeks pregnancy. :) Tiada kata nak menggambarkan perasaan saya sekarang ni, gembira pun ada, risau dan takut pun ada, macam-macam perasaan dibenak hati saya sekarang ni. Saya dijangka bersalin pada 25 September, hanya tinggal 3 minggu saja. Dup dap dup dap... terasa lama pula nak menghitung hari bersalin.

Semalam sepatutnya weekly check up kat Klinik Kesihatan, tapi disebabkan terlalu ramai orang dan sampaikan ada yang berdiri sementara menunggu 'turn', jadi saya dengan hati terpaksa me"lari"kan diri pergi check up di Poliklinik Permata. Huhu jauh tu melarikan diri dari Kelana Jaya ke Taman Permata, Lembah Keramat! semata-mata malas nak menunggu. HAHA! Seriously, Klinik Kesihatan Kelana Jaya ni paling sibuk dalam daerah ni, selalu kalau check up, paling lama kena tunggu 3-4 jam. Penat sangat kalau pergi check up, bukan penat apa, penat menunggu dalam keadaan yang sarat ni. Tapi apa boleh buatkan, klinik kerajaan memang ramai orang.

Semalam check up dan scan baby. Berat baby dah 2.8 kg. Kedudukan baby pula, kepala dah ke bawah dalam ruang pelvic just not engaged yet. Kalau kepala baby dah engaged on right position, maknanya dalam a few days saya akan deliver. Macam saya ni, lambat lagi sebab baby belum masuk betul. Hopefully bila tiba masanya, kedudukan baby dah bersedia. *Berdoa. 

Disebabkan kepala baby dah ke bawah, makanya kerap rasa nak terbuang air kecil. Asyik-asyik nak ke tandas especially bila minum banyak. make sure kalau nak jalan mana-mana, pastikan  pundi kencing dah kosong. Sakit tau nak menahan buang air kecil ni. Sobs. :( Sebab tu lah, masa akhir-akhir fasa ni, kena rajin buat pelvic exercise, yang kemut-kemut tu. Hehe.

Masa fasa ni juga, saya tak boleh tahan nak buang air besar mahupun buang angin atau kentut. It's not funny ok. Hehe. Pernah masa check up di PPUM, puas tahan nak terkentut dan hasrat nak melepaskan kentut dekat tandas tapi tak berjaya cuma sempat bangun dan jauhkan diri, nasib duduk kat area orang tak ramai. Bukan main kuat pula bunyinya. Tapi inilah hakikatnya bila bayi anda dah besar dalam perut dan menekan tulang belakang pelvic kita. Seriously, saya tak bohong. :)  

Selain dari tu, awal minggu lepas saya dah mula mengalami Braxton Hicks iaitu contraction awal yang tak menentu dan boleh hilang bila-bila ubah posisi. Braxton Hicks ni terjadi bila tiba-tiba rasa mengeras/menenggang/denyut-denyut di sekitar perut, contraction ini tak sakit tapi rasa sangat tak selesa. Biasanya, bila Braxton Hicks attacked waktu malam masa tidur, saya akan tarik nafas untuk relax dan tukar position tidor. Kalau tak lega juga, saya akan bangun dan minum air. So far, bila buat macam tu rasa sakit tu akan hilang. Bila dia datang, masa kita bergerak aktif, duduk dan rehat dulu, jangan pressure diri kita. Then, it will be OK. I swear :)

So far, Alhamdulillah kesihatan saya masih baik. Saya pun masih bekerja lagi. Cuma kadang-kadang mudah letih dan mengah, maklumlah perut semakin membesar. Bila jalan banyak, kaki rasa sakit sangat sebab dah mula bengkak disebabkan tekanan berat bayi yang semakin membesar pada kaki dan pergelangan kaki. Ada juga ibu mengandung mengalami pembengkakan pada bahagian lain yang disebut edema kerana perubahan hormon yang mengakibatkan halangan pengeluaran air dari badan (water retention). Selalunya bila sakit kaki, saya akan urut guna Massage oil Sabai-Arom, best sangat massage oil ni yang sememangnya melegakan kesakitan kakiku yang bengkak. Later, i will review this product. Sharing is caring. :)   

Myself at 37 weeks pregnancy :)

Ok till next entry kawan-kawan. :)

Monday, September 1, 2014

Resepi: Sandwich Chicken Loaf Orang Bujang

Assalammualaikum Semua :)

Akhir-akhir ni asyik nak makan sandwich ja. Nasiblah mudah nak buat, asalkan ada bahan ja kat fridge! So tak payahlah susah-susah pergi SubWay, jimat pun jimat. Sandwich ni kira makanan berkhasiatlah juga kan sebab ada protein, kabhohidrat dan juga sayur-sayuran hijau. Bagi roti sandwich ni, macam-macam jenis roti boleh guna antara croissant, panini, roti perancis, yang paling mudah guna ja la roti potong Gardenia. Hehe!

Intinya pula, boleh letak macam-macam, chicken loaf ataupun telur goreng mentega. Kalau chicken loaf saya guna brand Ramly, dijamin halal. Selalu saya rebus ja chicken loaf ni. tapu kalau nak goreng, gunakan butter sikit saja dan goreng dalam 2-3 minit. Sedap juga goreng tau! Kalau guna telur pula, saya goreng dengan mentega macam buat omelette tu. Ada juga yang suka rebus telur lepas tu lenyek letak mayonnaise. Terpulang cita rasa masing-masing.

Sayur-sayuran yang biasa saya guna Salad, Timun Jepun/Timun biasa dan Tomato. Tapi... kalau jenis suka bawang, boleh juga letak bawang potong bulat-bulat. Tapi saya kurang gemar makan bawang mentah ni, biasanya memang tak letak pun bawang.

Untuk bahan perasa pula, seperti biasa kena ada cheese dan mayonnaise serta sos chili. Kalau nak letak thousand island bagi masam lagi pun tak kisah kata sandwhich orang bujang, ikut suka aja lah nak letak apa pun. 

Ringkasan bahan-bahan
1) Roti
2) Chicken loaf/ telur
3) Salad
4) Tomato
5) Timun
6) Bawang
7) Mayonnaise
8) Cheese
9) Sos cili










Bila semua bahan-bahan ni dah ada! Senang je kena susun-susun sandwich tu, tapi sebelum tu sapukan roti dengan mentega dan bakar. Kemudian baru susunkan sayur dulu lepas tu chicken loaf, next cheese. Baru letak mayonnaise dan sos cili. Siap! Tinggal ngap je. 

Yeay. Mari Makan Makanan sihat!
Selamat mencuba ye! Sapa kata susah nak masak kat rumah. Orang bujang pun boleh buat kan... :)