Google+ Followers

Friday, September 19, 2014

Kaki Bengkak Semasa Hamil

Assalammualaikum semua :)

Gambar ehsan dari utusan, cari kat Google.Segan nak tayang kaki sendiri.

Eh apahal letak  gambar kaki ni? Sebenarnya gambar ni ada kaitan dengan perkembangan saya sekarang. Hari ni, baru perasan kaki semakin bengkak dah sama kaki gajah macam gambar di atas ni. Seriously, besar gila kaki saya sekarang ni, Macam emak cakap hari tu lah, makin dekat nak bersalin, makin bengkaklah kaki dan tangan, silap-silap muka pun naik sembap juga, Memang pun dah nak dekat bersalin ni, jalan pun dah lambat-lambat sebab kaki bengkak.

Jangan risau, perkara normal sangat ni semasa hamil. May be tak semua bakal ibu akan bengkak kaki. Based on my findings through website and books, punca kaki bengkak ni semasa hamil adalah kerana semasa hamil badan akan menghasil lebih 50% darah dan cecair bagi membantu perkembangan bayi sepanjang kehamilan. Cairan tambahan ini akan banyak terkumpul di bahagian kaki menyebabkan kaki bengkak. Kaki bengkak semasa hamil akan hilang selepas bersalin. 

Pada fasa penghujung hamil, kaki semakin bengkak (macam yang saya alami sekarang) adalah disebabkan perkembangan bayi yang semakin besar, uterus/rahim ibu akan memberi tekanan pada salur darah di pelvis yang mengakibatkan salur darah besar yang menerima darah dari anggota bahagian bawah terjejas. Tekanan yang diterima mengakibatkan peredaran darah anggota bahagian bawah menjadi perlahan dan darah pun terkumpul. Tekanan darah yang terkumpul ini pula mengakibatkan air turun dan keluar dari salur darah kecil (kapilari) dan masuk ke tisu-tisu tapak kaki dna buku lali. Biasanya air ini dapat diserap ke dalam badan tapi tambahan air semasa hamil menyebabkan kaki menjadi bengkak.

Di sini saya kongsikan cara mengurangkan berlakunya kaki bengkak (Baby Centre). Semoga bermanfaat untuk semua.

  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki. - nak recommend Massage oil ni. 
Selain itu, ada rawatan semulajadi yang boleh dicuba. Antaranya:-
  • Makan makanan yang seimbang, iaitu makan sedikit protein tanpa lemak seperti ayam, daging, telur, kekacang setiap hidangan. Selain itu, makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah atau sayur setiap hari bertujuan mengurangkan garam, gula dan lemak.
  • Minum air yang banyak setiap hari bagi membantu fungsi buah pinggang dengan baik. 
  • Elakkan makanan segera atau makanan yang diproses. Makanan ini tinggi dengan bahan tambahan dan sodium/garam.
  • Banyakkan makan dari makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin E seperti: buah-buahan citrus, limau, tomato. kubis, strawberi, gandum, jagung manis, gajus dan badam.
  • Anda boleh cuba meletakkan daun kubis hijau atau putih pada kawasan bengkak untuk menarik keluar cecair berlebihan dan melegakan ketidakselesaan anda. Lap daun kubis bersih tanpa basuh dan simpan dalam tempat sejuk. Kemudian, balut daun di sekitar bahagian yang bengkak dan biarkan sehingga daun menjadi basah, ulangi dengan daun segar sehingga kesakitan berkurangan.
  • Akupunktur juga boleh membantu untuk melancarkan peredaran anda dan fungsi buah pinggang.
  • Urut kaki dan refleksologi boleh membantu untuk melegakan bengkak pergelangan kaki dan mengurangkan bengkak serta ketidakselesaan. Pilih reflexologist berdaftar yang layak untuk merawat wanita hamil
Sumber: Baby centre

No comments: