Google+ Followers

Sunday, September 14, 2014

MIL Birthday Celebration: Helium balloon Wonderland Publica

Assalammualaikum semua :)

Baru ja lepas celebrate my MIL's birthday di teratak Nina. Teratak Nina tu kat mana? Actually celebrate di rumah MIL kat Klang, Nina tu nick name my MIL, nama sebenar Jalila. Tak tau napa boleh jadi Nina, tak pernah pula tanya. Huhu. :) Ni idea adik-beradik my husband. If nak tahu, adik beradik husband semua lelaki, tu yang manja dengan mak diorang. Bukan main nak buat surprise lagi. HAHA! Saya tolong ja apa yang patut. My husband part just belikan kek. Yang lain abang dan adik dia settle kan. 

Before balik ke Teratak Nina, kami suami-isteri pergi beli kek kat wondermilk. For this time, beli homemade cake plak. Dulu masa my hub's birthday beli cup cake, kali ni try pula kek Wonder Milk. Masa datang dah tinggal perisa cokelat ja. Kalau untuk perisa ready made cake ni ada perisa Cokelat, Red Valvet and Rainbow Cake, tapi boleh ja custom made kena book before 3 days. Masa datang tinggal perisa cokelat dan design pun tinggal apa yang ada. Maklumlah datang pun dah dekat senja, mana taknya kannn. Asalkan ada kek sudah yang penting majlis berjalan lancar! :)

Dalam fikiran saya, kalau event birthday ja mesti ada belon dan lilin. Ni memang sinonim dengan birthday celebration. Saya memang beriya and over sikit. Tapi tak salah kot kalau niat nak menggembirakan hati orang especially your parents. Jangan nak berkira sangat. Mereka dah susah payah membesarkan kita dari kita bayi lagi. 

Yeke? Belon pun boleh bagi bahagiakan hati parents. Haha.. Contoh je la. Sebenarnya, memang saya suka belon helium ni. :) Kat Publica ni, ada satu kedai yang menjual peralatan/props dan hiasan/decoration for party. Seronok betul masuk kedai ni. The promoter dah la cute dan sangat friendly sesuai dengan kedai dia. Hehe... :) BTW helium balloon ni boleh refill, so pastikan simpan cermat-cermat belon tu. Next celebration boleh guna pakai lagi. Refill dengan harga RM9.00 bagi ballon yang jenis mahal sikit. 

Ni la kedai Ballon tu. Alamak gegar la plak.

Task membeli balloon pulak

Macam-macam bentuk dan warna. Ballon ni tak leh refill gas.
Niat dihati nak yang deco macam ni. Huhu :) 
Amoi comel kedai.

Dah settle our part, terus heading to teratak Nina for celebration. Let's party started! Walaupun celebration ni dibuat dengan simple, yang penting rasa seronok bersama keluarga. Tiba-tiba terasa rindu dekat my family yang jauh. Sob. Sob. Sob. Tak pe.. tak pe nanti kan berpantang kat Johor, dapatlah spend masa lama sikit dengan family. Yeayyy :)


Malu-malu pulak mak ni. Huhu
Tiup lilin pun malu lagi, Hehe
MIL and Dhia si comel
Kek birthday dari wonder milk. Sedap tau :)



Selamat hari lahir emak! Semoga dipanjangkan umur dan dilapangkan rezeki serta sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah. Amin Ya Rabbal'alamin.

8 comments:

Azian Elias said...

jumpa kat sini ye..

anak akak suka sangat belon helium ni... sakan dia.

Miss Pena Unggu said...

Kak Yan :)

Tulakan yang dewasa cam saya ni pun suka. Hehe...

Tu la berangan nak beli belon helium banyak-banyak.. tapi husband kata bazir. hehe.. beli apa adanya..

azlinazizz said...

Cake tu saiz berapa ye? And belon helium satu harga berapa?

asra muslim said...

Hi Azlin

Cake tu 1 kg, diameter dlm 20 cm.
Harga helium beza-beza ikut saiz belon.
Belon biasa tu dalam rm4.00, yang belon besar ada lukisan/tulisan tu range rm10 ke atas.

Noor Fazilinah said...

kat mne location kedai ni...nk g jugak beli helium

Noor Fazilinah said...

kat mne location kedai ni...nk g jugak beli helium

asra muslim said...

sy g kat Publica level 2 atas Wonder Milk..

Glowing party house said...

Salam.

Lps ni kalau nak cari belon helium dan juga barang party yang lain, boleh terjah ke party shop kami di:

GLOWING PARTY HOUSE

Bangi Sentral outlet 0389122915
Reko Sentral Kajang outlet 0387271445
The main place mall usj21 subang outlet 0380207681

Belon helium serendah rm3 je complete set with curly ribbon n weight!

Professional service. Complete range party shop and one of the pioneer in Malaysia!

Gitu.... jemput datang!

Utk sample n profile balloon deco, like our fb page www.facebook.com/glowingpartyhouse
Instagram @glowingpartyhouse