Google+ Followers

Monday, September 1, 2014

Resepi: Sandwich Chicken Loaf Orang Bujang

Assalammualaikum Semua :)

Akhir-akhir ni asyik nak makan sandwich ja. Nasiblah mudah nak buat, asalkan ada bahan ja kat fridge! So tak payahlah susah-susah pergi SubWay, jimat pun jimat. Sandwich ni kira makanan berkhasiatlah juga kan sebab ada protein, kabhohidrat dan juga sayur-sayuran hijau. Bagi roti sandwich ni, macam-macam jenis roti boleh guna antara croissant, panini, roti perancis, yang paling mudah guna ja la roti potong Gardenia. Hehe!

Intinya pula, boleh letak macam-macam, chicken loaf ataupun telur goreng mentega. Kalau chicken loaf saya guna brand Ramly, dijamin halal. Selalu saya rebus ja chicken loaf ni. tapu kalau nak goreng, gunakan butter sikit saja dan goreng dalam 2-3 minit. Sedap juga goreng tau! Kalau guna telur pula, saya goreng dengan mentega macam buat omelette tu. Ada juga yang suka rebus telur lepas tu lenyek letak mayonnaise. Terpulang cita rasa masing-masing.

Sayur-sayuran yang biasa saya guna Salad, Timun Jepun/Timun biasa dan Tomato. Tapi... kalau jenis suka bawang, boleh juga letak bawang potong bulat-bulat. Tapi saya kurang gemar makan bawang mentah ni, biasanya memang tak letak pun bawang.

Untuk bahan perasa pula, seperti biasa kena ada cheese dan mayonnaise serta sos chili. Kalau nak letak thousand island bagi masam lagi pun tak kisah kata sandwhich orang bujang, ikut suka aja lah nak letak apa pun. 

Ringkasan bahan-bahan
1) Roti
2) Chicken loaf/ telur
3) Salad
4) Tomato
5) Timun
6) Bawang
7) Mayonnaise
8) Cheese
9) Sos cili










Bila semua bahan-bahan ni dah ada! Senang je kena susun-susun sandwich tu, tapi sebelum tu sapukan roti dengan mentega dan bakar. Kemudian baru susunkan sayur dulu lepas tu chicken loaf, next cheese. Baru letak mayonnaise dan sos cili. Siap! Tinggal ngap je. 

Yeay. Mari Makan Makanan sihat!
Selamat mencuba ye! Sapa kata susah nak masak kat rumah. Orang bujang pun boleh buat kan... :)

   

5 comments:

ismahasmi said...

salam...

saya pon selalu buat resepi ni untuk husband pegi kerja pagi2. sedap kan... saya pon suke buat food ni sebab nye ringkas dan kejap je dah siap. huhuh.

salam perkenalan...

Miss Pena Unggu said...

Waalaikummusalam

Hai ismahasmi

Terima kasih ye sudi baca blog saya dan salam perkenalan juga :)

Betul tu, simple dan senang nak buat especially for working wife yang nk prepare breakfast for her husband. :)

Salad ke sos ke cheese ke kalau nak letak lebih-lebih pun tak kisah, kalau beli kat luar ada kena charge kalau nak lebih-lebih. Kannn :)

ismahasmi said...

a'a btol tuh... heheh tapi saya housewife sepenuh masa.. buat kerja dari rumah je.. lagi lah husband hari2 nak mintak2 jugak hari2 bawak sarapan g kerja.. huhuhu.

Miss Pena Unggu said...

Untungnye awak housewife :) Alhamdulillah mesti sedap lah tu husband selalu request kannn... hehe

Miss Pena Unggu said...
This comment has been removed by the author.