Google+ Followers

Monday, December 22, 2014

Pengalaman Seorang Ibu: Baby Massage

Assalammualaikum semua :)

Tahu tak baby massage boleh membantu bayi tidor lebih lena? Yup, telah ada kajian berkaitan baby massage ini bagi membantu bayi tidor lebih lena, ia juga dapat membantu bayi pra matang untuk menambah berat badan dengan cepat. Memang banyak lagi kebaikan baby massage. Ini adalah antara kebaikan baby massage:-
  • Membantu anda dan bayi memahami antara satu sama lain dengan sentuhan kasih sayang
  • Bayi lebih tenang dan dapat mengurangkan menangis
  • Membantu penghadaman bayi, kembung perut dan sembelit
  • Membantu bayi tidor dengan lena dan lama
  • Melegakan kesesakan hidung dan ketidakselesaan tumbuh gigi
  • Membina otot-otot bayi dengan baik
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membaiki tekstur kulit bayi
Mula-mula saya nak massage my baby, ada juga rasa takut-takut sebab badan baby masih lembik lagi kan, like seriously boleh ke massage baby yang baru lahir ni. Lepas cuba banyak kali, rasa enjoy pula massage my baby. Lagipun, baby massage is the great way to express your love and care. Baby massage ni part of bonding time with baby. Baby memang sukakan sentuhan kita. Macam kita orang dewasa pun suka kena urut, macam tu juga baby.

Biasanya saya akan massage baby lepas mandi dengan menggunakan massage oil Johson Baby. Produk ni clinically tested, ternyata ianya hypoallergic dan selamat untuk kulit bayi. So far, my baby pakai massage oil ni tak da allergic or rushes. Tapi kalau nak guna products lain pun tak kisah, yang penting gunakan massage oil atau moisturiser.

Selain lepas mandi, boleh juga massage before bedtime, tapi pastikan baby anda tu dalam keadaan selesa, maknanya dah kenyang dan tidak lapar, then jangan lepas susu teruskan urut boleh menyebabkan baby muntah balik. Boleh amalkan urutan ni, kalau baby susah tidor dan perut kembung. So far, my baby boleh tidor malam, bangun pun sebab nak susu. Pas susu tidor balik sampailah ke pagi.


Teknik urutan saya dapat dari you tube di link ini ataupun link ni. Tekniknya mudah saja, sesiapa saja boleh mengurut bayi. Mula-mula tuangkan massage oil kat tangan agak-agaklah ye, then gosok-gosok tapak tangan, biar hangat tangan kita barulah mula massage macam step di bawah ni:-






Cubalah amalkan dan selamat mencuba!

Sunday, December 21, 2014

Pengalaman Seorang Ibu : Bila Bayi Menangis

Assalammualaikum :)

Masa awal-awal jadi ibu, banyak benda pun tak tahu nak uruskan anak, kekok sangat! Bila Al-Fateh menangis, memang menggelabah sangat nak pujuk dia. Sometimes, dah try to comfort him sungguh-sungguh, but still dia menangis. Stress jugalah masa tu, lagi-lagi bila dia menangis waktu tengah malam masa semua orang tidor. Ni baru permulaan, belum lagi nak didik anak sampai besar. Long way to go. 

Tapi bila tengok anak dah membesar dengan sihat, segala penat lelah tu hilang macam tu saja ibarat debu kena tiup angin, lenyap terus. Lagi-lagi dia dah pandai nak senyum dan gelak bila orang agah, siap nak ajak borak lagi. Cuma dia cepat boring bila tiada orang sekeliling, mesti dia menangis. Paling dia suka nak berkepit ja dengan umi dia. Tak pa lah, dia pun masih kecil lagi, manjakan dulu nanti cepat ja besar, tiba-tiba dah nak kahwin dah. Hehe :) 


Biasalahkan masa dia dalam hari tu, memang kuat menangis sampai sekarang pun dia menangis, tapi sekarang dah tahu dah kenal sebab dia menangis, senang sikitlah nak bagi dia berhenti menangis. Menangis tu je la cara baby nak minta sesuatu, kang bersuara ada plak mak-mak yang terkejut, hehe. Tapi dulu Nabi Isa, Allah bagi mukjizat untuk bersuara masih baby untuk protect his mother, Mariam. Kuasa Allah, Subhanallah. :)

Janganlah gelabah macam saya bila baby menangis, ada tu saya paksa baby saya minum susu padahal dia dah kenyang, sampai tersedak dia, kesian anakku, umi minta maaf ye. Sebab itulah penting ambil tahu apa sebenarnya yang dia nak dari cara tangisan baby. Then, dah belajar dari internet dan pengalaman mak dan adik, baru fahamlah kerenah dia. The first thing kalu baby nangis, check their basic needs. Mungkin diapers dia penuh dan dia tak selesa dengan poo-poo dia, mungkin juga dia rasa sejuk atau panas dan mungkin juga dia lapar. Tapi kalau dah tukar diapers, bagi susu sampai kenyang but still menangis juga, maknanya dia perlukan perhatian anda nak kena peluk lah tu. Hehe :)

Bila nak menyusu
Macam Fateh, bila dia nak menyusu, dia menangis bila kita lambat bagi dia susu, biasa baby baru lahir ni, bolehlah feeding dia 2 jam sekali, kalau baby kuat tidor, biasa dia akan bangun lepas 4 jam. Lagi satu cara nak tahu dia menyusu, try main mulut dia cuit-cuit kat tepi mulut dia, if dia kejar cari jari kita maknanya dia lapar nak susulah tu.

Bila nak tidor
Kalau Fateh nak tidor pula, selalu dia akan gosok-gosok mata dan muka dia, nanti sampai merah kening dia. Biasanya dia akan tertidor setelah menyusu. Jangan lupa burp kan baby setelah menyusu walaupun dia dah tidor lena. Macam Fateh, lepas susu masa dia dah tidor, saya tekapkan dia ke dada saya sambil tepuk-tepuk belakang dia sampailah dia sendawa. Sebab dah biasa macam tu, kalau nak tidor mesti nak melekap kat dada ja, mungkin dia selesa macam tu.

Bila nak tukar diapers
Selalunya, melalui observation, saya check diaper dia, kalau dah penuh mesti tukarkan terus tak yah tunggu baby menangis. Masa baby dalam hari, memang kerap tukar, satu hari 6 hingga 8 diapers. Bila baby dah besar sikit, jumlah diapers pun dah berkurangan. Masa awal-awal, cabaran jugalah bila nak tukarkan dia diapers, sebab baby lagikan jadi tak boleh nak sejuk sangat. Masa nak tukar diapers atau pun nak mandikan dia, kena pastikan suhu bilik dulu, slowkan kipas atau tutup air-cond. Kalau sejuk sangat, mesti dia nangis. Masa dia menangis, kita tukar dengan tenang jangan panic dan nak cepat, nanti diapers tak pakai betul boleh terkeluar poo-poo dia nanti. Dulu Fateh, kalau lambat sikit tukar diapers dia bukan setakat nangis, tak sempat nak pakaikan dah dia poo-poo lagi. Menangis pun kejap ja, sekarang bila tukar diapers dah tak nangis pun. Pandai anak umi

Bila dia nak belaian kita
Bila kita dah pastikan semua keperluan baby, tapi still menangis juga dan baby pun tak sakit, sebenarnya dia nak benda paling simple, dia nak perhatian dan belaian kita. Angkat dia di lengan kita, mesti dia akan berasa lebih tenang macam dalam masa dalam perut. Dulu masa Fateh, kalau menangis sampai merah bila peluk ja dia, slowly dia akan berhenti menangis. Baby memang suka dipeluk dan dicium.

Bila dia kembung 
Perkara ni biasa terjadi pada baby baru lahir, ntahlah macam mana boleh kembung, sedangkan minum susu ibu ja kan. Colic ni terjadi bila baby menangis tak berhenti-henti walaupun kita dah try bagi keselesaan untuk dia. Biasanya bila dah kembung, saya sapu minyak angin kat perut dia sambil massage dan telungkupkan perut dia kat peha sambil tepuk-tepuk belakang, nanti dia akan keluarkan angin. Bila dah lega, lama-lama dia tertidor. Pernahlah sekali-dua dia tak tidor sampai ke subuh, nasib baiklah cuti berpantang, boleh sambung tidor lepas subuh tu. Bila dia tak nak tidor tapi tak menangis, layankan je lah sampai dia penat nanti dia tertidor juga.

Ok, thats all. Kalau ada pengalaman kawan-kawan sudilah kiranya share ur link ye :) Next entry saya nak kongsikan untuk kurangkan kembung dengan cara massage pula. Till next entry :)



Friday, December 19, 2014

Pengalaman Sebagai Ibu - Dehydration Newborn

Assalammualaikum semua :)

Alhamdulillah baby Fateh dah pun 2 bulan lebih, 25 Disember nanti genaplah dia 3 bulan. Check up 2 bulan hari tu, berat pun dah bertambah 6.1 kg. Alhamdulillah, syukur sangat. Terimbas kembali awal minggu Baby Fateh lahir, 3 hari pertama belum dapat discharge setelah bersalin disebabkan hemoglobin saya menurun kerana pendarahan banyak semasa bersalin, kemudian baru sehari discharge dapat balik rumah mertua, keesokan harinya baby Fateh kena admitted pula selama 3 hari disebabkan dehydrated. Seminggu jugalah duduk hospital, rutin pantang pun jadi tunggang-langgang tapi yang paling penting kesihatan anak.

Dehydrated ini adalah kurang air dalam badan. Ingatkan orang dewasa ja boleh dehydrated kan. Baby apatah lagi kalau cara penyusuan bayi tidak betul menyebabkan baby dapat minum sedikit. Lama kelamaan cecair dalam badan pun semakin berkurangan. Selain itu juga cecair dalam badan baby boleh berkurangan sekiranya mengalami cirit birit (diarrhea), muntah-muntah dan demam. Namun, dehydration ni boleh dielak sekiranya bayi dapat secukupnya air, teruskan breastfeeding atau susu formula bagi mengekalkan cecair dalam badan bayi bagi bayi bawah 3 bulan. Manakala bayi yang lebih 3 bulan, boleh berikan air masak sebagai tambahan. Haish, manalah kita dapat tahu baby dapat minum secukupnya, lagi-lagi ibu-ibu yang baru nak breastfeed baby. Sebab itulah, ilmu breastfeeding tu perlu digali sebelum kita bersalin lagi. Honestly, saya memang zero tentang breastfeed until this happen to me. Anak kena warded barulah terhegeh-hegeh mencari nformasi breastfeeding. Jadi, bagi ibu-ibu yang berazam nak breastfeeding your baby, dapatkan ilmu penyusuan itu dari A to Z, do it for your baby.

Jadi, hari ini saya nak kongsikan pengalaman anak saya dehydrated. Harap boleh memberi iktibar kepada mereka yang akan bergelar ibu-bapa.

Hari tu, Fateh kurang menyusu dan lebih banyak tidor dari berjaga. Saya ingatkan itu perkara normal. Kalau baby tak aktif dan asyik tidor then kurang nak menyusu, tu salah satu tanda baby ada masalah. Bila ada baby, kena aware banyak benda sebab baby dia tak tahu apa-apa bergantung pada ibu bapa dia. Kena check diapers dia, untuk newborn atleast baby akan wet and poo-poo unless 3 kali sehari, kalau kurang tu tanda dia ada masalah.

Petang tu, dia tak da lah meragam sangat sebab banyak tidor. Tapi perkara yang memeranjatkan saya ialah bila ada tompok pink kat diaper al-Fateh, atau pun pink stain. Saya ingatkan darah, tapi call emak dia kata normal, tu bukan darah. Then saya google untuk pastikan. Yup, memang bukan darah tapi pink stain atau dalam bahasa medic dia brick stain. Ianya merupakan urate crystal yang terhasil dari urate and calcium. Perkara ini normal bagi bayi yang hanya minum susu ibu saja, lagi-lagi bayi yang baru lahir. Namun sebenarnya, spot itu juga adalah tanda yang baby dehydrated.

Ehsan dari Google: Gambar brick stain
Malam tu, Al-Fateh meragam, menangis sampai tertidor berkali-kali. Kami berdua risau sangat kalau terjadi apa-apa pada anak kami. Suami rasa suhu badan Al-Fateh, dia kata macam demam. Pulak tu, tak da termometer kat rumah, suami download application termometer. Then check, suhu badan Fateh 36.7 darjah celcious. Suhu demam baby ialah 37 darjah celcious. Bila baby menangis tak berhenti-henti, kami decide bawa Al-Fateh pergi ke klinik berhampiran rumah, masa dah pukul 2 pagi. Sebenarnya, tak elok bawa baby keluar dalam waktu berembun sebab paru-paru baby belum develop sepenuhnya.

Ya, banyak pengajaran kami pada hari tu bila Al-Fateh sakit.

Sampai di klinik, doktor suruh segera bawa ke hospital, katanya Jaundice, lagilah kami risau nak kena bawa ke hospital terus. Kami pun pergi ke hospital Klang di unit kecemasan, kalau dah bawa ke hospital memang for sure kena admitted. Lama juga tunggu, hampir 2 jam lebih baru dapat masuk wad. Di wad kanak-kanak, doktor yang in charge tu, ambil suhu dan darah bagi sahkan penyakit baby saya. Tegas doktor tu, siap tanya kenapa sanggup hantar baby ke hospital dalam waktu sebegini? Buat rasa bersalah ja soalan doktor tu. Then, dia faham al-Fateh anak pertama, belum ada pengalaman. Sedih juga, bila doktor nak ambil darah, dahlah masa 3 hari lepas lahir, ambil darah untuk pemantauan diabetes 3 hari berturut-turut. Ni nak kena ambil darah lagi! Kesian anakku.

Selepas check, doktor maklum baby ada Jaundice sikit dan dia akan buat phototherapy iaitu jemur bawah lampu malam tu juga. Dia suruh balik dulu sementara untuk tunggu keputusan darah. Tinggallah al-Fateh di hospital, sempat juga nyusukan dia sebelum dia dibaringkan bawah lampu. Sedih dan berat hati nak tinggalkan anak sekecil tu seorang di hospital. Balik rumah, memang tak dapat tidor sebab terbayangkan al-Fateh di hospital.

Keesokan paginya, saya pergi berurut memandangkan telah berjanji dengan mak cik tersebut, tapi sepanjang kena urut fikiran kat anak, tak da feel pun nak mengurut. Pukul 8 pagi, dapat panggilan dari hospital. Sebaik selepas berurut, saya terus pergi ke hospital. Melalui ujian darah tersebut didapati bacaan Renal Impairment tak normal di mana kandungan urea tinggi dari paras normal. Ini berlaku berkemungkinan sebab baby kurang susu atau dehydrated. Doktor advise untuk permantauan di hospital, tiada ubat diberikan hanya susu ibu. Saya setuju untuk stay dengan baby supaya dapat breastfeeding sehingga baby sihat, sebagai ibu saya lakukan apa saja yang terbaik untuknya.

Sepanjang di hospital, saya diajar cara penyusuan yang betul dan cara membuat simpanan EBM. Setiap 2 jam, saya akan susukan al-Fateh. Kemudian, pam susu setiap 3 jam, yang ni ada skip memandangkan awal-awal susu tak da lah banyak mana. Then, baru saya realise selama ni cara penyusuan Fateh tak betul, patutlah dia dapat minum sikit dan nipples saya rasa sakit, rupanya cara dia hisap salah sebab tu nipple luka. Untuk tambahan susu, dia bagi gunakan cup untuk elak nipples confused. Comel sangat tengok al-Fateh menyusu guna cup. Tengok video bawah ni ye. 3 hari juga stay di hospital, saya usaha sungguh-sungguh untuk breastfeeding Fateh sampai ada tu saya tak lalu nak makan dan rasa letih sangat. Alhamdulillah, berkat usaha, bacaan Renal Impairment kembali normal dan dapatlah discharge. Oh ye, renal impairment tu ujian untuk kidney di mana dia tak dapat berfungsi dengan baik.


Sebelum saya akhirkan entry ini, saya nak kongsikan juga tanda-tanda dehydration pada baby sebagai langkah berjaga-jaga;-

  1. Lebih 6 jam, baby anda tidak buang air kecil (no wet diapers)
  2. Urine berwarna pekat dan berbau kuat
  3. Lethargy
  4. Mulut kering (Ni pun memang ada masa Fateh dehydrate)
  5. Tiada air mata semasa menangis (Ni pun sama)
Ini pula tanda-tanda seriosu dehydration:-
  1. Sunken eyes
  2. Kaki dan tangan sejuk
  3. Tidor yang berlebihan
  4. Kepala ada lekuk 
Kalau ada semua tanda di atas, segera ke Child care atau hospital bagi mengelak sebarang kemungkinan. Happy Parenting :) Semoga bayi anda membesar dengan sihat.


Sumber: Baby Centre 

Thursday, December 11, 2014

"Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com"

Assalammualaikum semua ;)



Hari ni nak cuba nasib dengan mencuba "Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com". Penulis blog My Story, Mory ni merupakan kawan sekolah rendah. Lama betul tak jumpa beliau dan tak sangka jumpa balik kat laman blogger ni. Hehe.. Tapi ni bukan token untuk menang contest ni walaupun pemenang dipilih secara rawak oleh penganjur, but hopefully ada rezeki untuk saya menang seems saya pun baru first time nak cuba. Doakan saya ya kawan-kawan :) Tarikh tutup sehingga 8 Januari dan pemenang akan diumumkan pada 14 Januari, sempat lagi bagi kawan-kawan nak sertai bersama. Good luck everyone!

Senang ja cara untuk menyertai giveaway ni, saya dah pun buat satu-persatu. Hope layaklah ye nak menang hadiah yang ditawarkan ni;-

Wang tunai RM50 x 1 pemenang
Wang tunai RM20 x 1 pemenang
SuperRich Puteri Vanilla x 1 pemenang
SlymRich BlueBerry Diet Fiber x 1 pemenang
Owl x 1 pemenang
Elegant Tumbler Fuschia Kiss Tupperware 250 ml x 2 pemenang
Scar Solution Body Bar (1 set) x 10 pemenang
Lulur Mandi Sumber Ayu Whitening Bunga x 1 pemenang
1 set of Balinese Body Scrub, Body Lotion & Starter Bubbly Foot Soak  x 2 pemenang
Tambah nilai kredit RM10 x 2 pemenang
Wang tunai RM10 x 2 pemenang
1 pek Reevo Chocolate Malt (15 sachet) x 2 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Maqluba) x 1 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Mandy) x 1 pemenang
Charmantshawl (green petronas) x 1 pemenang
Charmantshawl (yellow mustard) x 1 pemenang
1 set Sabun Dobi x 1 pemenang
4 pcs senduk (A, B, C, D) x 4 pemenang

Berikut syarat penyertaan, ha siap-siap tolong copy lagi kot ada yang interested nak sertainya.

1) Buat satu entry bertajuk "Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com" dan copy banner di atas

2) Follow Blog penganjur : 

3) Follow Blog penaja :

4) Follow Fanpage penaja :

5) Follow Instagram penaja :
@eyzamiel

44 hari amalan berpantang : Sembelit dan Episiotomy

Assalammualaikum semua :)

Lamanya kena berpantang sampai 44 hari, keluhan saya masa awal-awal berpantang. Sebenarnya ikut pengalaman, rasa payah berpantang ini masa 2 minggu pertama ja, then after that we get used of it, sebab dah terbiasa. Macam mana pula ada yang pantang sampai 100 hari, lagi lama kan? Saya cukuplah 44 hari berpantang, itu pun saya tidaklah terikat betul-betul amalan tradisi melayu dalam berpantang, tapi bagi yang sanggup mengikut tanpa melanggar pantang larang amalan melayu, amatlah digalakkan kerana amalan berpantang ini sangat bagus bagi tujuan pemulihan kesihatan tubuh badan wanita selepas bersalin.

Penjagaan Pemakanan

Untuk minggu pertama dan kedua, saya berpantang di rumah mertua. My MIL menyediakan makanan yang kurang minyak atau pun tiada minyak langsung seperti ikan bilis salai, ikan singgang dan sayur rebus. Ikut My MIL petua, air pun kena kurangkan, katanya kalau minum banyak air boleh menyebabkan rahim kita mengembang dan luka lambat baik. Mungkin ada logiknya pertua orang tua dulu-dulu, kemungkinan kurangkan air ni jadi kuranglah buang air kecil dapatlah kurangkan kelembapan di bahagian luka bersalin. Tapi menantu dia ni, ada juga curi-curi minum air sebab dah dahaga sangat lagi-lagi sebab menyusukan baby kan. Sayur pula dia suka masakkan sup lobak putih, sedap juga dan khasiatnya pula dapat memperbanyakkan susu ibu.

Minggu ketiga dan seterusnya, saya balik Johor dan dijaga pula oleh emak saya. Permakanan lebih kurang sama macam my MIL tapi emak saya suka bagi saya makan sup ayam, katanya untuk tenaga. Lagipun ayam banyak mengandungi protein yang baik untuk pulihkan luka bersalin dengan cepat. Tapi bagi yang ada allergic elakkan makan ayam, takut luka tu gatal. Sup ayam tu direbus dengan halia dan bawang putih, khasiat halia dan bawang putih pula dapat buang angin dalam badan. Selain itu juga, emak saya ada juga bagi saya makan buah-buahan seperti pisang, oren dan anggur untuk permakanan seimbang selain sayur-sayur hijau. Sayur paling kerap dia masak, sayur sawi dan lobak.

Sayur sejuk-sejuk macam bayam, kangkung dan kacang panjang perlu dielakkan sebab boleh memberi kesan angin badan dan sakit urat. Tapi semua tu depends on badan masing-masing.  Ikan pun sama, tak semua ikan boleh makan, ikan yang berduri macam ikan duri, parang dll tak boleh makan, ikan yang banyak mercuri macam tuna dan kod pun tak boleh makan. Selain itu, ikan kembong pun tak boleh makan. Ikan yang boleh makan macam ikan merah, selar, siakap dan banyak lagi.

Jamu juga saya ambil masa minggu kedua, jamu manjakani ni saya beli daripada bidan yang urut saya. Jamu ni mengandungi manjakani yang telah diproses dan khasiatnya adalah untuk mpercepatkan luka jahitan sembuh. Nak sapu tak berani, nak makan yang fresh pun tak berani, jadi makan jamu kapsul pun jadilah. Selain itu, saya juga minum pati ikan haruan setiap pagi, kata orang ikan haruan elok untuk sembuhkan luka dalaman. Jadi saya cuba minum pati ikan haruan ni. Untuk supplement pula, saya makan Vita-Lea Shaklee yang mengandungi multi-vitamin yang juga membantu memberi tenaga dan peningkatan hemoglobin.

Selain itu juga, emak saya beri saya minum pati kunyit. Rasanya ya Allah, memang tak tertelan. Dapat minum segelas ja. Ni petua orang dulu-dulu, pati kunyit ni dibancuh macam jamu untuk kesihatan dalaman wanita, minum sekali saja semasa pantang.

SEMBELIT

Masa berpantang nak membuang air besar sungguhlah payah sebabkan sembelit. Sakit tau kalau kena sembelit. Sembelit selepas bersalin memang adalah perkara normal bagi wanita, disebabkan kita kurang bergerak semasa berpantang dan sistem pencernaan juga jadi lambat setelah bersalin disebabkan perubahan hormon. Untuk elak sembelit ni, kena minum cukup air dan bersenam.

Sejak kena sembelit tu, saya minum air secukupnya at least 2 liter sehari dan amalkan makan buah bagi lawas najis. By the way, boleh juga ambil ubat pelawas macam Lactul Solution pada awal hari bersalin. Lactul solution ni dimakan waktu malam sebelum tidor untuk dos yang sesuai. Lebih baik rujuk dengan doktor ye! Memang berkesan. Kalau nak beli kat pharmacy pun ada jual.

Lagi satu, kalau susah nak buang air besar, cuba lakukan senaman ni masa nak buang air besar:- mula-mula tarik perut ke dalam kemudian tekan dengan dua tangan supaya perut tu tersembul keluar dari celah-celah tangan. Lakukan dari atas ke bawah. InshaAllah akan rasa usus kita bergerak untuk keluarkan poo-poo. Kalau payah juga, masa nak buang air besar tu cuba duduk macam nak bersalin tu, pegang lutut sehingga peha rapat ke perut, then lepaskan perlahan-perlahan.

Penjagaan Episiotomy/ Luka jahitan

Disebabkan saya bersalin secara normal dan anak pertama, onr thing for sure memang kena jaga luka jahitan di bahagian perineum saya. Sakit tau! Episiotomy ni adalah koyakan yang dilakukan oleh doktor semasa bersalin di bahagian perineum (dari faraj ke lubang dubur) untuk laluan kepala bayi. Penjagaan episiotomy ini adalah sangat kena menitik-beratkan supaya luka tidak terkena jangkitan kuman. Luka saya baik dalam tempoh 3 minggu, biasanya luka ni baik antara 2 minggu hingga sebulan bergantung kepada saiz luka tu sendiri dan penjagaannya.

Antara langkah-langkah penjagaan, tukar pad secara kerap agar bahagian tersebut tidak lembap. Maknanya setiap kali ke tandas, kena tukar. Masa awal-awal pantang darah nifas tengah banyak, jadi saya amalkan tukar pad setiap 4 jam. Saya pakai pad jenis lekat, susah pakai jenis loop yang macam nurse kat hospital pakaikan lepas bersalin.

Selain itu, selepas ke tandas, saya keringkan bahagian tersebut dengan hair dryer dan lap dengan kain bersih sehingga betul-betul kering. Dah kering, saya sapukan ubat luka Acriflavine atau ubat kuning di kawasan luka tersebut dengan menggunakan kapas. Gunakan cermin, untuk lihat luka kat bawah supaya dapat sapu rata di kawasan luka.

Kalau rasa berdenyut maknanya kawasan tu dah terjangkit kuman, Untuk kurangkan jangkitan, boleh cuba rendam air panas suam-suam kuku yang dicampur dengan garam dengan duduk dalam besen. Buat 2 - 3 kali sehari, inshaAllah boleh kurangkan jangkitan kuman.

Berurut dan Bertungku

Untuk berurut, my MIL yang carikan bidan kampung, nama mak cik tu mak cik Bia. Saya berurut 3 kali masa minggu pertama. Lega bila diurut urat-urat yang tegang masa bersalin. Darah kotor pun lancar ja keluar lepas diurut. Selain urut, mak cik tu pakaikan saya tepel, bengkung dan pilis. Memang nyaman sangat bila pakai tepel, rasa badan panas ja.

Kebaikan mengurut ini ialah yang utama dapat melancarkan peredaran darah dan perbetulkan urat-urat badan. Selain itu juga, dapat membetulkan semula peranakan kita setelah bersalin.

Tungku ni saya guna tungku yang dibeli dari Tanamera. Spray dengan air kemudian masuk dalam microwave dalam 10  minit, kemudian tungku tu saya tekan-tekan perut dari atas sampai ke bawah secara pusingan jam. Sedap ja rasa perut bila kena haba panas tungku. Elok amalkan tungku ni sepanjang pantang untuk melancarkan darah dan buang darah kotor.

Bengkung

Bengkung pula, saya teruskan pakai sampai hari ke 44, tapi ada juga yang miss tak pakai bila malas. Mula-mula harapkan emak sendiri pakaikan, tapi bila masuk minggu ke-3 tu baru saya pakai sendiri. Senang ja pun pakai sendiri. Untuk bengkung ni, saya lebih selesa guna bengkung keluaran Mak Dara, ni saya pinjam dari adik saya, kain tak panas dan selesa dipakai seharian. Sebelum bersalin, saya pun ada beli bengkung keluaran Tanamera juga kain dia pun tak panas cuma bezanya panjang sangat, sukar untuk berjalan bila memakainya.

Bengkung ni untuk kembalikan bentuk badan kita dan kempiskan perut. Sebelum pakai bengkung, sapukan tepel atau minyak panas supaya dapat membakar lemak di perut.

Selain pakai bengkung hampir setiap hari, kena pakai stockin 24 jam untuk elak masuk angin dan sakit sendi kaki. Saya masa dalam pantang memang tak tinggal stockin sebab bila buka stockin rasa sengal-sengal kat kaki dan sejuk sangat-sangat

Mandi Herba

Masa awal-awal tu, saya ada mandi herba tapi saya jenis tak tahan panas herba jadi saya mudah pening, Untuk mandian herba saya gunakan produk Tanamera. Saya kurang gemar bau herba mandian ni sebab terlalu kuat bau herbanya. Untuk mandian juga, saya kerap membersihkan diri dengan sabun boreh Tanamera, macam scrub ja texture dia. Setiap kali mandi, saya sental badan supaya hilang daki-daki badan. Memang rasa kulit licin lepas pakai sabun tu. 

Sunday, December 7, 2014

My labor exprience : Induction Part 2

Assalammualaikum semua :)

Lamanya tak bersiaran di alam maya. Rasa rindu membuak-buak nak tulis blog setelah sekian lama tinggalkan blog bersawang. Hari ni saya nak share pengalaman bersalin. My very first experience. Pengalaman yang tak ternilai dan sangat berharga sebagai seorang wanita. 

Alhamdulillah saya telah selamatkan melahirkan bayi lelaki pada 25 September 2014 bersamaan 30 Zulkaedah 1435H, hari Khamis. Berat bayi semasa dilahirkan 3.27kg dan 49cm panjang. Akhirnya Allah kurniakan kami cahaya mata setelah 2 kandungan sebelum ini gugur. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atas hadiah terindah ini. Nama bayi ini kami berikan sempena nama seorang tokoh yang telah membebaskan kota Constantinople, iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, semoga anak kami berikan nama Muhammad Al-Fateh Aaqil bin Mohd Fitrie Syawal juga seperti pejuang agama yang hebat itu juga.

Bismillah, izinkan saya memulakan cerita pengalaman bersalin saya agar dapat menggambarkan bagaimana bersalin secara induce bagi ibu-ibu yang pertama kali yang akan bersalin secara induce ini. Sebenarnya, induce ini adalah cara perubatan moden bagi mempercepatkan contractions proses kelahiran. Kesan sampingan, jika bukaan tidak terbuka 10 cm dalam tempoh induce ini, for sure kena c-sec juga. Lagipun ubat induce bertahan 6 jam sahaja dan jika tiada kesan induce akan dibuat sekali lagi sehingga 3 hari berturut-turut, Bersalin secara induce ini pula hanya untuk ibu-ibu yang ada masalah semasa mengandung seperti GDM dan darah tinggi, Induce juga disarankan jika air ketuban berkurangan. Macam kes saya, saya kena induce disebabkan saya GDM carrier semasa mengandung.

Jangan risau, induce ni sama ja macam sakit bersalin cuma sakit tu datang sekaligus. Macam pengalaman saya lebih kurang 14 jam juga menahan sakit contractions sebelum bersalin. Apa pun sakit bersalin tu tak sama dengan orang lain, lain orang lain pengalamannya. Ok, sini saya kongsikan pengalaman saya.
  
22 September 2014
Hari ni ada monthly check up seperti biasa di PPUM. Baby and me sihat. Doktor advise induction of labor sebab saya ada GDM semasa mengandung, kena bersalin on time tak boleh lebih 40 weeks. Doktor set appointment untuk induce pada 24 September iaitu sehari sebelum due date.

24 September 2014
Dah 24 September, esok dah due date masih tiada tanda-tanda nak bersalin, tak da pun rasa lagi contraction kuat mahupun water break. Makanya kenalah serah diri untuk dipaksa bersalin. Pasrah dengan ketentuanNya! Bila diuji begini, yang penting kita kena sabar dan tawakal pada Allah. Doa padaNya minta semua selamat dan lancar. Zikir nabi Yunus diulang-ulang dalam hati bila rasa gentar tu datang.

8.30 pagi dah sampai hospital, sampai-sampai terus buat pendaftaran untuk bersalin secara induction. Untuk kelahiran pertama ini, kami memilih PPUM memandangkan dari rekod gugur sehingga mengandung pun dengan PPUM. Lagipun, saya gorvement servant, bolehlah gunakan GL untuk bersalin secara percuma.

Sementara nak tunggu masuk wad, pergi breakfast di cafe hospital. Selera makan pun dah hilang disebabkan terlalu risau. Memang debaran nak bersalin secara induce ni tak sama macam bersalin secara semulajadi, sebab kita belum ada rasa sakit, lepas tu pergi hospital serah diri untuk dipaksa sakit bersalin. 

Pukul 10,30 pagi, baru dapat masuk wad tingkat 3 sebelah Labor Room. Dah siap tukar baju, nurse datang check blood pressure dan ambil darah untuk test sugar in blood. Lepas tu dia pasang CTG, untuk check contractions. Everything normal, except my blood preassure, naik sikit may be stress sangat dan bercampur nervous nak bersalin secara paksaan. Doktor bagi ubat untuk turunkan blood pressure, then nampak kesannya normal balik. Sepanjang duduk wad IOL ni yang berdekatan dengan Labor Room ni, nervous pun menjadi-jadi juga sebab boleh dengar suara orang meneran dan suara para doktor dan nurse yang suruh PUSH! PUSH! PUSH! Gamat betul bunyinya. Dalam hati macam nak cepat-cepat ja bersalin.

Pukul 11.00 pagi, Doktor datang buat VE untuk tengok bukaan vagina. Pertama kali kena seluk, Nasib baik doktor perempuan. Alhamdulillah. Semasa doktor nak seluk bawah kita, kena tenang dan jangan lawan buat biasa, barulah tak sakit kena seluk. Hehe tu pun tips dari kawan-kawan yang dah ada pengalaman.

Bukaan baru 1 cm ja, no wonder lah tak sakit apa pun. Doktor sempatlah explain balik, dia akan masukkan ubat induce iaitu oxytocin dalam vagina untuk dose pertama. Prosedure yang sama akan diulang 3 kali jika tiada kesan. Setelah masuk dose yang pertama, saya diminta untuk rehat di katil selama sejam dan tak boleh buang air kecil atau besar.

Pukul 12.00 tengahari, setelah sejam ubat dimasukkan, nurse in charge datang untuk buka alat CTG. Nurse kata dah boleh makan, nanti makanan tengahari akan dihantar. Saya makan sikit ja, sebab dah mula rasa contractions. Dalam pukul 1 lebih tu, saya minta husband naik bagi kurma dan air zam-zam. Masa tu, rasa nak menangis ja bila jumpa husband dan MIL. Sakit betul contraction ni tapi datang sekejap-kejap ja.

Untuk pengetahuan, bersalin di PPUM suami memang tidak dibenarkan masuk dalam labor room, kenalah berjuang sorang-sorang. Dah la tu, handphone pun tak dibenarkan bawa masuk dalam labor. Akur dengan peraturan hospital, saya 'terpaksa' serahkan juga handphone masa jumpa husband lepas dia bagi kurma dan zam-zam.

Pukul 3.00 petang, doktor yang conduct my labor datang check bukaan, dah buka 3 cm, good progress. Doktor beritahu saya dia akan pecahkan air ketuban, ni pun part of induce juga nak bagi bukaan lagi cepat. Rasa suam-suam dan berketul macam jeli air ketuban lepas doktor pecahkan. Selepas tu, contractions rasa sejam sekali. Rasa contractions tu macam sengugut tapi lagi sakit. Bila sakit ja, saya sedut entonox iaitu gas campuran oksigen dan nutrious oxide yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit bersalin. Tapi gas ni mengakibatkan saya cepat rasa haus dan kering tekak. Untuk hilangkan rasa kering tu, saya minum air masak yang diberi oleh nurse.

Pukul 8.30 malam, doktor datang lagi untuk check bukaan. Baru 7 cm buka, dan-dan tu juga kena tolak masuk labor room. Kat labor room, kena drip dan induce lagi bagi membantu bukaan lebih cepat. Disebabkan rasa sakit yang amat, saya pun minta diberi penahan sakit tapi bukan epidural. Saya disuntik ubat penahan sakit jenis pethedin. Ubat ni buat saya rasa mengantuk sampai saya tak sedar sangat contractions.

25 September 2014
Pukul 1.00 pagi tu, saya baru rasa sakit sangat tapi saya tak rasa pun nak buang air besar. So saya tak da la panggil doktor lagi sebab dia pesan kalau rasa nak buang air besar panggil ja dia. Adoii saya pun tak tahu masa sesuai nak meneran ni. Akhirnya saya rasa nak meneran dalam pukul 3.00 pagi.

Pukul 3.30 pagi, doktor datang check bukaan, dah buka 10 cm. Doktor kata kalau sakit contraction, kena push. Tarik nafas panjang-panjang, lepas tu tahan nafas sambil teran. Bermulalah perjuangan saya. Payah sungguh teran. Saya berusaha banyak kali, kalau salah teran memang baby akan sangkut kat cervic kita. Hampir sejam teran, tak juga keluar-keluar. Saya dah mula give up. Tapi doktor nak bagi semangat, dia tarik tangan saya bagi rasa rambut baby. Memang dah rasa dah ada kat bawah situ. Siannya sangkut lama kat situ. Saya cuba sedaya upaya saya untuk teran, habis semua tenaga saya gunakan sampai rasa nak putus urat leher rasanya untuk teran.

Saya ingat lagi, ramai juga dalam labor room tu yang conduct my labor. Semua suruh PUSH! PUSH! bila nampak baby. Kesian gak dengan doktor tu, dia dahlah sarat mengandung, adakan sama-sama deliver kang. Hehe.

Alhamdulillah akhirnya pukul 4.51 pagi, baru berjaya teran dengan baik kalau tak kena forceps/ vacuum. Lagi gerun sebab koyakan akan lagi worse. Nasiblah mampu teran lagi walaupun dah hilang tenaga dan lapar sangat. Masa tu, saya teringat kat emak, macam ni lah rupanya susah nak melahirkan seorang anak. Arggghh.. mak minta maaf banyaknya dosa orang dekat mak.

Lepas selamat melahirkan, nurse tunjukkan jantina bayi, dia tanya perempuan atau lelaki. Saya jawab baby boy sambil senyum. Lega sangat lepas dapat peluk bayi yang diletakkan atas perut saya. Badan bayi masih berselaput dengan air ketuban. Muka bayi saya putih kemerah-merahan. SubhanAllah, kuasa Allah dia dah boleh mata masa saya dakap dia pertama kali. Dapat peluk baby sekejap ja, nurse tu minta permission saya untuk mandikan bayi dan dia beritahu suami dah tahu, dia baru on the way dari masjid berhampiran.

Seterusnya, doktor akan keluarkan placenta/ uri. Dia goncang-goncang perut saya bagi placenta tu keluar. Masa tu, saya dah keletihan, mengantuk dan lapar sangat, saya sampai tertidor masa doktor nak keluarkan uri. Setelah uri dapat dikeluarkan, sesi nak menjahit atau dalam medical dipanggil episiotomy di bahagian perineum saya yang dikoyakkan semasa melahirkan. Nyilu sangat masa dijahit tapi tahan ja la. Siap kena jahit, saya baru dapat makan roti bakar dan milo.

Pukul 8.30 pagi, saya dibersihkan ala kadar. Kemudian, saya dibawa masuk wad post natal. Keluar-keluar ja dari labor room, dah nampak husband tercegat kat pintu lif. Rasa nak peluk-peluk ja husband masa tu, nak mengadu betapa sakitnya bersalin. Dia datang menghampiri saya yang disorong ke dalam lif. Saya pegang tangan dia kuat-kuat. Lega sangat berbuat demikian.

Pukul 9.15 pagi, barulah nurse bawa baby saya. Ya Allah, harum sangat bau bayi, bau syurga. Sayu rasa hati bila menatap muka bayi yang selama ini dalam kandungan saya 10 bulan. Bila peluk rasa hangat sangat. Selesa. Dalam hati, saya berdoa agar dapat mendidik dan membesarkan anak ini menjadi insan soleh dan sehebat nama yang kami berikan. Mudah-mudahan.

Di wad, nurse check blood preasure lagi dan ambil darah untuk test sugar, Kena tahan lagi walaupun baby dah pun buang air besar. Sebabnya hemoglobin drop selepas bersalin dan perlu pemerhatian rapi doktor.

26 September 2014
Masih di wad, kena tambah darah. Lama betul tambah darah hampir seharian dengan jarum kat tangan. Susah gak nak uruskan baby masa tu sebab everything kita buat sorang, dari mandikan baby sampailah tukarkan diapers. Tapi kekuatan seorang ibu tu datang bila tengok wajah anak kita.

27 September 2014
Alhamdulillah, hari keempat di hospital, baru dapat discharge setelah saya betul-betul sihat dan hemoglobin back to normal. Kandungan gula baby pun Alhamdulillah normal. Alhamdulillah syukur sangat. Bermula kehidupan kami sebagai ibu-bapa. Welcome to parenting.. :)

Sekian, pengalaman saya semasa bersalin. Bukan sakit masa bersalin ja, sakit pantang lain pula cerita. Nanti saya akan kongsikan pula sakit berpantang. Kita sebagai orang Islam kena redha dan ingat sakit tu nikmat Allah sebagai penghapus dosa. Good luck pada ibu-ibu yang pertama kali akan bersalin tak lama lagi. :)