Google+ Followers

Sunday, December 7, 2014

My labor exprience : Induction Part 2

Assalammualaikum semua :)

Lamanya tak bersiaran di alam maya. Rasa rindu membuak-buak nak tulis blog setelah sekian lama tinggalkan blog bersawang. Hari ni saya nak share pengalaman bersalin. My very first experience. Pengalaman yang tak ternilai dan sangat berharga sebagai seorang wanita. 

Alhamdulillah saya telah selamatkan melahirkan bayi lelaki pada 25 September 2014 bersamaan 30 Zulkaedah 1435H, hari Khamis. Berat bayi semasa dilahirkan 3.27kg dan 49cm panjang. Akhirnya Allah kurniakan kami cahaya mata setelah 2 kandungan sebelum ini gugur. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atas hadiah terindah ini. Nama bayi ini kami berikan sempena nama seorang tokoh yang telah membebaskan kota Constantinople, iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, semoga anak kami berikan nama Muhammad Al-Fateh Aaqil bin Mohd Fitrie Syawal juga seperti pejuang agama yang hebat itu juga.

Bismillah, izinkan saya memulakan cerita pengalaman bersalin saya agar dapat menggambarkan bagaimana bersalin secara induce bagi ibu-ibu yang pertama kali yang akan bersalin secara induce ini. Sebenarnya, induce ini adalah cara perubatan moden bagi mempercepatkan contractions proses kelahiran. Kesan sampingan, jika bukaan tidak terbuka 10 cm dalam tempoh induce ini, for sure kena c-sec juga. Lagipun ubat induce bertahan 6 jam sahaja dan jika tiada kesan induce akan dibuat sekali lagi sehingga 3 hari berturut-turut, Bersalin secara induce ini pula hanya untuk ibu-ibu yang ada masalah semasa mengandung seperti GDM dan darah tinggi, Induce juga disarankan jika air ketuban berkurangan. Macam kes saya, saya kena induce disebabkan saya GDM carrier semasa mengandung.

Jangan risau, induce ni sama ja macam sakit bersalin cuma sakit tu datang sekaligus. Macam pengalaman saya lebih kurang 14 jam juga menahan sakit contractions sebelum bersalin. Apa pun sakit bersalin tu tak sama dengan orang lain, lain orang lain pengalamannya. Ok, sini saya kongsikan pengalaman saya.
  
22 September 2014
Hari ni ada monthly check up seperti biasa di PPUM. Baby and me sihat. Doktor advise induction of labor sebab saya ada GDM semasa mengandung, kena bersalin on time tak boleh lebih 40 weeks. Doktor set appointment untuk induce pada 24 September iaitu sehari sebelum due date.

24 September 2014
Dah 24 September, esok dah due date masih tiada tanda-tanda nak bersalin, tak da pun rasa lagi contraction kuat mahupun water break. Makanya kenalah serah diri untuk dipaksa bersalin. Pasrah dengan ketentuanNya! Bila diuji begini, yang penting kita kena sabar dan tawakal pada Allah. Doa padaNya minta semua selamat dan lancar. Zikir nabi Yunus diulang-ulang dalam hati bila rasa gentar tu datang.

8.30 pagi dah sampai hospital, sampai-sampai terus buat pendaftaran untuk bersalin secara induction. Untuk kelahiran pertama ini, kami memilih PPUM memandangkan dari rekod gugur sehingga mengandung pun dengan PPUM. Lagipun, saya gorvement servant, bolehlah gunakan GL untuk bersalin secara percuma.

Sementara nak tunggu masuk wad, pergi breakfast di cafe hospital. Selera makan pun dah hilang disebabkan terlalu risau. Memang debaran nak bersalin secara induce ni tak sama macam bersalin secara semulajadi, sebab kita belum ada rasa sakit, lepas tu pergi hospital serah diri untuk dipaksa sakit bersalin. 

Pukul 10,30 pagi, baru dapat masuk wad tingkat 3 sebelah Labor Room. Dah siap tukar baju, nurse datang check blood pressure dan ambil darah untuk test sugar in blood. Lepas tu dia pasang CTG, untuk check contractions. Everything normal, except my blood preassure, naik sikit may be stress sangat dan bercampur nervous nak bersalin secara paksaan. Doktor bagi ubat untuk turunkan blood pressure, then nampak kesannya normal balik. Sepanjang duduk wad IOL ni yang berdekatan dengan Labor Room ni, nervous pun menjadi-jadi juga sebab boleh dengar suara orang meneran dan suara para doktor dan nurse yang suruh PUSH! PUSH! PUSH! Gamat betul bunyinya. Dalam hati macam nak cepat-cepat ja bersalin.

Pukul 11.00 pagi, Doktor datang buat VE untuk tengok bukaan vagina. Pertama kali kena seluk, Nasib baik doktor perempuan. Alhamdulillah. Semasa doktor nak seluk bawah kita, kena tenang dan jangan lawan buat biasa, barulah tak sakit kena seluk. Hehe tu pun tips dari kawan-kawan yang dah ada pengalaman.

Bukaan baru 1 cm ja, no wonder lah tak sakit apa pun. Doktor sempatlah explain balik, dia akan masukkan ubat induce iaitu oxytocin dalam vagina untuk dose pertama. Prosedure yang sama akan diulang 3 kali jika tiada kesan. Setelah masuk dose yang pertama, saya diminta untuk rehat di katil selama sejam dan tak boleh buang air kecil atau besar.

Pukul 12.00 tengahari, setelah sejam ubat dimasukkan, nurse in charge datang untuk buka alat CTG. Nurse kata dah boleh makan, nanti makanan tengahari akan dihantar. Saya makan sikit ja, sebab dah mula rasa contractions. Dalam pukul 1 lebih tu, saya minta husband naik bagi kurma dan air zam-zam. Masa tu, rasa nak menangis ja bila jumpa husband dan MIL. Sakit betul contraction ni tapi datang sekejap-kejap ja.

Untuk pengetahuan, bersalin di PPUM suami memang tidak dibenarkan masuk dalam labor room, kenalah berjuang sorang-sorang. Dah la tu, handphone pun tak dibenarkan bawa masuk dalam labor. Akur dengan peraturan hospital, saya 'terpaksa' serahkan juga handphone masa jumpa husband lepas dia bagi kurma dan zam-zam.

Pukul 3.00 petang, doktor yang conduct my labor datang check bukaan, dah buka 3 cm, good progress. Doktor beritahu saya dia akan pecahkan air ketuban, ni pun part of induce juga nak bagi bukaan lagi cepat. Rasa suam-suam dan berketul macam jeli air ketuban lepas doktor pecahkan. Selepas tu, contractions rasa sejam sekali. Rasa contractions tu macam sengugut tapi lagi sakit. Bila sakit ja, saya sedut entonox iaitu gas campuran oksigen dan nutrious oxide yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit bersalin. Tapi gas ni mengakibatkan saya cepat rasa haus dan kering tekak. Untuk hilangkan rasa kering tu, saya minum air masak yang diberi oleh nurse.

Pukul 8.30 malam, doktor datang lagi untuk check bukaan. Baru 7 cm buka, dan-dan tu juga kena tolak masuk labor room. Kat labor room, kena drip dan induce lagi bagi membantu bukaan lebih cepat. Disebabkan rasa sakit yang amat, saya pun minta diberi penahan sakit tapi bukan epidural. Saya disuntik ubat penahan sakit jenis pethedin. Ubat ni buat saya rasa mengantuk sampai saya tak sedar sangat contractions.

25 September 2014
Pukul 1.00 pagi tu, saya baru rasa sakit sangat tapi saya tak rasa pun nak buang air besar. So saya tak da la panggil doktor lagi sebab dia pesan kalau rasa nak buang air besar panggil ja dia. Adoii saya pun tak tahu masa sesuai nak meneran ni. Akhirnya saya rasa nak meneran dalam pukul 3.00 pagi.

Pukul 3.30 pagi, doktor datang check bukaan, dah buka 10 cm. Doktor kata kalau sakit contraction, kena push. Tarik nafas panjang-panjang, lepas tu tahan nafas sambil teran. Bermulalah perjuangan saya. Payah sungguh teran. Saya berusaha banyak kali, kalau salah teran memang baby akan sangkut kat cervic kita. Hampir sejam teran, tak juga keluar-keluar. Saya dah mula give up. Tapi doktor nak bagi semangat, dia tarik tangan saya bagi rasa rambut baby. Memang dah rasa dah ada kat bawah situ. Siannya sangkut lama kat situ. Saya cuba sedaya upaya saya untuk teran, habis semua tenaga saya gunakan sampai rasa nak putus urat leher rasanya untuk teran.

Saya ingat lagi, ramai juga dalam labor room tu yang conduct my labor. Semua suruh PUSH! PUSH! bila nampak baby. Kesian gak dengan doktor tu, dia dahlah sarat mengandung, adakan sama-sama deliver kang. Hehe.

Alhamdulillah akhirnya pukul 4.51 pagi, baru berjaya teran dengan baik kalau tak kena forceps/ vacuum. Lagi gerun sebab koyakan akan lagi worse. Nasiblah mampu teran lagi walaupun dah hilang tenaga dan lapar sangat. Masa tu, saya teringat kat emak, macam ni lah rupanya susah nak melahirkan seorang anak. Arggghh.. mak minta maaf banyaknya dosa orang dekat mak.

Lepas selamat melahirkan, nurse tunjukkan jantina bayi, dia tanya perempuan atau lelaki. Saya jawab baby boy sambil senyum. Lega sangat lepas dapat peluk bayi yang diletakkan atas perut saya. Badan bayi masih berselaput dengan air ketuban. Muka bayi saya putih kemerah-merahan. SubhanAllah, kuasa Allah dia dah boleh mata masa saya dakap dia pertama kali. Dapat peluk baby sekejap ja, nurse tu minta permission saya untuk mandikan bayi dan dia beritahu suami dah tahu, dia baru on the way dari masjid berhampiran.

Seterusnya, doktor akan keluarkan placenta/ uri. Dia goncang-goncang perut saya bagi placenta tu keluar. Masa tu, saya dah keletihan, mengantuk dan lapar sangat, saya sampai tertidor masa doktor nak keluarkan uri. Setelah uri dapat dikeluarkan, sesi nak menjahit atau dalam medical dipanggil episiotomy di bahagian perineum saya yang dikoyakkan semasa melahirkan. Nyilu sangat masa dijahit tapi tahan ja la. Siap kena jahit, saya baru dapat makan roti bakar dan milo.

Pukul 8.30 pagi, saya dibersihkan ala kadar. Kemudian, saya dibawa masuk wad post natal. Keluar-keluar ja dari labor room, dah nampak husband tercegat kat pintu lif. Rasa nak peluk-peluk ja husband masa tu, nak mengadu betapa sakitnya bersalin. Dia datang menghampiri saya yang disorong ke dalam lif. Saya pegang tangan dia kuat-kuat. Lega sangat berbuat demikian.

Pukul 9.15 pagi, barulah nurse bawa baby saya. Ya Allah, harum sangat bau bayi, bau syurga. Sayu rasa hati bila menatap muka bayi yang selama ini dalam kandungan saya 10 bulan. Bila peluk rasa hangat sangat. Selesa. Dalam hati, saya berdoa agar dapat mendidik dan membesarkan anak ini menjadi insan soleh dan sehebat nama yang kami berikan. Mudah-mudahan.

Di wad, nurse check blood preasure lagi dan ambil darah untuk test sugar, Kena tahan lagi walaupun baby dah pun buang air besar. Sebabnya hemoglobin drop selepas bersalin dan perlu pemerhatian rapi doktor.

26 September 2014
Masih di wad, kena tambah darah. Lama betul tambah darah hampir seharian dengan jarum kat tangan. Susah gak nak uruskan baby masa tu sebab everything kita buat sorang, dari mandikan baby sampailah tukarkan diapers. Tapi kekuatan seorang ibu tu datang bila tengok wajah anak kita.

27 September 2014
Alhamdulillah, hari keempat di hospital, baru dapat discharge setelah saya betul-betul sihat dan hemoglobin back to normal. Kandungan gula baby pun Alhamdulillah normal. Alhamdulillah syukur sangat. Bermula kehidupan kami sebagai ibu-bapa. Welcome to parenting.. :)

Sekian, pengalaman saya semasa bersalin. Bukan sakit masa bersalin ja, sakit pantang lain pula cerita. Nanti saya akan kongsikan pula sakit berpantang. Kita sebagai orang Islam kena redha dan ingat sakit tu nikmat Allah sebagai penghapus dosa. Good luck pada ibu-ibu yang pertama kali akan bersalin tak lama lagi. :)



2 comments:

honey bedazzled said...

my son lahir 23.9.2014! keep in touch!

asra muslim said...

Beza 2 hari ja usia ank kita kan.. Just visiting ur blog ldear :)