Google+ Followers

Friday, December 19, 2014

Pengalaman Sebagai Ibu - Dehydration Newborn

Assalammualaikum semua :)

Alhamdulillah baby Fateh dah pun 2 bulan lebih, 25 Disember nanti genaplah dia 3 bulan. Check up 2 bulan hari tu, berat pun dah bertambah 6.1 kg. Alhamdulillah, syukur sangat. Terimbas kembali awal minggu Baby Fateh lahir, 3 hari pertama belum dapat discharge setelah bersalin disebabkan hemoglobin saya menurun kerana pendarahan banyak semasa bersalin, kemudian baru sehari discharge dapat balik rumah mertua, keesokan harinya baby Fateh kena admitted pula selama 3 hari disebabkan dehydrated. Seminggu jugalah duduk hospital, rutin pantang pun jadi tunggang-langgang tapi yang paling penting kesihatan anak.

Dehydrated ini adalah kurang air dalam badan. Ingatkan orang dewasa ja boleh dehydrated kan. Baby apatah lagi kalau cara penyusuan bayi tidak betul menyebabkan baby dapat minum sedikit. Lama kelamaan cecair dalam badan pun semakin berkurangan. Selain itu juga cecair dalam badan baby boleh berkurangan sekiranya mengalami cirit birit (diarrhea), muntah-muntah dan demam. Namun, dehydration ni boleh dielak sekiranya bayi dapat secukupnya air, teruskan breastfeeding atau susu formula bagi mengekalkan cecair dalam badan bayi bagi bayi bawah 3 bulan. Manakala bayi yang lebih 3 bulan, boleh berikan air masak sebagai tambahan. Haish, manalah kita dapat tahu baby dapat minum secukupnya, lagi-lagi ibu-ibu yang baru nak breastfeed baby. Sebab itulah, ilmu breastfeeding tu perlu digali sebelum kita bersalin lagi. Honestly, saya memang zero tentang breastfeed until this happen to me. Anak kena warded barulah terhegeh-hegeh mencari nformasi breastfeeding. Jadi, bagi ibu-ibu yang berazam nak breastfeeding your baby, dapatkan ilmu penyusuan itu dari A to Z, do it for your baby.

Jadi, hari ini saya nak kongsikan pengalaman anak saya dehydrated. Harap boleh memberi iktibar kepada mereka yang akan bergelar ibu-bapa.

Hari tu, Fateh kurang menyusu dan lebih banyak tidor dari berjaga. Saya ingatkan itu perkara normal. Kalau baby tak aktif dan asyik tidor then kurang nak menyusu, tu salah satu tanda baby ada masalah. Bila ada baby, kena aware banyak benda sebab baby dia tak tahu apa-apa bergantung pada ibu bapa dia. Kena check diapers dia, untuk newborn atleast baby akan wet and poo-poo unless 3 kali sehari, kalau kurang tu tanda dia ada masalah.

Petang tu, dia tak da lah meragam sangat sebab banyak tidor. Tapi perkara yang memeranjatkan saya ialah bila ada tompok pink kat diaper al-Fateh, atau pun pink stain. Saya ingatkan darah, tapi call emak dia kata normal, tu bukan darah. Then saya google untuk pastikan. Yup, memang bukan darah tapi pink stain atau dalam bahasa medic dia brick stain. Ianya merupakan urate crystal yang terhasil dari urate and calcium. Perkara ini normal bagi bayi yang hanya minum susu ibu saja, lagi-lagi bayi yang baru lahir. Namun sebenarnya, spot itu juga adalah tanda yang baby dehydrated.

Ehsan dari Google: Gambar brick stain
Malam tu, Al-Fateh meragam, menangis sampai tertidor berkali-kali. Kami berdua risau sangat kalau terjadi apa-apa pada anak kami. Suami rasa suhu badan Al-Fateh, dia kata macam demam. Pulak tu, tak da termometer kat rumah, suami download application termometer. Then check, suhu badan Fateh 36.7 darjah celcious. Suhu demam baby ialah 37 darjah celcious. Bila baby menangis tak berhenti-henti, kami decide bawa Al-Fateh pergi ke klinik berhampiran rumah, masa dah pukul 2 pagi. Sebenarnya, tak elok bawa baby keluar dalam waktu berembun sebab paru-paru baby belum develop sepenuhnya.

Ya, banyak pengajaran kami pada hari tu bila Al-Fateh sakit.

Sampai di klinik, doktor suruh segera bawa ke hospital, katanya Jaundice, lagilah kami risau nak kena bawa ke hospital terus. Kami pun pergi ke hospital Klang di unit kecemasan, kalau dah bawa ke hospital memang for sure kena admitted. Lama juga tunggu, hampir 2 jam lebih baru dapat masuk wad. Di wad kanak-kanak, doktor yang in charge tu, ambil suhu dan darah bagi sahkan penyakit baby saya. Tegas doktor tu, siap tanya kenapa sanggup hantar baby ke hospital dalam waktu sebegini? Buat rasa bersalah ja soalan doktor tu. Then, dia faham al-Fateh anak pertama, belum ada pengalaman. Sedih juga, bila doktor nak ambil darah, dahlah masa 3 hari lepas lahir, ambil darah untuk pemantauan diabetes 3 hari berturut-turut. Ni nak kena ambil darah lagi! Kesian anakku.

Selepas check, doktor maklum baby ada Jaundice sikit dan dia akan buat phototherapy iaitu jemur bawah lampu malam tu juga. Dia suruh balik dulu sementara untuk tunggu keputusan darah. Tinggallah al-Fateh di hospital, sempat juga nyusukan dia sebelum dia dibaringkan bawah lampu. Sedih dan berat hati nak tinggalkan anak sekecil tu seorang di hospital. Balik rumah, memang tak dapat tidor sebab terbayangkan al-Fateh di hospital.

Keesokan paginya, saya pergi berurut memandangkan telah berjanji dengan mak cik tersebut, tapi sepanjang kena urut fikiran kat anak, tak da feel pun nak mengurut. Pukul 8 pagi, dapat panggilan dari hospital. Sebaik selepas berurut, saya terus pergi ke hospital. Melalui ujian darah tersebut didapati bacaan Renal Impairment tak normal di mana kandungan urea tinggi dari paras normal. Ini berlaku berkemungkinan sebab baby kurang susu atau dehydrated. Doktor advise untuk permantauan di hospital, tiada ubat diberikan hanya susu ibu. Saya setuju untuk stay dengan baby supaya dapat breastfeeding sehingga baby sihat, sebagai ibu saya lakukan apa saja yang terbaik untuknya.

Sepanjang di hospital, saya diajar cara penyusuan yang betul dan cara membuat simpanan EBM. Setiap 2 jam, saya akan susukan al-Fateh. Kemudian, pam susu setiap 3 jam, yang ni ada skip memandangkan awal-awal susu tak da lah banyak mana. Then, baru saya realise selama ni cara penyusuan Fateh tak betul, patutlah dia dapat minum sikit dan nipples saya rasa sakit, rupanya cara dia hisap salah sebab tu nipple luka. Untuk tambahan susu, dia bagi gunakan cup untuk elak nipples confused. Comel sangat tengok al-Fateh menyusu guna cup. Tengok video bawah ni ye. 3 hari juga stay di hospital, saya usaha sungguh-sungguh untuk breastfeeding Fateh sampai ada tu saya tak lalu nak makan dan rasa letih sangat. Alhamdulillah, berkat usaha, bacaan Renal Impairment kembali normal dan dapatlah discharge. Oh ye, renal impairment tu ujian untuk kidney di mana dia tak dapat berfungsi dengan baik.


Sebelum saya akhirkan entry ini, saya nak kongsikan juga tanda-tanda dehydration pada baby sebagai langkah berjaga-jaga;-

  1. Lebih 6 jam, baby anda tidak buang air kecil (no wet diapers)
  2. Urine berwarna pekat dan berbau kuat
  3. Lethargy
  4. Mulut kering (Ni pun memang ada masa Fateh dehydrate)
  5. Tiada air mata semasa menangis (Ni pun sama)
Ini pula tanda-tanda seriosu dehydration:-
  1. Sunken eyes
  2. Kaki dan tangan sejuk
  3. Tidor yang berlebihan
  4. Kepala ada lekuk 
Kalau ada semua tanda di atas, segera ke Child care atau hospital bagi mengelak sebarang kemungkinan. Happy Parenting :) Semoga bayi anda membesar dengan sihat.


Sumber: Baby Centre