Google+ Followers

Saturday, January 3, 2015

Diari hamilku

Alhamdullilah saya telah selamat melahirkan bayi lelaki berat 3.27kg pukul pada 25 September pukul 4:51pagi. Saya bersalin secara normal. Pengalaman melahirkan bayi pertama saya merupakan saat yang paling saya tidak boleh lupakan, pengalaman itu sangat berharga buat saya walaupun sakitnya hanya Allah Maha Mengetahui. 

Sebagaimana entry sebelum ini, saya ada GDM semasa hamil dan disebabkan GDM ini jugalah saya dipaksa bersalin sehari sebelum due date kerana dikhuatiri bayi terlalu besar atau risiko lain-lain lagi. Apa pun semua dah tertulis di luth mahtfus. Doktor O&G telah pun menetapkan tarikh 24 September untuk saya bersalin secara induction labour. Hati mana yang tak berdebar dan gentar bila kena paksa untuk serah diri ke hospital untuk bersalin sedangkan belum ada tanda pun. 

24 Septemberpagi-pagi dah keluar rumah dan sampai PPUM pukul 7:40 pagi, lewat 10 minit dari masa ditetapkan. Setelah daftar, jururawat suruh makan dulu. Sempatlah makan dengan husband di Cafe PPUM. Tak lalu pun nak makan sebab masa tu rasa takut Pukul 10.30 Pagi, nurse hantar ke wad bersalin tingkat 3. Masa tu, perasaan makin bertambah risau bila memikirkan apa yang akan berlaku nanti. Hanya doa dan selawat peneman diri. Suami pula tidak dibenarkan masuk ke Labour Room, memang procudure PPUM. Husband dan MIL pun tunggu di tingkat 2 sementara menanti saya. 

Saya di bawa masuk ke wad IOL iaitu khas untuk Induction of Labour. Nurse suruh tukar baju bersalin warna pink. Lepas dah tukar, nurse pasang alat CTG kat perut untuk check contraction dan degupan jantung baby. Kemudian doktor datang, check my private part. Masa ni barulah tahu macam ni rupanya kena seluk. Hehe. Petua dari saya, masa nak kena seluk pastikan diri anda dalam bersedia dan tenang bernafas, Inn Shaa ALLAH kurang rasa sakit. Ada 1cm dah terbuka rupanya. Pukul 11.15 pagi, Doktor masukkan ubat induce. Sejam tak boleh gerak untuk pemantauan CTG. Saya call husband maklum yang saya dah kena induce maknanya bila-bila masa akan bersalin, mungkin malam atau pagi esoknya. Nasiblah dapat curi-curi bawa Handphone ikutkan prosedur tak dibenarkan bawa hp masuk. Saya dah mula rasa contraction pukul 1 petang tu, saya call husband untuk bagi sweater sebab dah rasa sejuk yang amat. Husband dan MIL pergi makan, after lunch baru dia akan naik ke wad. 

Sementara tunggu husband, saya solat zuhur kat bilik solat yang terletak luar dari wad. Lepas solat saya buat keputusan menunggu husband di luar wad saja. Beberapa minit jumpa husband dan MIL, beritahu dia saya dah start rasa sakit dari tadi, mungkin dah nak bersalin. Huhu muka husband dah pucat semacam, risau agaknya. Masuk-masuk wad, nurse cakap doktor nak jumpa, dalam hati saya tertanya bukan sepatutnya 6:15pm baru doktor untuk induce sekali lagi. Rupanya doktor nak terangkan yang PPUM ada buat kajian untuk cepatkan IOL in stead of letak ubat untuk setiap 6 hours, kajian tu nak tengok contractions bila letak ubat untuk setiap 3 jam maknanya nak bagi contractions lagi cepat dan masa deliver lagi cepat. Sekali doktor yang incharge check dah buka 3 cm, siap dia kata nak pecahkan   air ketuban lagi. Tiba-tiba rasa macam gel suam keluar dari bawah. Dah pecah ke? Cepat je doktor ni bagi pecah. Patutlah nampak stick putih panjang tadi. Haha serah diri je la. Contractions makin kerap rasa macam sejam sekali seingat-ingat saya. Masa tu, bila contractions datang ja sedut gas sampai rasa dahaga. Siap minta nurse bagi air lagi. 

Dalam pukul 9.00 malam tu, doktor check bukaan lagi. Kena seluk lagi, kali ni memang tak da nya nak tenang sebab sakit contractions. Bukaan baru 7 cm. Doktor suruh tolak masuk labour room. Dah nak bersalin ke ni? Debar sangat bila dah masuk labour room dahla dibiarkan bersama 3 orang student practical yang asyik berbual sama sendiri. Dah la sakit melayan contractions sambil tu dengar orang bilik sebelah meneran. Aiii masa tu, rasa nak ja meneran biar cepat sikit bersalin.

 Pukul 1 pagi, doktor datang lagi check bukaan, dah 8cm. Slow pulak bukaan saya, siap doktor nak tolong buat laluan lagi. Masa tu dah rasa contractions kuat tapi tak rasa nak buang besar pun. Boleh ke teran ni? Huhu.. Ikutkan dari pukul 3 pagi lagi saya rasa contractions kerap. Last-last doktor datang dia kata bukaan dah 10 cm bila rasa macam nak buang air besar maklum pada mereka. Dalam 3:50 pagi saya panggil doktor kata saya nak buang air besar ni. 

Di setiap contractions doktor minta teran. Sebabkan tak ambil class and zero sangat praktikal nak teran ni, banyak kali cubaan teran ni tak juga bersalin. Hampir sejam lebih cuba, akhirnya berjaya juga meneran sampailah baby keluar. Nampak cam senang teran ni, seriusly nafas kena cukup panjang dan stamina mesti cukup barulah mudah nak meneran. Teran tak boleh keluar suara! Buang tenaga nanti Doktor yang conduct tu advise. Susah betul meneran ni kan sampaikan baby tertahan kat tulang pelvik. Sian baby. 

Lepas dah berjaya teran, terdengar suara my baby menangis. halus sangat suaranya. Staff nurse serahkan baby pada saya. Dia tanya perempuan ke lelaki sambil sua kan alat sulit baby saya. Saya dengan yakin cakap baby boy. Terus saya peluk baby saya yang masih disalut air ketuban putih-putih. Nampak bersih ja baby baru lahir siap buka sebelah mata. Comel. Lepas tu, saya ingat dah boleh tidur nak rehat bila doktor kata tinggal nak keluarkan uri ja sebab dah tak payah teran lagi. Sekali kena jahit.  Perit sangat kena jahit. Tapi sebab tak tahan doktor bagi bius. Saya tidur dan tahu-tahu ja dah siap jahitan. Lepas siap jahit tu, Staff nurse tadi datang balik, dia kata husband saya dari masjid, sekejap lagi sampai tengok baby. Saya hanya mampu angguk saja, maklumlah dah penat sangat. 

Lebih kurang pukul 8:30 pagi tu, nurse datang untuk pindahkan saya ke wad post natal. Keluar labour room tu, dah nampak muka husband kat pintu depan sambil tersengih. Saya lambai suruh ikut sekali ke wad Post Natal. Bahagia. ;) Nurse tempatkan saya di katil 54. Beberapa minit kemudian, ada nurse bawa masuk baby saya. Dah bersih. Ya ALLAH berseri betul anak umi. Seketika itu rasa syukur tak terhingga kerana lengkap sudah keluarga kecil kami. Inn Shaa ALLAH umi dan abi akan jaga awak sebaik mungkin, akan mendidik awak menjadi anak soleh dan akan membesarkan awak semampu mungkin. Anakanda anugerah daripada ALLAH  SWT terhebat buat umi dan abi ;)..Alhamdulillah syukur padaNYA yang tak terhingga, terima kasih Ya ALLAH..

Selepas ini akan bermula kehidupan parenting kami.. Moga dipermudahkan perjalanannya 


No comments: