Google+ Followers

Friday, January 30, 2015

Fateh First Swim Session at Hippopo Baby Spa and Wellness

Assalammualaikum semua :)

Bila tengok ja tittle atas tu, mesti korang pernah baca tentang Baby Spa ni kat blogger famous Irine Nadia kan? Samalah kita, sampai terjebak nak bawa baby berenang kat Hippopo baby spa ni masa belum mengandung lagi. Tup..tup.. cita-cita dah pun termakbul. Alhamdulillah :) Kami pergi hippopo baby spa ni pada 25 Januari yang lalu sempena anniversary kami yang kedua tahun dan genap umur Fateh 4 bulan. Boleh ke Fateh berenang ni? Keladak betulkan fikiran umi dia ni. Yakin ja Fateh boleh berenang, kalau tak try manalah kita tahu kebolehan dia.

Hippopo Baby Spa ni ada 3 branch di kawasan Lembah Klang ni, Centre Point Bandar Utama, Great Eastern Mall dan Setia Walk Mall Puchong dan 2 lagi ada di Johor Bahru dan Penang. Dengarnya nak buka kat Empire Shopping Mall tapi tak pasti dah buka ke belum. Kami pergi branch yang paling dekat dengan rumah, di Centre Point Bandar Utama. Sebelum nak datang, saya dah call dulu untuk set appointment, boleh ja walk in tapi kalau dah penuh kena tunggu turn pula nanti. Better call dulu before datang lagi-lagi nak datang weekend confirm full house. Baby Spa ni dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Saya book untuk Fateh hari Ahad pukul 4.00 petang, masa tu je pun available masa lain dah penuh, cepat ja kan penuh lagi-lagi weekend.

Baby Spa ni ada sediakan pakej swimming and massage, boleh ambil kedua-duanya atau salah-satu. For first visit, kita try terus pakej swimming + massage, lagipun both package ni bagus untuk baby development especially to develop their confident level and coordination of brain with otot-otot (ha.. barulah sel-sel otak berhubung) dan boleh bantu built up otot-otot kaki dan tangan baby melalui hydrotherapy iaitu exercise dalam air.


Hippopo ni terletak di tingkat 1, Centrepoint. Naik ja escalator yang kat tengah tu then pergi yang wing belah kanan, dah nampak spa ni. Pergi weekend memang ramai orang, masa datang tu dah hampir full pun.


Mula-mula kena register dulu dan buat pembayaran sebelum nak swiming. Then, diorang kenalkan therapist yang conduct sesi berenang untuk Fateh, namanya Wanie, comel molek ja orangnya dan sangat friendly. Wanie brief sikit pasal spa ni dan package yang kami ambil.

Yang tengah brief tu lah Wanie.
Ni lah wanie si comel molek :) Baik ja layanannya. 
Kat Spa ni ada 2 jenis kolam, kolam kecil tu untuk baby bawah 6 bulan dan kolam besar tu pula untuk baby atas 6 bulan hingga 3 tahun. Kolam besar tu boleh muat untuk 3 orang dalam satu masa. Suhu air kolam ni 34C-36C, suam-suam kuku sesuailah dengan suhu badan baby. Air kolam ni tak sama macam public pool, kolam ni special no cholorine dan airnya pula sentiasa ditukar setiap kali digunakan.


Sebelum nak masuk kolam, therapist tu buat stretching kan kaki dan tangan Fateh supaya tak da lah terkejut bila masuk dalam kolam tu. Mood Fateh hari tu agak swing sikit mungkin mood beralih bulan agaknya. Masam ja mukanya. Dah strecthing, dia tukar diaper Fateh guna wet diaper yang dah termasuk harga pakej.


Dah siap stretching, barulah boleh masuk kolam. Sebabkan badan Fateh ni agak semangat dan tinggi, therapist tu bagi Fateh swimming dalam kolam besar untuk baby 6 bulan ke atas tu. Kami ikut ja, logic la kalau masuk kolam kecil tu confirm kaki jejak lantai. Sebelum nak masuk tu, dia bagi Fateh main-main dulu dengan air, nak dia biasakan diri dengan kolam tu. Bila therapist tu rendam Fateh dalam kolam, terus dia menangis sebab gayat agaknya. Tinggi kot kolam tu. Fateh ni bukan jenis takut air, kalau time nak mandi bukan main excited lagi, masuk dalam air lagilah dia excited. Habis air terpercik dia tendang-tendang dalam besen baby yang tak seberapa besar tu. Confirm gayat tinggi.

Tengok ni anak umi nangis. Malu..malu... hehe (kot-kot Fateh dah besar baca blog umi)

Bila mood dia nampak ok, therapist try pakaikan pelampung neck support. Alamak, menangis lagi teruk, then dia tukar pakaikan pelampung jenis duduk tu, baru dia diam. Hehe pandai anak umi terus nak pakai pelampung baby besar ye.

See... Clap-clap! Fateh dapat face the fear. Kejap je hilang nervous after beberapa minit dibiarkan dalam kolam. Tengoklah tu bukan main selamba ja muka dia dalam air kan, siap hisap jari lagi. Pandai Fateh berenang ye, siap kicking lagi dalam air tu. Happy umi tengok Fateh enjoy sesi swimming ni. Nanti umi n abi bawa Fateh lagi ye. :)



Dah swimming lebih kurang 30 minit, time to massage pulak! Ni biasa dah buat kat Fateh after mandi. Therapist tu massage the whole body dari kaki sampailah ke badan dengan guna massage oil yang 100% organics. Nampak macam bestnya kena urut, umi pun nak juga! Badan dah sakit-sakit dah ni. Abiiiiii belanjalahhh spa juga. Bukan main gedik ko tulis kat sini ye. Bluerk.


Lepas dah massage, Fateh dah macam lapar ja lepas dah berendam. Kat situ ada bilik khas untuk breastfeeding, sempatlah nyusukan dia sebelum balik. Then, dalam kereta, sambung lagi kali ni sampai tertidor anak umi. Penat ye swimming.

Bagi yang nak tahu harganya boleh tengok kat bawah ni. Kalau nak consistent bagi anak swimming, boleh terus ambil 10 session, saving lah juga lagipun leh guna setahun.


Ni pakej yang saya ambil, swimming and massage untuk 30 minit. Lepas ni mungkin boleh terus ambil pakej swimming yang 10 session terus.



 

 Yang ni pula baby massage dan swimming package berasingan dari 10 session sampailah unlimited. Macam berkenan kat pakej swimming 10 session tu, tapi fikirlah dulu. Hehe :) 


Kalau nak lagi jimat boleh ambil combine package ni, dua-dua dapat dengan harga yang jimat.

Kalau nak tengok kebolehan baby korang berenang, datanglah sini. Best tau bila tengok baby kita boleh berenang comel ja tengok dalam kolam tu. Macam saya cakap tadilah, berenang ni bagus untuk baby development and brain simulation, sebab itu jugalah Rasulullah kata ajar anak 3 perkara iaitu berenang, memanah dan berkuda. Sorry tak ingat hadisnya bunyi macam mana. Setiap sunnah Rasulullah tu pasti ada kebaikannya.

Kat sini saya attach contact no. Hippopo Baby Spa and Wellness bagi yang berminat nak pergi
Address : F30 1st Floor, Centrepoint Bandar Utama, No. 3 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Operation Hours : 10 a.m.- 8 p.m. (Monday-Saturday)10 a.m. - 7 p.m. (Sunday and Public Holiday) 
Dear Parents, memang tak rugi bawa your little one datang sini, ni la masa nak bonding time with your baby sambil tu korang bolehlah belajar parental skill macam massage baby. Must try! Nanti bila baby dah besar boleh tunjuk video dia berenang masa baby, ha barulah ada sweet memory gitu kan.

Last but not least..

Nak bagi tips sikit. Sebelum nak datang sini, pastikan baby korang in good mood jadi tak la spoil masa nak berenang nanti, baby pun boleh moody kan, kang rugi ja kalau dia tak nak masuk kolam, so pastikan perkara-perkara ni dulu sebelum datang:

  1. Dah breastfeed dia atleast 30 min before sampai Spa, bagi dia kenyang-kenyang baby happy, mommy lagi happy
  2. Baby dapat tidor yang secukupnya before datang. Elakkan booking waktu-waktu sleeping time dia, baby kalau tak cukup tidor mulalah meragam nanti bertambah pula aktiviti berenang yang perlukan semua otot bergerak. 
  3. Baby tak ambil vaccine sehari sebelum datang Spa. Kalau nak bawa baby juga, kena tunggu atleast lepas 3 hari vaccinate.
  4. Baby tak demam, selsema dan batuk. Pastikan baby betul-betu sihat.   

Macam biasa, sebelum keluar kolam, selfie anak beranak dulu. Ok korang, till next entry .

No comments: