Google+ Followers

Wednesday, January 28, 2015

Majlis Aqeqah Muhammad Al-Fateh Aaqil

Assalammualaikum semua :)

Mengerjakan ibadah aqeqah untuk anak adalah sebagai tanda kesyukuran kita pada Allah yang mengurniakan kita cahaya mata bagi yang berkemampuan. Ibadah aqeqah ni sunah Rasulullah S.A.W. afdalnya ibadah aqeqah ni dibuat hari ke tujuh kelahiran bayi beserta cukur jambul. Cukur jambul dalam Islam tak sama macam amalan orang melayu kita, amalan ini patut dibetulkan, ikut cara rasulullah: rambut yang dicukur ditimbang dan dinilai dengan harga emas/perak, nilainya didermakan pada orang yang daif. Untuk sembilahan aqeqah pula anak lelaki disunatkan menyembelih 2 ekor kambing dan anak perempuan pula hanya seekor kambing. Mudah sebenarnya nak adakan majlis aqeqah. Yang paling senang serahkan ja pada surau atau masjid berdekatan untuk uruskan aqeqah kita, tapi kena ingat agihan daging aqeqah ni perlu dimasak dulu,aqeqah tak sama macam ibadah qurban. Selain itu juga, ada juga agen yang boleh uruskan aqeqah kita dari A-Z macam EZ Qurban, jadi tak pening kepala kan. ;) Kalau nak buat kenduri kat rumah pun tak da masalah.

Memandangkan ni anak pertama, jadinya kami buat keputusan untuk adakan majlis aqeqah Fateh di di rumah mertua dan di kampung saya. Kedua-dua majlis dibuat secara sederhana, kami menjemput saudara-mara dan sahabat yang terdekat serta jiran-jiran. Alhamdulillah, dapat juga buat majlis aqeqah ni sebelum naik kerja. Nak arrange majlis aqeqah ni tak dalah susah mana, sebabnya banyak dah tempat menyediakan perkhidmatan sembelih kambing dan catering tapi kalau nak sembelih ja pun tak pa if nak masak sendiri atau ada catering lain. Terpulanglah cara masing-masing. 

Untuk kambing saya tempah dengan Osman Goat Farm 3 minggu awal. Kita boleh pilih sendiri kambing yang kita suka, kemudian buat tempahan. Macam farm ni, dia ambil deposit ikut kemampuan diri sendiri, so ikutlah nak letak deposit berapa, selebihnya dibayar masa hari nak sembelih. Bila tiba waktu hari nak sembelih kambing tu, boleh ja datang tengok sembelihan kita, tapi kalau tak nak tengok pun boleh minta hantar kambing terus ke lokasi yang kita nak. Sebabkan first time buat majlis aqeqah, nak juga tengok sembilahan aqeqah anak, saya bawa Fateh sekali pergi tengok sembilahan. Jangan khuatir tempatnya dijaga bersih dan tempat sembilahan pula luar dari kandang kambing, jadi tak dalah nak risau bawa Fateh sama.



Dah siap kambing sembelih, sorry kalau gambar ni buat korang rasa nak pitam. Lepas siap sembelih dan lapah, saya minta orang tu hantar ke lokasi catering kami. Saya tempah catering dengan kawan emak saya, Mak Ani. Lama dah kenal Mak Ani sejak saya sekolah teknik lagi, sebab dia ni pengusaha kantin sekolah saya. Sekarang dah ada restoran kat Bandar Baru Uda. Masakan dia sedap-sedap especially Nasi Ambang. Dah terliur plak ni. Adoiii. Untuk majlis ni, saya tempah nasi minyak, lauk pula kambing masak kurma, kambing masak manis, ayam masak merah dan acar buah epal. Emak pun ada masak juga, dia buat hidangan ketupat, rendang daging dan soto ayam.

Untuk desert pula emak tempah kuih koleh dan talam ubi, emak pun ada buat pengat pisang i pula buat dadeh cokelat.. haha simple-simple kasi aku buat. Jiran-jiran pun ada yang baik hati bagi makanan lain, antaranya laksa asam, kuih donat, apam polka-dot dan puding caramel. Terbaiklaaah jiran-jiranku... Meriah juadah makanan disediakan.  Untung duduk kampung,masyarakatnya masih amalkan gotong-royong tak macam setengah tempat, hal aku hal aku hal ko lantak ko. Sampai jiran pun tak kenal. Alamak kena batang hidung sendirilaa. 

Gambar lain tak da, ada gambar dadeh i ni ja, ni ja boleh tempek kat sini.


Okok.. Proceed! Untuk tema warna, kami pilih pink biru sebabnya selain meraikan Fateh, kami sekeluarga juga meraikan anak saudara saya yang beza sebulan ja dengan Fateh, namanya Nur Humairah, sepasanglah cucu emak tahun ni sebab tu lah tema pun jadi pink biru. Hehe :) Warna typical tapi yang penting warna tu tak suram kannn.. I loike! Baju plak kami sekeluarga pakai dark blue mix with brown khakis. Baju Fateh tu tempah kat jiran sebelah, bila nak bayar dia kasi free hadiah Fateh katanya. Terima kasih cik yanti ! Baik sungguh budimu


Macam saya ni kan new mom, jadi excited terlebihla jadi beriya-iya cari buaian untuk berendoi. Nasiblah anak nak tidor dalam tu walaupun sekejap ja, kalau tak buat pembaziran je la kan. Kami tempah buaian dengan Izan Bridal dengan harga budget tapi puas hati, dekorasi pun saya minta yang simple ja asalkan boleh berendoi. Bukan apa, untuk kenang-kenangan dan nak seronok-seronok bergambar. Tak gituuu? Tapi kalau jenis kreatif boleh je hias sendiri buaian anak tu atau baby cot, lagilah jimatkan. Kalau tak nak ada buaian pun tak pa, ikut citarasa masing-masing.







Majlis dimulakan selepas zuhur dalam pukul 2.30 petang. Ramai juga tetamu yang hadir, tak sangka betul. Alhamdulillah nasib makanan cukup. Majlis dimulakan bacaan yassin untuk tahlil arwah nenek dan saudara-mara, kemudian barulah marhaban dimulakan. Ada peristiwa tak boleh lupakan, boleh pula saya bagi ucapan sebelum doa dihabiskan, tak tahu pula ada sambungan bacaan doa dari mak cik lain. Haha patutlah masa berucap tu muka mak cik-mak cik tu terkedu ingatkan text ucapanku yang boombastics rupanya orang tak habis doa aku dah berucap. Maluuuu betul.






Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, yang diraikan pun dah selamat pun tidor nyenyak. Hmm umi dia ja masih ada isu lagi... sampai sekarang tertanya boleh ke orang yang buat aqeqah makan daging aqeqah? Husband pernah tanya ustad dia, dia kata boleh makan setakat untuk rasa, google plak kata tak boleh makan. Mana yang betul yee? Last-last tak makan pun sebab was-was.


By the way, bagi yang nak buat majlis aqeqah anak, sini saya list out budget and attach kan sekali contact no. kot-kot lah nak guna service mereka ni. Sharing is caring kannn ;)

Kambing siap sembelih and delivery
Harga kambing: RM 850 (range sampai RM1400)
Kos delivery sekitar JB: RM 20
Telefon no: 016-718 0857 ( Supri)
Alamat: No. 38 Jalan Enau, Kangkar Tebrau

Catering (Restoran Bumbu Kampung)
Harga 4 jenis lauk + Nasi Minyak (100 orang) : RM400.00
Telefon no: 012-667 7188
Alamat: No. 32 Jalan Padi Ria 13, Bandar Baru Uda

Khemah
Harga 1 unit khemah dan 5 meja bulat + 2 meja catering siap skirting : RM350.00

Buaian - Izan Bridal
Harga buaian termasuk decoration: RM250
Telefon no: 019-779 2934

Kesimpulannya, majlis aqeqah ni kos dalam anggaran RM2,000.00 memang costing jugakan nak adakan majlis aqeqah ni, tapi teringat ceramah ustad kat IKIM pasal aqeqah ni, dia nasihatkan ibu-bapa ni sebelum nak buat majlis hari jadi anak ribu-ribu habis lebih baik uruskan aqeqah anak dulu, syariat mesti didahului. Memang costing tapi kalau niat yang baik pasti Allah makbulkan juga, tak salah pun kalau kita buat saving sebelum anak lahir semata-mata niat nak buat aqeqah ni. InshaAllah mudah ja urusannya. Kalau jenis nak berjimat tu, macam saya kata tadilah boleh minta EZ korban uruskan, kalau tak silap bayaran hanya RM500 sahaja. Saya bukan apa tau ajak buat aqeqah ni, ye la saya pun sama ja terpaksa kumpul duit juga nak buat aqeqah anak, tapi ni soal amanah tak nak buat main, walaupun Ibadah aqeqah ni bukanlah wajib, tapi kami nak didik anak kami untuk jalani kehidupam ikut sunnah Rasulullah. InshaAllah. 

2 comments:

honey bedazzled said...

boleh aih..pesaipa plak xbole..islam itu mudah

asra muslim said...

tu lah.. ada yg cakap boleh dan ada pendapat kata tak boleh. tak sure mana betul, hari tu memang tak merasa la kambing padahal my fav tau :)