Google+ Followers

Saturday, January 31, 2015

Resepi Macaroni Bakar

Assalammualaikum semua

Hari ni nak share resepi orang bujang lagi, kot-kot dalam freezer dah tak da lauk, bolehlah try resepi yang simple ni. Resepi ni main try and error ja bukan resepi Macaroni Bakar yang tahap chef-chef tu. Mudah sangat buat macaroni bakar ni hanya guna method rebus, tumis dan bakar dalam satu setengah jam boleh siap dah. Bahan-bahan pun saki-baki buat spaghetti bolognese semalam. Kalau nak cuba, dipersilakan ye..


Bahan-bahan yang diperlukan sama ja macam nak buat sos bolognese iaitu ayam/daging kisar brand Ramlee, capsicum, bawang merah, bawang putih, cendawan butang, tomato, sos spaghetti bolognese prego, cheese (guna cheese cheddar pun boleh) dan macaroni. Kuantiti ikut kesesuaian, nak lebihkan bawang atau capsicum pun tak jadi masalah.


Step pertama, rebuskan macaroni tersebut supaya kembang tapi awas ye jangan sampai lembik pula macaroni tu. Sambil-sambil tu siapkan bahan-bahan untuk menumis. Bawang merah, bawang putih, capsicum, tomato dan cendawan di potong dadu. Kemudian barulah boleh tumis bahan-bahan tadi.


Step kedua, kita menumis pula. Panaskan 4 sudu minyak (ikut kuantiti bahan kita guna, banyak bahan banyaklah minyak guna). Kemudian masukkan dulu bawang putih, dah naik bau baru masukkan bawang merah pula sampailah nampak layu. Lepas tu masukkan ayam kisar brand Ramlee sampai keluar air baru masukkan sos prego dan bahan-bahan lain seperti capsicum, tomato dan cendawan. Pastikan ayam dah masak betul baru padamkan api. Letakkan sos ke tepi. 


Step ketiga pula, gaulkan semua bahan ditumis tadi dengan macaroni sebelum dibakar dalam oven yang dipanaskan suhunya 220C selama 25-30 minit. Sebelum nak bakar tu, susunkan bahan yang digaul rata dalam loyang dengan selang-seli, macaroni dan cheese. Then baru boleh masuk oven untuk dibakar, perhatikan sampai cheese tu masak. 




Inilah hasilnya. Excuse my macaroni bakar yang terlebih masak cheese dia. Kadang rupa ja buruk, tapi rasa sedap. Cehhh, nak kata dia masak sedaplah tu kan. Haha.. Seriously masih nak belajar banyak lagi ilmu masakan barulah suami sayang. Hehe.

Notes: Teringin nak belajar masak dengan chef cik ju adik kak yan blogger (link)

Till next entry. Selamat mencuba :)

No comments: