Google+ Followers

Thursday, January 29, 2015

Restoran ROA Jovian Mandagie

Assalammualaikum semua ;)

Alhamdulillah baru ja baik demam. Musim demam agaknya sekarang ni. Anak buah pun admitted sebab demam panas. Nak jadikan cerita balik dari Klinik Ajwa, Seksyen 7 ternampak satu restoran ni dari jauh, eh tu macam abam Jovian Mandagie ja kannnn. Eh bila plak dia jadi chef ni setahu i dia ni kan fashion designer, getus hati saya. Terus ja ajak cik husband buah hati berulam jantung makan kat sini.

Signboard ROA side tepi, side depan tu muka abam Jovian Mandagie.
Dapat ambil gambar side ni sebab parking depan ni. 

Masuk-masuk ja restoran terus terpegun dengan ambience restoran ni, cantik sangat! Classic sungguh decorationnya. Mula-mula tengok wall deco dia, banyak gambar-gambar vintage. Hiasan restoran ni pun banyak dari koleksi barangan lama, vintage sangat! Ada type writer lama, briefcase lama, kipas lama dan macam-macam la barangan dari zaman muda-muda atok-nenek kita dulu. Meh kita tinjau-tinjau dulu restoran ROA JM ni. Sila cuci mata gambar-gambar kat bawah ni.








Sapa minat vintage, bolehlah singgah makan kat sini. Pula tu banyak meja disediakan bolehlaa book untuk buat farewell party ke birthday party ke tak pun family gathering. Sesuai sangat nak buat event-event kat situ sebabnya luas dan banyak meja. Memandangkan hari tu tak gigih nak menunggu husband set up stroller Fateh, dan-dan tu juga ajak husband duduk kat meja paling hujung sekali, ada sofa boleh baringkan Fateh. Bijak tak I? hehe. Belakang tu, budak-budak uni kot. Terdengar juga la gossip diorang. Rindulah kat kawan-kawan seuni dulu, korang korang  korang kat mana korang korang korang kat mana? annoying pula lagu tu, hehe tapi still jadi sebutan kan.


Dah habis satu restoran kita tinjau, tempat duduk pun dah dapat, jom order makanan pula. Makanan kat sini berkonsepkan makanan orang midano. Rupanya JM ni keturunan manado ingatkan keturunan mat saleh celup. Hehe Banyak pilihan makanan jenis berlauk, yang pastinya pedas-pedas belako. Masakan panas macam nasi goreng kampung ke cina ke seafood ke tom yam ke memang tak da, yang ada nasi goreng roa. Buku menu dia memang cantik, siap ada history of ROA, tak terbaca pula hari tu sebabnya asyik pandang decoration restoran dia yang cantik belaka.


Tengok dalam gambar macam menarik, bolehlah order. Masa order, saya nak air alpukat, tapi tak da, waiter tu pula macam blur-blur ja nak cakap alpukat tak da, maklumlah bangsa asing yang ambil order (oh ya saya perasan rata-rata pekerja roa ni orang luar, tak tahulah nak kata bangsa mana kitakan serumpun kikiki). Nasib datang kawan dia, beritahu alpukat tak da, so dia tunjuk tab untuk minuman jus yang available. So saya pilihlah punch fruit, air campuran buah-buahan. Budak baru kot yang mula-mula ambil order tu, terkial-kial jugalah dia nak ambil order kita orang. Nasiblah i sabar orangnya. Hehe

Makanan sampai dalam 15 minit, presentation hidangan tu cantik dah, nampak sama dalam menu dia, rasa macam mana? Mula-mula rasa nasi goreng dia, ishh cam pelik plak rasanya may be ni style masakan manado kot, ada rasa dapur arang sikit lepas tu tak sure dia guna rencah apa, yang pasti lainla rasanya memang tak leh terima tekak. Set nasi goreng roa ni datang dengan telur mata dan ayam rica-rica, nasib ayam rica-rica dia sedap tapi pedas oiii. Sambil makan minum air, emmm tak bagus untuk kesihatan tapi dah pedas mana boleh tahan! Well, punch fruit dia memang sedap, terasa buah-buahan dah kenala punch line dia. My husband pula order coffe latte dan tak order makan, diet katanya. Diet-diet pun bila pelawa nasi goreng, ngap juga sampai nak habis. Hehe




Nampak tak hiasan meja dia, guna fresh flower lagi dan ada lampu meja juga. Malam-malam ni cantiklah kan, mode romantic gitu kalau dari pandangan mata i ni. :) Bolehlah ajak abam korang dating sini. Sweetnyaaaa



For me, restoran ni memang cantik sangat-sangat, best untuk melepak lagi-lagi kat sofa yang kita orang duduk tu. But untuk makanan, tak kenalah dengan tekak. Pedas sangat. Kalau korang jenis kuat makan pedas, bolehlah cuba masakan kat sini. Banyak lagi menu pilihan, lagipun saya try satu menu ja kan, tak naklah judgemental sangat. Bila rasa nasi goreng roa tu dah fail, nak try cake-cake kat situ pun tak jadi.. Sobs 



Kitorang memang suka selfie anak-beranak ni, sampai my husband dah masak dah dengan perangai selfie anak-beranak kat kedai makan, siap dia kata "abang dah tahu" terus ajak gambar. hehe.

Till next entry ;)

No comments: