Google+ Followers

Sunday, January 18, 2015

Grand Lexis Port Dickson Review: Private Pool

Assalammualaikum semua :)

Masa pantang lagi, dah plan nak sambut anniversary di Grand Lexis, Port Dickson. Tapi sungguh tak ku sangka dapat pergi sebelum sambut anniversary pula. Betullah orang kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Syukur pada Allah. :) Entry kali ni saya nak review resort cantik ni.. 

Grand Lexis ni terletak berhampiran pekan Lukut, perjalanan hanya sejam setengah dari Kuala Lumpur. Yang bestnya resort ni ada private pool dalam bilik. Kalau jenis nak rehat dalam bilik ja, ha nilah tempatnya! Bolehlah berenang dari subuh sampai ke malam. Huhu. Resort ni ada 3 jenis, ada kat atas air/ water chalet, atas tanah/ garden chalet dan kat dalam bangunan/ sky living. Harga pula bergantung pada bilik. Macam yang kami pergi ni, kami dapat menginap jenis chalet atas air dan bilik pula jenis Executive Pool Villa, ada twin king size bed.   

Kami bertolak dari KL selepas solat Jumaat, sampai PD dah dekat maghrib. Resort ni boleh mula check in pukul 3.00 petang. Kat receptionist tu, kami check in dan ambil access card, lepas tu Bellman hantar kami ke bilik dengan menaiki buggy lagi.   



Sampai-sampai bilik, dah excited tengok pool dah tak sabar nak berenang tapi hold dulu, kena mandikan Fateh dulu, nanti lewat-lewat mandi, sejuk pula dia kang, dia kan baby lagi mana tahan sejuk ni. Tadi sepanjang perjalanan, Alhamdulillah dia ok ja banyak tidor. Sampai resort ni pun, dia masih tidor lagi tapi sebabkan dah kena angkat, barulah dia jaga siap gelak-gelak, sukalah tu dapat datang sini, macam dia ja yang nak berenang dalam pool tu, haiiiippp! hehe


Ni twin king bed size, bagi Fateh rasmikan dulu. Samalah pula color seluar Fateh dengan wall and stool, dah nampak comel atas katil tu. Hehe. Katil dia selesa sangat, pillow pula memang jenis buat kita tidor lenalah yang pastinya.


Ha ni lah private pools dia, tak besar sangat tapi puaslah juga berendam dalam tu. Ketinggian pun 4 kaki, paras perut saya ja ni. Pelampung pun ada disediakan. Gambar ni, snap masa mula-mula sampai, jadinya malaplah sikit dah sampai pun dekat-dekat waktu senja.




Cantikkan pool dia, ni terang sikit sebab snap pagi hari. Kat luar sikit dari pool tu ada shower disediakan untuk bilas badan, tapi kalau siang-siang hari ni nak bilas badan kat situ fikir banyak kali juga sebab ada cermin kat sebelah dia. Memanglah private pool, tapi kena hati-hati juga sebab cermin tu tak ber"tinted" for sure orang luar boleh nampak kita.




Dari kolam renang tu, boleh intai-intai living room, pantry dan shower. Ada tingkap yang boleh tutup dan buka, bila malam je tutup, nanti kang ada nyamuk, sian baby i. 


Iron and board pun disediakan bagi memudahkan kita, Macam ni lah bagus, tak dalah susah-susah nak iron kat luar kannn atau call house keeping minta iron and board. Penting tau iron ni bagi saya. 


Cantik betul design cermin ni, berkenan betul. Sinki pun besar, dapatlah mandikan Fateh dalam tu. Sebelum mandi, dah bersihkan betul-betul sinki tu lagipun kan ada heater air panas, kuman confirm dah dinyahkanlahhh. 


Motif gambar ni, nak tunjuk betapa bersihnya resort ni ok! Siap dia lekatkan pelekat tu lagi yang nak menunjukkan toilet bowl tu dah pun sanitised. Sangat hygienic :) Nak bagi berapa bintang yaaa.. hehe 


Berkenan betul lah marble table ni. Boleh dibeli tau dengan harga RM368. Mahal sangat, simpan dululah niat nak beli.


Bagi yang rajin, bolehlah masak-masak dalam pantry ni. Ada microwave disediakan. Selain itu juga ada juga 2 set pinggan-mangkuk dalam drawer atas tu. Kan dah cakap homey sangatlah resort ni. Memang convenience sangat. Makan maggi dulu petang-petang lepas berendam. Malam kang kita makan kat luar pula, ada restoran seafood kat luar resort ni, tak sampai 10 minit dah sampai.


Ada kaca kat lantai ni, boleh see through laut kat bawah resort ni, bila air naik, nampaklah air laut yang kebiruan dan bila surut boleh nampak pasir kat bawah tu, sungguh mendamaikan, 



Ni suasana water challet di awal pagi. Tenang sangat! Bangun pagi sambil minum kopi kat beranda tengok-tengok laut. Wahh best betul kalau hari-hari dapat ngadap suasana macam ni. Hilang stressss.. hehe


Ni pula boardway nak ke challet, cantik dan eco-friendly sebab sepanjang tu dihiasi tanaman hijau dan ada disediakan railing bagi meninjau laut kat kawasan sekeliling challet.


Ni pula public pools, ada gelongsor air dan water theme utk kanak-kanak, waktu petang-petang memang penuhlah pool ni. Selain pool ni, ada juga kemudahan lain disediakan macam padang untuk volleyball, archery dan macam-macam lagi outdoor game. Best juga outdoor game yang disediakan di sini. Kalau boring boleh cuba-cuba outdoor game yang disediakan. Oh ya indoor game pun ada juga kat level 12, tapi tak dan pula nak usha.



Ni pula mainan YoYo Car digerakkan secara bergayut dan swing, haha ntah macam manalah gayanya. Tak try pun mainan ni. Macam seram je nak try. Hehe



Yang ni Segway ride track. Ni best! dah cuba sekali pasti nak lagi. Haha.. Untuk gerakkan segway ni hanya dengan imbangan badan saja. Mula-mula memang takut-takut sebab macam rasa nak jatuh. Tapi senang ja rupanya benda ala ni, gerakkan badan ke depan bila nak jalankan dan tarik ke belakang bila nak berhentikan ride ni. Untuk belok kanan atau kiri, just sengetkan ja badan kita ikut arah yang kita nak. Best wei! Try laa. Harga RM10 untuk 2 pusingan, RM15 untuk 3 pusingan. 



Pakai skirt pun boleh naik segway ride ni ok. Tak pe, yang penting pakai safety dia, so tak dalah jadi apa-apa bila jatuh atau perkara yang tak diingini berlaku.


Ni pula makanan kanak-kanak, giant playground. Bagus kot untuk perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal sebab ada aktiviti memanjat, bergayut, mendaki dan macam-macam ada.


Oklah kot, banyak sangat dah ceritanya ni. Harap dapat datang lagi ke sini. Memang enjoy datang sini. Haii rindu pula nak swimming kan. Ok till next entry

3 comments:

Norah Norah said...

HI.. I'm one of the owner of Grand Lexis unit. I'm happy to read your blog post on Grand Lexis. Feel free to come again next time, ok!

Just to let you know, I rent out my private unit at a cheaper rate then published by hotel. If you are interested to book, please go to our website http://www.waterhomespd.com or Facebook Page Water Homes PD.

Bye!

TH said...
This comment has been removed by the author.
TH said...

Hi,
Nampak bestnya cuti ke Lexis PD.
Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD