Google+ Followers

Monday, January 5, 2015

Salon Muslimah: Siti Salon Al-Zahrah di Laman Seni Seksyen 7

Assalammualaikum semua :)

Akhirnya dapat juga gunting rambut! Suka! Suka sangat-sangat. Bukan main seronok, sampai lupa ucap Alhamdulillah. Hehe itulah manusia. Insaf :( Alhamdulillah, akhirnya dapat juga gunting rambut, dapatlah kurangkan sikit gejala rambut gugur ni. Gejala tu. Huhu. Lepas bersalin, rambut semakin menjadi-jadi pula gugur, nak-nak masa mandi dan sikat rambut! Dah macam segumpal berus periuk pun ada. Seriously tak tipu, tanyalah orang-orang yang ada pengelaman ni. Jadi, solutionnya kasi gunting ja rambut tu, biarpun rasa sayang tapi kena juga gunting bagi mengelakkan rambut gugur semakin worse. Parah! 

Hari Khamis kan cuti new year, timing pun dah cantik, ikut sunnah Rasulullah, hari Isnin, Khamis dan Jumaat hari potong kuku dan bersihkan anggota badan (private part). Kebetulan husband pun cuti dan saya pun tak naik kerja dari cuti bersalin, jadi ajaklah husband teman pergi gunting rambut ni, dah nak ikut tu kenalah belanja juga, lagipun berhias pun untuk dia juga. hehe. Selalunya potong ja sendiri dekat rumah ikut citarasa sendiri, tapi sekali-sekala nak juga comel macam kak ton. Haha :) So kali ini gunting rambut kat salon pulak kita! Actually tak dalah beriya sangat nak story kat blog pasal gunting rambut ni, tapi sebabkan salon ni sangat sesuai untuk para muslimah yang menitik-beratkan aurat, jadi saya kongsikan kat sini. Hmm... Terpanjang pula intro...

Salon yang saya maksudkan ialah Siti Salon Al-Zaharah yang terletak di Seksyen 7 sederet dengan kedai-kedai Butik Muslimah yang famous tuu. Salon ini adalah hanya untuk perempuan, lelaki not allowed. Selamat bukan untuk kita bebas buka tudung? Yeeee! Salon ini sesuai sangat bagi para muslimah yang menitik-beratkan penjagaan aurat mereka dengan bukan mahram. Lelaki adalah tidak dibenarkan masuk sama sekali, hanya boleh menunggu di ruang khas di luar salon sahaja. Hair dresser pun semua perempuan Islam, makanya aurat kita terjaga sesuai dengan syariat Islam. Pekerjanya pun memberi layanan baik, siap tolong jagakan my baby sepanjang gunting rambut lagi. Hari tu, saya gunting dan cuci rambut sahaja. Tak sempatlah nak buat treatment, kalau treatment nak kena stay dalam satu setengah jam, kalau ada rezeki nak juga try buat treatment bagi menguatkan akar rambut. Harga gunting rambut: RM28, cuci rambut: RM28 dan treatment rambut: RM150. Harga berbeza dengan perkhidmatan untuk kanak-kanak. Salon ni juga ada menawarkan perkhidmatan kecantikan seperti facial, body treatmeant, bertungku dan bertangkas.Salon muslimah ni highly recommended, salon ni selesa dan privacy terjamin, service pun bagus juga :) InshaAllah pasti puas hati. 

Salon ini ada cawangan lain iaitu di Bangi, Sri Rampai dan Seri Manjung. Kesemua cawangan termasuk Shah Alam ini dibuka dari jam 10.30 Pagi hingga 8.30 Malam setiap hari kecuali hari selasa tutup. Bagi nak menghubungi mereka, saya ada attached kan contact no. kat bawah ni:-

Shah Alam
No. 14B, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7
03-5523 9211

Bangi
Unit B-17-1, bangi Gateway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
03-8912 0387

Sri rampai
No. 15-1, Rampai Business Park South, Jalan Rampai Maju, Taman Sri rampai
03-4131 6386

Seri Manjung
P9, Fasa 1C3, 32040 Seri Manjung, Perak
05-688 7570

FB: Siti Salon Al-Zahrah (Gambar pun diambil dari FB mereka)

Perkhidmatan yang disediakan
Jadi jagalah mahkota
Ruang menunggu di dalam,, lelaki tidak dibenarkan masuk
Sauna
Katil yang selesa juga :)

Ruangan yang selesa
Bilik bagi rawatan kecantikan


Lepas gunting rambut, sempat juga jalan-jalan belakang kedai Seksyen 7, yang dipanggil Laman Seni Seksyen 7. Bagus juga idea dengan hidupkan lukisan dinding atau mural di lorong belakang kedai-kedai ni, bukan setakat boleh ber"selfie" atau ber"wefie" tapi kebersihan lorong belakang kedai juga terjaga dan terhindar dari jenayah. Syabas MBSA for the good effort :) Bagi yang suka bergambar, sememangnya Laman Seni ini adalah tempatnya. Nak usha-usha tempat ni, meh layan gambar-gambar bawah ni, tak semua mural saya bergambar, mana yang sempat je. 












6 comments:

Bazlia Amoza said...

Saya pun pernah pegi salon ni..best sebab sgt selesa for muslimah..my lil girl pun potong rambut kat sini je senang...

Bazlia Amoza said...

Saya pun pernah pegi salon ni..best sebab sgt selesa for muslimah..my lil girl pun potong rambut kat sini je senang...

K said...
This comment has been removed by the author.
asra muslim said...

hehe... sy pun suka g situ sbb privacy n selesa. :)

Dean-a said...

berapa rm kalau cuci rambut sahaja?

Unknown said...

Semalam p..smua dh naik harga. I kena rm38 gunting rambut sahaja...