Google+ Followers

Thursday, January 29, 2015

Tempat Makan di Kuala Lumpur: Rasa Thai, The Curve

Assalammualaikum semua ;)

Hari khamis minggu lepas, terasa malas sangat nak masak. So ajaklah husband makan luar, mula-mula plan nak makan kat The Appartment, lalu-lalang dah banyak kali, singgah ja belum. Tapi last-last tukar plan sebab nak makan nasi, nak try restoran Rasa Thai dekat The Curve, memandangkan nak singgah Mother Care  yang tengah sale tu.


Kali ni kita makan di Rasa Thai, The Curve. Salah-satu restoran kat The Curve yang diiktiraf Halal oleh Jakim. But wonder why, tak ramai yang singgah restoran ni tak macam kejiranan sebelah, ramai sampai full house kan. Tak sedap ke makanan dia? Tak pe tak pe kita try ja dulu... jom tengok menu-menu dia




Restoran ni terletak bersebelahan Marche dan Dome, kalau jalan ikut the street boleh nampak dah signboard Rasa Thai ni. Memang senang nak cari, rasanya korang mesti dah lalu beratus kali dah restoran ni. Makanan yang disediakan absolutely Thai cuisine, tapi tak banyak pilihan sangat. Hari tu, kami order ikan siakap masak stim, sayur campur, tom yam seafood, thai omellete (telur dadar ja sebenarnya) dan sticky rice with manggo (pulut mangga). Overall puas hatilah makanannya tapi harga telur dadar yang dalam menu tulis thai style omellete tu harganya RM5.00, mahal betul kan? Telur dah kena GST kot.. Hehe

Kalau nak review rasa masakan ni, saya tak pandai sangat, kang kita kata sedap orang lain kata tak sedap pulak. Asalkan masakannya ada rasa dah memadai bagi saya, menu paling saya suka ikan siakap stim dia, sedap hirup kuahnya panas-panas terasa melekat kat tekak. Sumpah sedap! Korang pun boleh cuba nanti.





Buttttttttt....... Saya agak kecewa dengan pulut mangga dia sebabnya rasa pulut tu tawar patut ada masin-masin sikit, dah tu keras pulak macam kerak, santan dia pun lain macam tak rasa lemak. Complain bukan main lagi, cuba ko buat sendiri, jadi ke? Alaaa kita nak review je pun.. Peace yo!


Ambience restoran ni pula tenang je tak sesak macam restoran thai yang lain. Yang jadi bising pun, bila live band restoran sebelah tengah perform. Nasib suara sedap. Interior restoran ni biasa ja, just wall deco restoran ni agak menarik, gambar BMW bermotifkan tempat menarik di Thai macam floating wet market, gajah kat hatyai dan alamak dah tak ingatlah gambar yang kat pintu tu. Buat kita rasa nak bercuti-cuti kat Thailand, pulak dah? Hehe




Serve pun cepat. Waiter pun friendly. Barulah dapat makan dengan amankan. Ni kalau layan customer pun nak masam muka, memang sekali ja datang lepas tu jangan harap. Kalau korang nak rasa ikan stim yang sedap boleh try kat restoran ni.

Till next entry :) 

No comments: