Google+ Followers

Sunday, February 15, 2015

Hi Tea at Chemistry Cafe Seksyen 7 Shah Alam

Assalammualaikum semua :)

Lately ni tak habis-habis nak review cafe kan? Kali ni nak review Chemistry Cafe pulak. Cafe ni terletak di Seksyen 7. Kalau korang budak UiTM Shah Alam mesti dah tahu dah cafe ni kat mana, nak-nak cafe ni berdekatan dengan Hakim Baru, Sekysen 7. Rindunya nak lepak hakim macam zaman Uni dululah, zaman tu lah ku kenal kedai mamak. Hehe...

Back to our topic pleaseee! Okok! Chemistry cafe ni memang sesuai sangat untuk anak muda yang suka cafe hoping tak pun yang suka gathering ramai-ramai, ambience cafe ni yang selesa memang lagi lamalah korang nak melepak kan. Masa datang sini pun, rata-rata muka student kot, haha terasa aku dah berumur, Ooopss.. Buttt... no worries semua genre umur boleh ja masuk. hehe. 

Yang special kat sini, ice blended and latte dia, selain tu desert and pastry dia. Hari tu, kami berdua makan beef lagsana, sharing je barulah romantic suami-isteri, Actually banyak ja makanan yang ada kat sini. later on nak try menu-menu lain, ni datang semata-mata nak rasa lepak cafe ni ja pun. Huhu. Tapi lagsana dia memang best. Boleh tahan sedap, just ada sikit masam je, Kenapa eh? Memang cam tu ke rasa dia. Air pulak, sorang order banana chocholate sorang lagi chocholate cookie (lupa nama sebenar), ehhh air tak nak sharing ke? Haus ok haus musim panas sekarang. Specialnya cafe ni, airnya dihidang dalam measure cup macam kat makmal sekolah korang dulu tu. Last guna masa masuk lab Water Engineering, buat test BOD kot. Tak sangka, boleh minum dalam tu, punyalah kreatif manusia Allah cipta. SubhanaAllah. :) 

Tak banyak nak review cafe ni, nak ambil gambar pun segan terlalu ramai orang. Tapi yang paling penting sekali founder cafe ni ialah orang melayu. Suka sangat bila tengok orang melayu berjaya nidalam perniagaan. Semoga terus success dalam bisness ye! InshaAllah bila-bila datang Shah Alam nak singgahlah cafe ni. Best koranggg, Nak bagi bapa bintang yaaaa. Lima bintang teruslah, sebab ice blended dia memang terbaik dari ladang kalah cafe yang sokong israel tu kannnn. 

Apakata, layan gambar-gambar ni supaya korang teruja nak datang cafe ni.

Suka konsep cafe ni, ala-ala hipster. Cantik luar dan dalam. Cehh cam inner beauty pulak, hehe. Kreatifkan, pintu guna plywood ja pun, dah nampak cantik dan exclusive. Teruja kannnn korang?


Ni halaman depan cafe ni, ni bukan lab ye, ni merupakan cafe. Kat luar tu ada table top, yang brother-broter tak sayang paru-paru bolehlah lepak kat luar ye.


Tengok tu, masa ni datang dekat pukul 4petang, ramai betul umat manusia kat dalam ni. Datang kira awal, tapi dah ramai orang serbu. Kalau korang nak tahu, Cafe ni dibuka dari pukul 3.00 petang sampai malam


Korang terus order kat counter bila dah tempat duduk, banyak pilihan tempat duduk, kalau nak santai lehlah duk kat area yang ada sofa. Nak privacy sikit, leh duk table paling belakang tu. Hari tu ramai, so agak malu jugalah nak ambil setiap sudut cafe ni. Seganlah :(




Nama pun Chemistry Cafe, for sure interior cafe ni berkonsepkan sebuah lab. Haruslah kalau korang nampak apparatus lab yang a few tu memang sangat familiar, pipet pun ada. Masa study dulu, suka main apparatus ni semua, lagi-lagi bermain dengan bahan kimia ni. Hehe



Banyak desert best-best. next visit baru nak try lah. Korang try lah dulu. Confirm sedap ni, sebab ramai yang datang sini dorang prefer makan desert and pastry, nak santai-santai je kan.


Ni pulak bukanlah, campuran kimia ye! Nilah ice blended yang dah mention pun tadi, nama pun dah ada dalam gambar ni kan. Very recommended! Beef Lasagna pun not bad taste. Just masam sikit ja. Overall puas hati nak makan sini, dan sememangnya akan singgah lagi ke sini.



Harga pun reasonable kan. Sangat puas hati, just kalau owner dia bacalah kan.. Budak cashier tu senyumlah sikit masa layan customer, macam mengadap guru besar ja nak order menu hari tu, tatut boboi.. BTW staff lain friendly ja, may be hari tu bad day la tu kannn. It's ok. :) Nak datang sini, kat resit tu ada address and contact no. korang leh refer situ terus. Punyalah malas nak type kan. hehe


Ni one of the staff, baju pun pakai lab coat kan. Dah macam doktor pulak kan. Ni bukan budak cashier tu, korang tak yah fikir bukan-bukan, kesian dia. Intention just nak tunjuk baju staff kat sini ja, budak cashier tu ok ja, may be dia penat hari tu. Kita just bagi pandangan je, kalau senyum kan lagi baik. 


Ok, till next entry. Onomnomnom 

3 comments:

Azian Elias said...

Salam dear..


akak pun ari tu dah pegi dgn anak2...depa suka lah..org muda2...dekat je rumah akak...cuma parking is a big pronlem there...

asra muslim said...

kann k yan. budak muda sukalah cafe ni, xpe boleh rasa muda sekali. hehe

parking problem juga sebab situ byk kedai makan. hari tu bernasib baik dapat parking dekat cafe tu. hehe..

jom k yan lepak sama2 :)

asra muslim said...

kann k yan. budak muda sukalah cafe ni, xpe boleh rasa muda sekali. hehe

parking problem juga sebab situ byk kedai makan. hari tu bernasib baik dapat parking dekat cafe tu. hehe..

jom k yan lepak sama2 :)