Google+ Followers

Wednesday, February 4, 2015

My Hometown: It Roo Cafe: Best Chicken Chop in Town

Assalammualaikum semua,

Seriously lama kot tak pergi town JB, lain dah rupa lagi-lagi sekitar Post Office tu. Dulu masa zaman sekolah, situlah tempat menunggu bas. Back down memory lane. Then masa makan kat It Roo Cafe, terlintas dalam hati dah lama tak cerita hometown sendiri dalam blog. So today, nak story sikit pasal one of my favourite cafe. Arghh.. tiba-tiba rindu sangat my hometown and my family. :(

Korang! Cafe ni highly recommended to those yang visit JB, then please.. please try the best chicken chop in town at It roo cafe.

It roo cafe terletak di hujung bangunan warisan JB berdekatan Jalan Pahang dan Jalan Dhoby. Jalan Dhoby ni dulu terkenal dengan kawasan geng-geng mak nyah. Kalau malam melabur ja, bersepah mak nyah kat area tu, ada yang cantik dari perempuan. Haram tu bagi lelaki menyerupai perempuan. Sekarang area tu dah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan, ada bazaar yang beroperasi kat situ, jadi geng-geng mak nyah ni pun beralih ke susur 4. Amboii tahu tuuu! Haha
.
Boleh tak nak cerita sikit pengalaman kat sini, teringat masa saya tingkatan 4, on the way jalan ke bus stop depan Komtar/ City Square, masa tu kami jalan berdua ja dengan Angah, biasalah adik-beradik kalau bercerita tu, mesti nak tergelak sakan tak pandang kiri-kanan dah, tak sangka pulak masa tu ada mak nyah yang ingat gelakkan dia, tak pasal-pasal aku kena buku lima dia, sakit tau! Adoiii... harap dress up macam perempuan tapi bila tumbuk, habis kudrat lelaki keluar. Real punya sakit. Sobs. Memang kenangan tak boleh lupa sampai bila-bila. Terpanjanglah pulak aih.. 

Dari jauh dah boleh nampak slogan "The Best Chicken Chop in Town" but seriously like Chicken Chop It Roo Cafe is the best ever! Kalau korang nak tahu mana slogan tu datang, actually It roo cafe ni pernah dapat gelaran tersebut oleh newspaper The Star pada tahun 2003, quite a long time tapi seriously rasa dia still sedap macam dulu.Kalau tengok luaran kedai, memang nampak kedai biasa-biasa ja kan? Tapi kedai ni memang famous kat town JB.


Interior kedai pula, banyak gambar lama zaman 60-70-an suasana Johor Bahru dan gambar kedai tu, buatkan kita rasa berada dalam era tu bila tengok decoration kedai tu sebabnya ciri-ciri kedai masih kekal seperti awal-awal pembukaan kedai tu. Teruja pulak tengok cafe lama-lama ni. Segan pulak nak amek gambar kedai, ramai orang kot time datang tu.

Menu yang ada kat restoran ni pula, ada western food dan Chinese food (kopitiam style). Setakat ni, crispy fried chicken chop mushroom is my favorite dulu, kini dan selamanya.Tapi pernah juga try, keuw tiaw fried mi dia, tu pun sedap juga. Well, masa datang sana, kami order chicken chop crispy fried, husband amek black pepper and for me, melt mushroom. Anak buah pula yang kami culik dari sekolah tadika, kami orderkan egg and chisp - telur dan kentang, budak kecil kena makan banyak protein, telurkan banyak protein. For drinks, kami order soda bandung, milo ice dan air laici. Soda bandung ni pun my favourite, orang Johor lah katakan, so tekak pun ciri-ciri Johorean.






Sini saya attach menu-menu lain yang ada kat It roo, kot-kot korang ni jenis kira budget nak datang sini, bolehlah jadikan referrence.  



Tak disangkal lagi, memang sedap chicken chop kat sini. Korang kena try sendiri. Tapiiii... kenapa ye gravy dia dah kurang tak macam dulu. Harga pun dah naik. Zaman dah berubah. Sad! 

On the way ke parking, jumpa buaian ni, terus suruh darwisy duduk situ, cantik dan kreatif pulak buat buaian macam tu. Nak buatlah nanti kat rumah sendiri. Huhu. Kalau nak parking senang area sini, parking yang kat belakang Masjid India tu, sebabnya sini bila peak hour memang padat dan susah nak dapat parking kosong.


Till next entry, jangan lupa datang sini bila ke Johor Bahru. Gerek sey tempat ni. :p