Google+ Followers

Tuesday, February 24, 2015

Period Pertama Selepas Bersalin

Assalammualaikum semua :)

Semalam punyalah busy settle kan claim contractor, sedang saya photostat claim untuk salinan file projek, tetiba my colleague datang merapat kat saya. "Asra PERIOD ke?" Terkebil-kebil sekejap sebelum nak jawab soklan akak tu. Dalam hati, aku tak rasa dah period pun sebab hampir 5 bulan kot tak datang period lepas bersalin.

Saya: Eh! belum period lagi Kak Mis.

Kak Mis: Tuuu, kat kain tu ape tu? Macam period

Saya pun belek-belek kain..

Saya: A'ah lah Kak Mis, apasai tak rasa langsung ni selalu sengugut! 

Dalam hati, ala dah period ke? Habislah susu aku. :( Sedih memikirkan anak sambil berharap ada lagi rezeki susu untuk anak sebab kalau dapat nak Full BF. InshaAllah 

Kak Mis ni banyak pengalaman, maklumlah anak dah besar-besar, so dia nasihatkanlah standby kain batik, panties dan pad ni semua kat office, so bila masa emergency macam ni, tak dalah nak kelam-kabut sangat kan lagi-lagi kita-kita yang lepas bersalin ni kan... Ok kak mis, noted! 

Balik topik asal...

Finally, dah pun datang period pertama after bersalin. Memang sah lah darah period. Masihku kenal darah period walau dah berkurun tak datang. Period after bersalin ni tak menentu datangnya, ada tu yang datang secepat 3 bulan dan ada juga paling lambat, setahun tak datang-datang. 

Menurut pembacaan saya, period selepas bersalin adalah bergantung kepada badan kita dan juga kekerapan kita bf baby, semakin kerap kita bf, semakin lambatlah datang periodnya. BF ni bukan boy friend ok, ni confirm anak-anak remaja yang fikir bf ni boyfriend kannn. Hehe. Those yang dah jadi mummy, tahulah kan bf tu ape. BF ni breastfeeding/ menyusu bayi. 

Jadi janganlah risau sangat kalau tak datang lagi period tu lepas bersalin. Kalau kita dapat breastfeeding siang dan malam, period tu mungkin datang selepas setahun sebab kita kerap susukan bayi. Tapi kalau kita dah mula, campurkan susu formula dan bayi pula kurang menyusu badan, maka period kita pun datang lebih awal antara 3 bulan hingga 6 bulan selepas bersalin. Nampak tak, breastfeeding ni memainkan peranan penting dalam mengawal hormon kita. Macam saya, baby masih menyusu badan waktu malam, tapi siang hari baby duk ngan pengasuh kenalah susu botol. Betul lah tu, tu period datang awal sikit. Baru nak verangan puasa penuh tahun ni. Hmmm hampehhhh

Yang dah tak breastfeeding baby, period mungkin boleh datang selepas 3 minggu bersalin. Ehhh... tapi jangan confuse pula ye dengan darah nifas, biasa darah nifas berakhir 40-60 hari selepas bersalin. Jangan lupa niat mandi wajib pula ye.

By the way, ada info yang menarik saya nak share kat sini, breastfeeding ini juga merupakan salah satu kaedah pencegahan hamil secara semulajadi iaitu  lactational amenorrhea (LAM) ada yang tahu ke? Yup, seriously memang bf ni membantu juga untuk mencegah kehamilan. Tapi kita tetap kena berjaga-jaga sebabnya masih ada ovulasi berlaku, badan kita akan mengeluarkan sebiji telur 2 minggu sebelum period datang. Jadinya, kemungkinan untuk hamil sebelum period tu memang tetap ada. Jadi berhati-hati bagi yang nak merancang keluarga.

Ok, till next entry. :)

*24.02.2015- First time Fateh selsema Umi pula period. Sian anak umi tak lena tido :(

5 comments:

Azian Elias said...

asra,

akak masa first baby, terus tak datang period yang sangat lama.. takut sangat termengandung, pegi dok mintak ubat keluarkan period.. sebab bila period ada kita lagi pandai merancang kehamilan.. akak tak makan ubat utk delay pregnant..

asra muslim said...

Kak Yan

Tu la mula-mula tertanya gak kat orang lain bila period tak datang, rupanya normal je kalau datang lewat. Oww ada ke k yan ubat kuar period? hehe..

Saya pun merancang sendiri-sendiri je, kalau ada rezeki lagi, Alhamdulillah hehe

Nur aziatulnadia Roslan said...

saya fully breastfeed anak siang dan malam tapi period sy datang waktu anak berusia genap 3 bulan.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Ada ye ubat untuk bg period? Boleh share ke nama ubatnya

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Ada ye ubat untuk bg period? Boleh share ke nama ubatnya