Google+ Followers

Monday, February 16, 2015

Teppan Yaki Halal? Gerai Makanan Jepun di Mid Valley

Assalammualaikum semua.

Tajuk bukan main lagi, keyword sangat. Hehe.

Teppan Yaki kat Mid Valley halal ke tak? Ye la ni soal makan ni mesti kena amek tahu halal dan haramnya sebab jadi darah-daging. That's why kena pastikan restoran yang kita makan ni halal tanpa was-was. InshaAllah makanan yang disediakan di sini halal, cuba check halal directory, korang boleh tengok sendiri restoran ini telah diiktiraf Halal oleh Jakim, Sijilnya juga ada digantung kat restoran ni. 

Lalu-lalang dah banyak kali dah, sebabnya restoran ni terletak barisan depan food court Mid Valley. Confirm korang biasa nampak kan. Makanannya simple ja, ada lauk ayam, daging dan seafood. Air pun tak banyak pilihan. 

Konsep restoran ni, korang boleh tengok sendiri chef tu masak menu yang korang order depan mata. Hari tu kami order, ayam dan seafood. Air pula, tebu dan longan. Bila makanan dah sampai, still berasap-asap lagi lauk dia, memang terbuka betul selera. :) Dahlah tu, sayur punyalah banyak dia letak, sayur sawi dan taugeh pulak tu, memang my favourite i la kannn. Terus ja, baca doa makan nak makan panas-panas gitu. Sedap jugalah wei, walau menu dia simple. 

Harga tengok selera makan, nak makan banyak ambil set besar terus. Harga dari RM17-RM32 kalau tak silaplah, hari tu tak snap menu card dia plak. Kalau tak boleh juga korang usha-usha kan menu yang ada kat sini.

Restoran ni highly recomended, sebab makanan dia berkhasiat penuh dengan gizi. Dari segi rasa, memanglah tekak ni lagi suka ikan semilang asam pedas, Johorean la katakan. Hehe. But not bad taste lah, korang pun patut cuba makan kat sini.

Oklah, jom layan gambar





4 comments:

Rai OurKizuna said...

dah lama tak pi midvalley.. nyummm

asra muslim said...

ooowww pg pun nak cari barrang hehe

Uni Aqilah said...

asra, dah tuntut hadiah ke belummm?

Hadiah : 4 pcs senduk (A, B, C, D) x 4 pemenang
Penaja : Azatie Sayang
Blog : http://azatiesayang.blogspot.com
(1 pemenang dapat 1 senduk)

PEMENANG (B) : No. 22 - http://misspenaunggu.blogspot.com/2014/12/giveaway-2014-bersama-mystorymorycom.html

asra muslim said...

asra dah comment kat blog azatie tu tapi no repond uni